Monday, August 26, 2013

Cinta Wafer 8

"Abang Nuar cepatlah sikit. Turunkan Wafiy depan sana sajalah. Nanti abang Nuar pergi unit kecemasan sendirilah."

Aku leceh betul kalau nak cari parking kat hospital ni. Staff pun susah nak dapat park kereta.

"Sabarlah Wafiy depan sana tu ada kosong. Cubalah sabar sikit."
"Wafiy dah cakap tadi, letak je kereta depan pagar kecemasan sana. Abang tak nak dengar cakap Wafiy kan. Ketegaq abang Nuar ni." Tudia keluar dah loghat utara tu. Hahaha.

"Hoi membebel macam mak nenek. Pergi la dulu. Nanti abang datang." Anuar turunkan aku di teli lobi utama sebelum dia memarkir kereta.

'Kereta mahal-mahal nak suruh park tepi jalan. Kena langgar baru tahu.' Bisik hati Anuar.

***

Tiba di unit kecemasan aku mencari Azreen. Aku memang risau kalau budak rumah aku ni sakit. Susah nanti. Mak ayah budak-budak ni amanahkan aku jaga mereka. Budak ni pun satu, dah tahu kerja malam keluar rumah awal sangat buat apa. Jemah betul budak seorang ni.

"Ira."
"Opocot jemah kau....!" Aku berpaling lalu menjeling Syamsid yang tersengih.
"Ops, sorry. Saya lupa yang awak tak boleh terkejut. Assalamualaikum Ira. Saya tak ada niat langsung nak buat awak terkejut." Tegur Syamsid.

Aku debik jugak mamat seorang ni. Wajahku masam mencuka. Abang Nuar ni lagi seorang. Parking kereta pun lambat.

"Azreen dah masuk bilik rawatan tadi. Sekejap lagi keluarlah tu."
"Macam mana boleh kena langgar?"
"Saya nampak tadi, ada motosikal nak ragut dia. Azreen lari then kena langgar dengan motosikal yang baru keluar dari pagar hospital." Syamsid menerangkan.
"Ragut?"
"Kak Wafiy. Buat apa kat sini?" Azreen merenung Syamsid dan aku bersilih ganti. Syamsid tersengih memandang Azreen.

'Memang sengal la abang Syamsid ni. Cepuk baru tahu. Sebentar tadi sudah di pesan jangan beritahu kak Wafiy.'

"OK. Abang Sam mengaku abang yang cakap. Jangan nak buat pandangan mata membunuh macam tu. takut abang Sam tengok."
"So, how?" Aku merenung Azreen.
"Sprain sedikit. Doktor bagi MC 2 hari. Kak Wafiy datang dengan siapa? Kereta dah OK ke?"
"Banyaknya soalan kau. Datang dengan abang Nuar. Malam ni kak Wafiy tidur di Kelana Jaya. Adik kembar kak Wfiy dah balik dari Sarawak. So, ayah dah keluarkan arahan mandatori untuk semua anak-anak tidur sana. Kereta tu OK sahaja. Hari tu mungkin ak cepat sangat sampai tak boleh nak hidup enjin dia." Terangku panjang lebar. Rasanya dia belum tahu yang MO baru dekat department surgical tu adik kembar aku.
"Ooooo..." Azreen mengangguk tanda faham.
"Malam ni siapa sahaja ada dekat rumah?" Aku menyoal. Kalau tinggal seorang bahaya juga. Dah la tangan injured. 
"Qaseh ada kak. Lagipun malam ni Nurul nak tumpang tidur rumah kita. Merajuk dengan Farid agaknya."
"Kalau macam tu, kak Wfiy balik dulu. Abang Nuar tak dapat parking agaknya. Jomlah kak Wafiy hantar sampai bawah rumah. Kesian pula abang Nuar dalam kereta tu nanti. Saya baik ya Syamsid. Kirim salam pada panjang nanti ya."
"Insya Allah. Assalamualaikum."
Dia kena tidur KJ la pula. Baru nak ajak makan wafer sama-sama. Lain kalilah Syamsid. Apa-apa pun kena terus terang dengan dia dulu, kalau tak nanti alamat makan selipar aku jwabnya.

Thursday, March 21, 2013

Eh! Awak Jodoh Saya? Prolog

Nur Alina Suzana. Sedap tak nama saya? Kawan-kawan kat kolej lebih kenal saya dengan panggilan Achik. Walaupun saya yang paling senior dari segi umur, saya tetap kekalkan panggilan itu. Cuma kawan-kawanku atau lebih kepada adik-adikku ni, lebih senang panggil Kak Chik. Kawan-kawan sangat faham dengan perangai dan kerenahku yang berbagai tetapi itu membuatkan kami rapat. Saya seorang yang sangat loyar buruk, perangai suka kentut merata, peminat setia lagu-lagu rock, bak kata orang utara loklaq saya ni. Apa saya peduli saya tak kacau orang. Hahaha. Saya sebagai seorang senior nursing student di kolej ini. So, juniors pay me some respect. Hehehe. Sekarang saya dah masuk tahun ketiga, semester lima. Bermaksud saya masih ada dua semester lagi untuk mara menuju ke arah yang dituju selama ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di ujian lembaga jururawat yang bakal saya duduki hujung tahun ini. I know that I born to be a nurse.

