Sebaik sahaja
memasuki kereta, aku hanya membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja.
Walaupun aku dapat membaca riak Syamsid seolah-olah berteka-teki dengan apa
yang baru dia dengar tadi. Aku melepaskan keluhan. Sangat berat aku rasakan.
"Ira, kenapa
mengeluh ni? Tak baik mengeluh. Walaupun saya tak tahu apa yang jadi, tapi
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi, awak janganlah bersedih Wafiy
Munirah yang cantik."
Aku tersenyum
mendengarkan kata-katanya.
“Saya tak rasa sedih
sebab dia putuskan pertunangan dengan dengan saya tapi saya terkilan kenapa dia
buat sesuatu tanggapan tanpa mendengar penjelasan dari saya terlebih dahulu.
Lagipun, saya bertunang bukan dengan kerelaan hati saya, jadi saya tak kisah
kalau dia tak nak dengan saya. Saya sedih sebab tanpa alas an yang
kukuh dia kata saya ni perempuan tak da maruah. Apa hak dia nak cakap macam
tu?” Percakapanku terputus aabila telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nama
yang terpapar. Mak. Habis aku.
"Assalamualaikum, mak." Sapaku memulakan bicara.
"Waalaikumussalam.
Wafiy, ibu Fareez baru sahaja telefon mak putuskan pertunangan kamu
berdua."
"Wafiy tahu mak.
Fareez dah call Wafiy tadi."
"Apa masalah
sebenarnya Wafiy? Cuba cerita dekat mak. Betul ke apa yang mak si Fareez tu cakap?
Dia kata Wafiy berpeluk dengan lelaki lain di tempat awam. Apa dah jadi
sebenarnya yang jadi? Mak percaya anak mak tak buat sesuatu yang tak
baikkan?"
Lembut sahaja suara mak kedengara di telingaku tetapi aku dapat dengar nada suaranya yang kecewa. Mungkin kecewa dengan aku. Aku sudah mula merasa sebak. Setitis demi setitis air mataku menitis di pipiku. Sedu sedan sudah mula kedengaran. Aku sudah tidak memikirkan Syamsid yang berada di sebelahku.
"Mak. Memang betul Wafiy buat silap tapi Wafiy tak salah mak. Semuanya cuma salah faham sahaja. Mereka menghukum Wafiy tanpa usul periksa. Percayalah mak, Wafiy tak salah."
"Mak percaya
yang anak mak tak salah. Mak kenal Wafiy. Cuma, mak kecewa begitu mudah orang
membuat tanggapan yang buruk pada Wafiy tanpa usul periksa perkara yang
sebenar..."
"Mungkin ini
petunjuk dari-Nya. Wafiy tak kisah pun kalau dia dah tak mahukan Wafiy. Wafiy
bukannya kenal siapa Fareez tu." Pintasku. Tangisanku sudah semakin reda.
"Mak bukannya
apa, mak fikirkan kamu Wafiy. Bila nak cari pengganti? Bila nak lupakan arwah
Fahmi yang dah lama pergi? Dah dekat tiga tahun Wafiy. Kalau boleh mak nak
timang cucu dan tengok anak-anak mak bahagia sebelum mak tutup mata."
"Abang Nuar kan
dah ada calon. Abang Nuar dulu la mak."
"Mak dah cakap
dengan abang kau tu, tapi dia kata nak tunggu kau lepas dulu."
Alamak, mak dah
keluar 'kau' la.
"Mak, Wafiy
janji dengan mak Insya Allah Wafiy akan cari pengganti arwah Fahmi."
Talian dimatikan.
Syamsid menghulurkan sapu tangannya kepadaku. Aku mencapai lalu menyapu air
mataku. Aku tidak memandang ke arahnya, malu pulak rasanya kerana terlalu
banyak perkara yang berlaku semasa aku bersama dengannya hari ini.
"Syamsid, terima
kasih sebab tolong saya hari ini. Saya tak tahu nak cakap apa lagi selain berterima
kasih pada awak. Thanks."
"Ira. Sebagai
tanda terima kasih, boleh tak saya nak mintak tolong dengan awak sikit?"
"Tolong apa?
Kalau saya boleh tolong, saya tolong."
"Boleh tak
tolong call my phone? Saya tak ingat la letak mana tadi."
Aku merasa sedikit
pelik tapi aku tak nak la fikir yang bukan-bukan. Lalu aku hanya menurut
katanya.
"Nombor?"
"0135023508."
Aku mendail nombor yang diberikan. Kedengaran bunyi dari dashboard keretanya. Aku menoleh ke arahnya. Aku melihat dia tersengih.
"Thanks for the number."
"Awak ni memang
nak kena dengan saya."
"Ala, jangan la
marah. Kalau saya mintak, belum tentu awak nak bagi."
"Apa-apa la Sam. Anyway
thanks for the ride."
***
5.30 pagi. Macam
biasa telefon bimbitku menjerit-jerit. Mesti abang Nuar ni.
