'Mana
la Wafiy ni? Nasib baik aku datang dengan Man dan nasib baiklah hari ni hari
Ahad, kalau tak Wafiy ni memang kena dengan aku.' Anuar ngomel tetapi di dalam
hati sahaja.
"Eh
Nuar. Aku nak tanya sikit boleh tak?"
"Ada
apa?" Matanya masih memerhati sekeliling cafe hospital. Manalah tahu ada
Wafiy.
"Aku..."
Azman teragak-agak untuk berkata-kata.
"Apa?"
Anuar merenung Azman.
'Eh
Man ni. Teragak-agak pulak dia nak cakap.'
"Aku
nak tanya, kenapa kau ajak aku datang hospital ni? Ada apa-apa ke?"
"Aku
nak ambil kereta adik aku. Semalam dia cakap kereta dia problem."
"Kau
nak jumpa Wafiy la ni? Kalau macam tu aku balik dulu la." Wajahnya berubah
tika mendengar nama Wafiy.
"Eh,
dah kenapa kau ni? Apa masalah kau ni?"
"Aku
minta maaf dengan kau Nuar tapi aku tak boleh nak tengok dia."
"Kenapa
pulak nak minta maaf? Aku tak faham la."
"Persepsi
aku terhadap adik kau dah berubah. Dia tak seperti yang aku sangka. Aku minta
maaf dengan kau sebab kau kawan aku. Aku bukan nak burukkan dia, tapi aku
nampak dengan mata aku sendiri. Dia berpeluk dengan seorang lelaki dekat One
Utama semalam. Sorry I've got
to go."
"Man,
sekejap. Kau nampak dia? Wafiy? Adik aku?"
"Ya.
Aku nampak adik kau. Wafiy Munirah."
"For
your information, I was
there and I know what happen. Just a misunderstanding. Sebab
kau ni kawan aku, aku maafkan kau. Baliklah kalau kau nak balik. Terima kasih
sebab hantar aku ke sini."
"Aku
jumpa kau lain kali. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Anuar
merenung jam tangannya lagi. Hampir jam 3 petang.
***
"Thirah.
Tunggu sini sekejap. Kak Irah nak pergi jumpa abang Nuar kat sana. Dia belum
tahu kan yang Thirah dah balik sini?"
"Siapa
pun belum tahu. Kak Irah orang pertama tahu."
"OK.
Tunggu sini."
Aku
berjalan menuju ke arah abang kesayanganku. Mesti kena marah aku ni. Huhuhu.
"Abang. Maaf lambat. Nurul EL (emergency leave) hari ni. Sorry."
"OK
abang maafkan. Jom pergi ambil kereta. Abang dah tak ada selera nak
makan." Ujarnya lalu bangun dari meja dan ingin melangkah keluar dari
cafe.
"Abang
Nuar. Kenapa ni? Kalau abang nak marah Wafiy marah la tapi Wafiy memang tak
dapat elak. Banyak kerja hari ni." Aku mencapai tangannya. Membawanya
keluar dari cafe.
"Abang
bukan marah pada Wafiy. Abang faham. Abang cuma tak boleh terima orang
bersangka buruk pada adik abang tanpa tahu cerita sebenar. Simply judge people without knowing
the true story. Even he know you, he still judge you as a bad girl and he is my
own friend!"
"Abang
Nuar. Wafiy tak kisah kalau orang nak fikir Wafiy ni macam mana pun. Asalkan
abang Nuar tahu siapa Wafiy dan apa yang berlaku sebenarnya." Ucapku
tenang. Aku memegang wajahnya. Merenung ke anak matanya. Dapat ku lihat wajah
kesalnya.
"Abang
tak suka orang buat adik abang macam ni." Menitis air matanya. Ya Allah
sesungguhnya aku bersyukur mempunyai seorang abang seperti dia. Aku mengesat
air matanya yang mengalir. Pertama kali aku melihat air matanya.
"Abang,
Wafiy nak bawa abang jumpa seseorang ni. Abang mesti suka." Aku
memberitahunya setelah melihat dia sedikit tenang. Aku tertanya-tanya, siapa
yang di maksudkan abang Nuar.
"Jangan
nak cuba jodohkan abang dengan kawan Wafiy lagi. Abang tak nak la. Pastikan
Wafiy tu kahwin dulu." Jari telunjuknya di letakkan tepat-tepat pada
hidungku.
"Wafiy
janji kali ni abang tak akan menyesal kalau jumpa dia. Percayalah."
"OK.
Mana dia?"
"Jom
ikut Wafiy."
Aku
mengheret abang Nuar menuju ke tempat Athirah sedang menanti. Aku melihat abang
Nuar mengerutkan wajahnya. Sampai sahaja di depan Athirah, abang Nuar sangat
terkejut dengan apa yang dilihatnya. Athirah menyalami tangan abang Anuar.
"Thirah
adik abang bila balik sini? Sampai hati tak contact abang langsung."
"Saja
Thirah nak buat surprise tapi
Thirah yang terkejut sebab terjumpa dengan kak Irah ni dekat wad tadi. Abang
Nuar apa khabar? Abang Nuar macam dah makin putih la."