I'm single but I'm not available. Nama bakal suami saya Adam Aqil. Dia seorang doktor yang saya kenal di intittusi pengajian tinggi awam sebelum saya masuk ke kolej sekarang. Dia salah seorang senior saya. Kami tak couple tau. Kami mula rapat setelah aku berhenti. Kawan je dari dulu sampailah dia memberitahu hasrat untuk berjumpa dengan ibubapa saya. Tujuannya, nak beritahu keluarga yang kami sedang berkawan sebelum rombongan merisik di hantar. Saya tak kisah, sebab selain dia saya tidak ada teman yang istimewa.

OK. Cukup cerita pasal saya. Sebenarnya saya tengah tunggu hujan di luar berhenti. Nak keluar pergi Paradigm Mall. Mengidam pulak nak makan Takoyaki tapi bukan mengidam mengandung ye. Hehehe.

Thursday, January 17, 2013

Cinta Wafer 7


Setibanya di Kelana Jaya aku memarkir keretaku yang sebenarnya tiada apa-apa kerosakkan, sedikit jauh dari rumah ibu. Sememangnya aku dapat 'tembak' dari abang Nuar. Terima sahaja, sebab salah sendiri. Aku memang sedikit kelam kabut kalau sudah lewat. Hehehe.

Athirah menuju ke arah rumah ibu. Berdebar saja budak ni. Maklumlah, hampir 5 tahun di Russia menghabiskan Ijazah sarjana muda, kemudian menghabiskan housemanship dekat hospital di Sarawak. Berbual di telefon tidak sama seperti bersemuka. Dia sangat rindukan ibu. 

"Thirah dengan abang masuk la dulu, Wafiy nak call kawan sekejap."
"Kak Irah, jangan masuk dulu tau. Thirah nak tengok mak dapat bezakan tak kak Irah dengan Thirah tak." Athirah memberikan cadangan. Boleh tahan jugak adik aku yang seorang ni.
"Yela, pergi la."
"Abang pergi dengan Thirah. Wafiy jangan lama sangat borak dengan Syamsid nanti. Hehehe."
"Abang Nuar!"
"Jom Thirah. Hahaha." Ajak abang Nuar sambil ketawakan aku. Kurang asam punya abang.

***

"Abang Nuar masuk dulu la. Thirah gementar pulak rasa."
"Apa la kau ni Thirah. Assalamualaikum. Mak! Nuar dengan adik dah sampai."
"Waalaikumussalam."

Terdengar suara mak menyahut dari dapur. Berani betul mak ni tinggal pintu rumah terbuka. 

"Mak, kenapa biar pintu buka? Berani betul mak ni tau. Ayah mana mak?" Anuar cari peluang bebel kepada emaknya. Boleh tahan jugak abang aku yang sorang ni.
"Ayah kau la tu. Tadi katanya nak pergi Giant nak beli serai. Mak nak masak tom yam malam ni. Kenapa Wafiy? Pandang mak macam dah sepuluh tahun tak pandang mak."

Athirah tersenyum. OK mak tak cam saya. Sedikit terkilan tapi tak kisah.