Aku merenung telefon bimbitku. Selepas beberapa saat baru aku menjawab
panggilan itu.
"Abang Nuar. Saya Wafiy Munirah telah bangun tidur."
"Ira. Sejak bila
saya jadi abang awak ni?"
Alamak ni bukan suara abang Nuar ni. Aku merenung kembali skrin telefonku. Syamsid.
"Sorry. I thought my brother's call. Dia memang suka call saya pagi-pagi macam ni."
"Kenapa?"
"Sebab apa lagi,
kejutkan la. Saya kerja syif pagi hari ni."
"Kiranya saya
dah ambil tugas abang awak la ni ya? Hehe."
"Mengada la awak
Sam. Ada apa call saya pagi-pagi ni?"
"Saya ada hal
nak cakap."
"Ada apa?"
"Selamat pagi. Cepat bangun, mandi, solat, nanti saya hantarkan awak pergi kerja ya."
"Selamat pagi. Cepat bangun, mandi, solat, nanti saya hantarkan awak pergi kerja ya."
"Ish mengada la
awak ni. Tak perlu nak hantarkan saya, hospital depan rumah pun nak hantar ke?
Saya bleh jalan sendiri la. No need car to drive."
"Baiklah Cik staff
nurse." Talian dimatikan. Aku tersenyum. Alahai Syamsid. Why
you become so sweet?
Belum sempat aku melangkah ke bilik air, telefonku berbunyi lagi.
"Ya En Syamsid. Saya dah nak mandi ni."
"Hoi Wafiy!
Mengigau ka? Ni abang la. Hai, pagi-pagi lagi dah sebut Syamsid ni. Dia call la
tadi ni. Patut la abang call tak dapat."
"Mengada la
abang ni. Wafiy nak mandi ni. Nanti lewat la. Assalamualaikum." Aku
mematikan talian. Sebelum aku kena usik sampai biru muka aku, baik aku mandi. Hehehe.
***
"Qaseh! Bangun solat. Kak Wafiy dah nak pergi kerja ni."
"Hmmm..."
Mengeliat lagi si Qaseh ni.
"Qaseh, bangun
la. Kalau kak Wafiy dah pergi nanti tak bangun pulak. Bangun cepat."
"Yela bangun la
ni."
"Kak Wafiy pun
sama ja susah bangun tidur. Nak marah pulak dia." Ngomel Qaseh.
"oi akak dengar
ya. Akak pergi dulu la. Assalamualaikum."
Ya Allah selamatkanlah perjalananku. Kunci rumah dah ada, kunci kereta pun ada. Mulakan dengan langkah kaki kiri. Sesungguhnya aku pergi kerja pada hari ini untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan hanya keranaMu Allah SWT.
"Selamat pagi."
"Opocot mak engkau! Sam!!!" Aku menjerit. Kemudian dengan pantas aku menekup mulutku. Geram dengan Syamsid Dhuha ni punya pasal, aku terus melangkah menuju ke arah lif.
"Ira. Jangan la laju sangat. Saya nak temankan awak pergi kerja ni." Langkahnya di panjangkan. Mengejarku.
"En. Syamsid Dhuha. Awak dah ada kerja baru ke?"
"Kerja? Tak adalah. Kenapa?"
"Jadi, tak perlu la nak hantarkan saya. Saya dah biasa pergi kerja. You are software engineer not my bodyguard right?"
"Awak beri kebenaran atau tak saya tetap akan ikut. Saya ada hal nak pergi hospital ni. Bolehkan?"
Aku melangkah dengan pantas keluar dari lif. Jam menunjukkan pukul 6.40 minit pagi. Langkah dipercepatkan. Aku tidak pedulikan Syamsid yang mengekoriku. Lantaklah Syamsid Nak ikut sangatkan. Terasa mahu tertawa aku melihat gelagat Syamsid yang terkocoh-kocoh mengikut langkah kecil dan cepatku. Hehehe. Padan muka.
"Ira! Janganlah laju sangat. Nampak saja kaki tu pendek, langkah tu laju sangat."
"For your information Mr Syamsid Dhuha, I don't like to be late to the ward. Lots of work to do in the morning shift. Get it?" Eh terkeluar speking London pulak. Hehehe.
"Ok I get it. Boleh saya tanya sesuatu?"
"Silakan bertanya." Aku menyindirnya. Apa la budak ni. Guna bahasa buku pulak dengan aku. Hehehe.
"Saya nak tahu kat mana wad surgical lelaki."
"Ikut saya." Aku berjalan seiring dengannya. Setibanya di wad. Masuk pantry jom sarapan dulu. Eh, siapa yang Syamsid pergi jenguk ya? Curious pulak aku. Makan cepatlah nak pergi tanya ada new case ke masa aku tak kerja.Nyum nyum nyum. OK siap. Hehehe.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam kepada rakan-rakan sekerjaku yang bekerja syif malam. Iza muka macam dah lalok sangat sangat nak tidur. Azreen pula dah macamtak cukup tangan nak siapkan report. Aku memang nak tergelak bila tengok diorang ni. Junior-junior belaka.