"Abang
sihat je. Abang kan ada adik doktor dengan nurse."
Dengarkan kata-kata abang Nuar, aku dengan Athirah tersenyum.
Ramai
orang curious sebenarnya tentang aku dengan Athirah
ni. Kami kembar seiras tetapi tidak pernah bersekolah bersama sejak tingkatan
satu. Jadi ramai juga kenalan aku yang tidak tahu aku mempunyai kembar seiras.
Kami mempunyai minat yang sama tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza. Minat
kami yang sama ialah ingin menceburi bidang perubatan tetapi aku bercita-cita
untuk menjadi jururawat dan Athirah pula ingin menjadi doktor. Setelah tamat
SPM aku mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Perak tetapi setelah tamat
setahun di matrikulasi sebelum mendapat tawaran universiti aku mendapat tawaran
belajar di sebuah kolej swasta tetapi di taja oleh KKM untuk diploma
kejururawatan. Athirah pulak selepas foundation dia menyambung pelajaran di
Russia.
Tidak
ramai orang dapat membezakan kami. Sesiapa yang rapat dengan kami sahaja yang dapat membezakan kami.
"Jomlah adik-adikku. Nak berdiri dekat sini sampai esok ke?"
"Datang rumah Wafiy ya. Kita makan kat rumah Wafiy. Then baru kita balik rumah mak. Boleh?"
"Boleh la." Abang Nuar seolah telah lupa apa yang berlaku sebentar tadi.
***
Selesai makan di rumahku, aku bersiap. Aku menyuruh abang Anuar dan Athirah menunggu aku di luar. Aku tak suka kalau abang Anuar ni lihat aku bersiap kerana nanti ada-ada saja usikkannya.
"Wafiy jangan lambat sangat bersiap tu, nanti lewat pulak sampai rumah mak." Laung Anuar dari luar rumah. Athirah tersenyum melihat gelagat kakak dan abangnya. Sungguh dia sangat rindukan keluarga di sini. Itulah sebabnya dia meminta untuk ditukarkan ke semenanjung Malaysia. Athirah dapaat rasakan seseorang merenungnya. Dia pun berpaling memandang lelaki yang berjalan menuju kearah dia dan Anuar berdiri.
"Assalamualaikum." Syamsid menegur.
"Waalaikumussalam. Eh Syamsid, nak ke mana?"
"Cari makanlah abang. Orang bujang. Sekejap lagi nak melawat Nahar dekat hospital.Abang tunggu siapa ni?" Dia merenung seseorang yang saling tak tumpah seperti Wafiy Munirah tetapi memakai cermin mata.
"Tunggu Wafiy la. Dia memang tak suka abang tengok dia bersiap. Apa yang kau tenung tu?"
"Adik Wafiy ke ni? Muka sama macam Wafiy. Kalau tak pakai cermin mata ni boleh salah ni." Syamsid bertanya.
"Patutlah tenung semacam je. Ni Wafiy Athirah adik kembar Wafiy munirah. Dia baru balik dari Sarawak. Sekarang ni kerja satu wad dengan Wafiy."
"Saya Syamsid Dhuha. Jiran kakak awak turun temurun. Hehehe. Nurse jugak ke?"
"She is my new surgical medical officer in the male surgical ward." Sampukku.
"Awak memang suka menyampuk orang cakap dari dulu sampai sekarang memang tak berubah budak debab yang dah kurus."
"Suka hati la. Jom abang Nuar mak dah call banyak kali."
"Siapa yang lambat sekarang ni?" Soal Anuar lalu menyekeh kepalaku. Aduh memang sakit.
"Yela Wafiy yang lambat." Balasku lalu menuju ke lif.
"Kak Irah. Sabar la. Jangan la laju sangat."
"Mak dah membebel la. Awak ni Syamsid nak pergi mana? Pagi-pagi tengok muka awak, sekarang awak lagi." Kataku setelah memasuki lif.
"Wafiy tak baik cakap macam tu. Jadi suami kau nanti baru tahu. Masa tu hari-hari kau kena tengok muka dia." Anuar menegurku.
"OK. I keep my mouth shut." Balasku lalu mendiamkan diri. Touching aku dengan abang aku ni.
"Amboi panjangnya muncung. Sam kita boleh buat penyangkut baju tu." Usik Anuar. Syamsid ketawa. Suka kau ye Syamsid tak apa. Nanti kau.
"Abang Nuar tak baik la cakap kak Irah macam tu. Kesian kak Irah asyik kena buli je. Awak pun sama, jangan la asyik usik dia nanti susah tau nak pujuk dia." Yes! Akhirnya adik kesayangan aku pertahankan aku. Sengih dalam hati je la. Hehehe.
"Biar dia Thirah, dah nak kahwin pun tak ingat nak mematangkan diri lagi ke."
"Eh, Kak Irah nak kahwin? Tak cakap dengan Thirah pun."
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku melangkah keluar. Malas aku nak membuka cerita hikayat tu lagi. Athirah masih keliru dan memandang Anuar mahukan jawapan, tapi Anuar memberi isyarat pada Athirah supaya membicarakan lain kali.
"OKlah abang. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum."
Kami berpecah di parkir kereta.