"Mak nak masak tom yam? Sedapnya. Abang, kita makan kat sini ya malam ni."
"Ha, tu kau jangan tanya abang. Tanya driver."
"Amboi, sedapnya abang cakap Wafiy driver. Abang balik la sendiri. Malas Wafiy nak hantar abang." Sahutku selepas mendengar kata-kata abang Nuar tadi.
"Eh. Ya Allah. Athirah. Anak mak dah balik." Mak dah meluru dan memeluk aku.
"Mak, Thirah sana la mak. Ni Wafiy la. Mak pun tak boleh nak bezakan kami. Macam mana ni?" Mak tersenyum malu.
"OK. Mak dah jumpa anak kembar mak. So, Anuar kena balik rumah la. Mak tak nampak Anuar dah." Usik abang Nuar pada ibu kami. Mengada betul abang aku ni.
"Kamu jangan nak mengada Anuar. Semua anak mak. Jom kita ke dapur. Mak ada masak bihun goreng tadi. Athirah ni, kenapa tak cakap nak balik? Minggu lepas telefon tak cakap pun dengan mak yang Thirah nak balik. Bila Thirah sampai?"
"Malam tadi. Thirah tumpang rumah kawan sebab dah lewat. Pagi tadi dah kena lapor diri kat hospital. Thirah ingat nak jumpa mak sebelum jumpa kak Irah dengan abang Nuar tapi Thirah dah jumpa kak Irah dulu dekat wad."
"Thirah tidur di mana malam nanti?"
"Rumah kak Irah. Esok Thirah dah masuk kerja. Kalau Thirah tinggal sana senang nak pergi kerja."
"Assalamualaikum." Ayah masuk ke ruang dapur dengan senyuman. Melihat dua anak dara kemarnya bersama-sama menjamu selera di meja makan.
"Waalaikumussalam." Salam di sambut serentak.
"Semua anak-anak ayah ada. Jadi, ayah mengarahkan semuanya tidur di sini untuk seminggu."
"Ayah..." Aku dan Athirah serentak ingin membantah.
"Ayah, Irah esok kerja syif pagi." Aku cuba memujuk ayahku. Aku bukan tak suka tidur rumah mak, tetapi aku perlu bangun awal untuk ke hospital. Kalau di rumahku, 6.30am keluar rumah pun boleh.
"Thirah pun sama ayah." Athirah pun cuba memancing simpati ayah.
"Ayah boleh hantar kamu berdua, kalau Irah tak nak drive pagi." Anuar sudah tersengih mengenakan aku. Aku menjuih bibir. Merajuk.
"Kenapa Wafiy, eh sekarang dah tak boleh panggil Wafiy. Dua-dua dah ada sini. Kenapa Irah nak balik sangat ni? Nak jumpa buah hati ke?"
"Irah dah ada buah hati? Kenapa tak cerita dengan mak?" Ni dah kenapa semua dah mula panggil aku Irah ni.
"Abang Nuar ni, mana pulak Irah ada buah hati. Irah belasah nanti baru tahu."
"Ish Irah ni, nak belasah orang saja kerjanya. Cubalah lembut sikit. Siapa orangnya Nuar?" Mak bertanya pada Anuar. Abang aku yang seorang ni memang sengal.
"Nama dia..." Aku dengan pantas mencubit peha abang Nuar.
"Adoi ketam dah gigit. Tak ada apa-apalah mak. Gurau je." Anuar sengih. Padan muka. Cari pasal dengan Wafiy Munirah siapa suruh.
"Anuar cakap betul-betul." Mak dah bagi pandangan mata memujuk.
'Alamak susah ni.'
"Sebenarnya mak, Anuar dah ada calon. Cadang minggu depan nak bawa jmpa mak. Bukan Wafiy yang ada calon. Hehehe." Mak melepaskan keluhan. Dia berharap sangat Wafiy ada calon supaya tenang hatinya. Dia tahu walaupun Wafiy Munirah berlagak biasa tetapi matanya jelas menunjukkan dia kesedihan dan kesepian.
"Mak kenapa mak nampak sedih sangat ni? Baguslah kalau abang Nuar dah ada calon. Maknanya, tak lama lagi mak dapat menantu la." Athirah cuba untuk memahami situasi. Sejak tadi, dia asyik terpinga-pinga dengan jigsaw puzzle yang tak bercantum lagi.banyak perkara yang berlaku selama dia menghabiskan housemanship di Sarawak rupanya.

Belum sempat mak menyambung tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Syamsid Dhuha calling
'Kenapa pula budak seorang ni call waktu-waktu macam ni. Aku keluar dari ruang makan dan menuju ke arah bilik yang dahulunya adalah bilikku dan bilik Athirah.

"Assalamualaikum." Aku menghulurkan salam.
"Waalaikumussalam. Ira, awak di mana? Ada di rumah tak?" Soalnya sedikit cemas.
"Saya tak balik rumah hari ni. Saya dekat rumah mak saya. Kelana jaya. Kenapa?" Sudah kenapa pula budak ni cemas semacam.
"Kawan serumah awak kena langgar tadi. Sekarang dekat emergency department."
"Kawan saya? Siapa?" Aku pula yang cemas. Siapa pula yang accident ni.
"Kalau tak salah nama dekat pass kerja dia Azreen. Budak rumah awakkan?"
"OK. Saya cuba balik sekarang. Terima kasih Syamsid."

Aku cuba untuk bertenang. Aku menuju ke ruang makan dengan air muka yang resah.
"Siapa call Irah? Sampaikan nak cakap kena masuk dalam bilik." Ayah menyoalku.
"Kenapa muka kusut semacam ni?" Anuar pula bertanya.
"Kwan Irah call. Dia beritahu yang Azreen housemate Irah accident. Abang Nuar temankan Irah balik sekejap boleh?"
"Boleh."
"Mak, Irah balik sekejap nanti malam Irah balik sini semula ya."
"Pergilah. Hati-hati."