"Kak Wafiy masak apa-apa tak kat rumah? Lapar." Kalau nak tahu, Azreen tinggal serumah dengan aku dan juga Qaseh.
"Semalam punya mee goreng ada lagi. Kak Wafiy dah panaskan. Ada new case tak?"
"New case semalam tak ada tapi Dr Hariz cakap hari ni ada MO (medical officer) baru nak lapor diri hari ni." Iza memulakan cerita. Cerah dah aku tengok mata dia. Kalau nak tahu jugak, Iza ni memang suka kalau kerja dengan aku. Nak tahu tak sebab apa? Sebab kalau kerja dengan aku di akan dapat gula-gula untuk hilangkan mengantuk.
"MO baru. Cute tak? Hehehe."
"Perempuan la MO tu kak Wafiy. Jangan nak mimpi dulu ya." Azreen pula mencelah.
"OK la. Kak Wafiy nak kemas katil patient dulu sementara kau nak pass report dekat in charge pagi ni. Abang Zack! Bed making jom." Aduh penat la. Nak beritahu lagi ni. Abang Zack ni nama dia Zainuddin. Dia PPK (pembantu perawatan kesihatan) dekat wad aku kerja ni. Dia memang satu kepala dengan aku juga. Gila-gila. Aku punya tabiat, kemas katil mula dari katil belakang. Katil belakang-belakang ni kes simple je. Aku pun alang-alang jenguk la Syamsid. Siapa yang dilawatnya pagi-pagi buta ni. Aku pun buat-buat la nak pergi kemas katil tu . Eh, bukan buat-buat memang nak kemas la sebab tu katil hujung sekali. Sekali tengok macam kenal la.
"Selamat pagi Encik...Panjang! Ya Allah dah kenapa kau ni? Mari sini aku tolong kau bangun. Aku nak kemas katil ni."
"Sam kau tolong la cerita kat Cik nurse ni. Aku penat la nak cerita."
"Dia sakit dekat bahagian kanan perut. Then asyik muntah. So, malam kelmarin saya hantar dia ke emergency department . Doktor cakap kena tahan wad tapi malam tu saya tak ikut dia sampai wad la." Aku mendengar sambil menyiapkan kerjaku. Borak-borak jugak, kerja kena siap.
Aku tidak berlama-lama di katil Nahar. Sister nampak mati aku. Aku menyiapkan kerja mengemas katil pesakit. Setelah selesai aku memulakan rutin kerja aku seperti biasa. Pagi ini wad agak sibuk. Pakar bedah buat rondaan wad dua kali. Apa lagi terkejar-kejar la aku dengan Salwa sebab Nurul cuti kecemasan pulak hari ni. Terkejar-kejar serve medication, dressing dan macam-macam lagi.
Habis sahaja kerja, aku terdengar sister wad aku sedang memberi penerangan pada seorang perempuan di hadapan biliknya. MO baru mungkin. Aku mengemas barang-barangku. Sebentar lagi abang Nuar nak datang ambil kereta aku. Semalam tak boleh nak start , jadi abang akulah yang bertanggungjawab untuk membantuku. Hehehe. Untung dapat abang macam ni.
Belum sempat aku nak cabut lari balik, sister Jamilah memanggilku. Alamak misi tak berjaya.
"Ya sister."
"Keetulan awak ada di sini, saya nak kenalkan awak pada MO baru wad kita. Doktor ini antara staf yang berdedikasi dalam wad ni. Wafiy Munirah."
'Doktor ni dah kenapa tak nak pandang aku ni?' Ngomel aku dalam hati. Sebaik sahaja MO ni yang aku rasa macam berlagak ni berpaling, aku rasa macam nak pengsan. Ya Allah kecilnya dunia.
"Selamat berkenalan. Saya Wafiy Athirah." Sebaik sahaja dia memberitahu namanya, dia memelukku seerat-eratnya.
"Wafiy kenal dengan Doktor Athirah ni?" Sister Jamilah bertanya padaku. Pelik melihat reaksi kami sebentar tadi.
"Kalau sister nak tahu, Wafiy Athirah ni adalah adik kembar kepada Wafiy Munirah." Sengaja aku menekankan nama 'Wafiy' yang menjadi pangkal nama kami.
"Ya Allah, kecil betul dunia ni. Wafiy boleh la kalau nak balik. Kalau nak balik tu awal je kan."
"Sister, dah pukul 3 tak awal dah. Saya ada janji nak jumpa abang saya sekejap lagi sebab tu saya nak cepat ni. Thirah nak ikut tak jumpa abang Nuar?"
"Boleh jugak. Sister dah tak ada apa-apa kan? Esok saya mula kerja."
"Baliklah doktor. Sudah tak ada apa-apa." Redha je ayat sister ni. Hahaha.
Aku pun heret la budak seorang ni. Siap la dia kejap lagi. Sampai hati dapat transfer tak cerita. Kurang asam punya adik.
***