Setibanya di Kelana Jaya aku memarkir keretaku yang sebenarnya
tiada apa-apa kerosakkan, sedikit jauh dari rumah ibu. Sememangnya aku
dapat 'tembak' dari abang Nuar. Terima sahaja, sebab salah sendiri. Aku memang
sedikit kelam kabut kalau sudah lewat. Hehehe.
Athirah menuju ke arah rumah ibu. Berdebar saja budak ni. Maklumlah, hampir 5 tahun di Russia menghabiskan Ijazah sarjana muda, kemudian menghabiskan housemanship dekat hospital di Sarawak. Berbual di telefon tidak sama seperti bersemuka. Dia sangat rindukan ibu.
"Thirah dengan abang masuk la dulu, Wafiy nak call kawan sekejap."
"Kak Irah, jangan masuk dulu tau. Thirah nak tengok mak dapat
bezakan tak kak Irah dengan Thirah tak." Athirah memberikan cadangan.
Boleh tahan jugak adik aku yang seorang ni.
"Yela, pergi la."
"Abang pergi dengan Thirah. Wafiy jangan lama sangat borak
dengan Syamsid nanti. Hehehe."
"Abang Nuar!"
"Jom Thirah. Hahaha."
Ajak abang Nuar sambil ketawakan aku. Kurang asam punya abang.
***
"Abang Nuar masuk dulu la. Thirah gementar pulak rasa."
"Apa la kau ni Thirah. Assalamualaikum. Mak! Nuar dengan adik
dah sampai."
"Waalaikumussalam."
Terdengar suara mak menyahut dari dapur. Berani betul mak ni tinggal pintu rumah terbuka.
"Mak, kenapa biar pintu buka? Berani betul mak ni tau. Ayah mana mak?" Anuar cari peluang bebel kepada emaknya. Boleh tahan jugak abang aku yang sorang ni.
"Ayah kau la tu. Tadi katanya nak pergi Giant nak beli serai.
Mak nak masak tom yam malam ni. Kenapa Wafiy? Pandang mak macam dah sepuluh
tahun tak pandang mak."
Athirah tersenyum. OK mak tak cam saya. Sedikit terkilan tapi tak
kisah.
"Mak nak masak tom yam? Sedapnya. Abang, kita makan kat sini ya malam ni."
"Ha, tu kau jangan tanya abang. Tanya driver."
"Amboi, sedapnya abang cakap Wafiy driver. Abang balik la sendiri.
Malas Wafiy nak hantar abang." Sahutku selepas mendengar kata-kata abang
Nuar tadi.
"Eh. Ya Allah. Athirah. Anak mak dah balik." Mak dah
meluru dan memeluk aku.
"Mak, Thirah sana la mak. Ni Wafiy la. Mak pun tak boleh nak
bezakan kami. Macam mana ni?" Mak tersenyum malu.
"OK. Mak dah jumpa anak kembar mak. So, Anuar kena balik rumah la.
Mak tak nampak Anuar dah." Usik abang Nuar pada ibu kami. Mengada betul
abang aku ni.
"Kamu jangan nak mengada Anuar. Semua anak mak. Jom kita ke
dapur. Mak ada masak bihun goreng tadi. Athirah ni, kenapa tak cakap nak balik?
Minggu lepas telefon tak cakap pun dengan mak yang Thirah nak balik. Bila
Thirah sampai?"
"Malam tadi. Thirah tumpang rumah kawan sebab dah lewat. Pagi
tadi dah kena lapor diri kat hospital. Thirah ingat nak jumpa mak sebelum jumpa
kak Irah dengan abang Nuar tapi Thirah dah jumpa kak Irah dulu dekat wad."
"Thirah tidur di mana malam nanti?"
"Rumah kak Irah. Esok Thirah dah masuk kerja. Kalau Thirah
tinggal sana senang nak pergi kerja."
"Assalamualaikum." Ayah masuk ke ruang dapur dengan
senyuman. Melihat dua anak dara kemarnya bersama-sama menjamu selera di meja
makan.
"Waalaikumussalam." Salam di sambut serentak.
"Semua anak-anak ayah ada. Jadi, ayah mengarahkan semuanya
tidur di sini untuk seminggu."
"Ayah..." Aku dan Athirah serentak ingin membantah.
"Ayah, Irah esok kerja syif pagi." Aku cuba memujuk
ayahku. Aku bukan tak suka tidur rumah mak, tetapi aku perlu bangun awal untuk
ke hospital. Kalau di rumahku, 6.30am keluar rumah pun boleh.
"Thirah pun sama ayah." Athirah pun cuba memancing
simpati ayah.
"Ayah boleh hantar kamu berdua, kalau Irah tak nak drive pagi." Anuar sudah tersengih
mengenakan aku. Aku menjuih bibir. Merajuk.
"Kenapa Wafiy, eh sekarang dah tak boleh panggil Wafiy.
Dua-dua dah ada sini. Kenapa Irah nak balik sangat ni? Nak jumpa buah hati
ke?"
"Irah dah ada buah hati? Kenapa tak cerita dengan mak?"
Ni dah kenapa semua dah mula panggil aku Irah ni.
"Abang Nuar ni, mana pulak Irah ada buah hati. Irah belasah
nanti baru tahu."
"Ish Irah ni, nak belasah orang saja kerjanya. Cubalah lembut
sikit. Siapa orangnya Nuar?" Mak bertanya pada Anuar. Abang aku yang
seorang ni memang sengal.
"Nama dia..." Aku dengan pantas mencubit peha abang
Nuar.
"Adoi ketam dah gigit. Tak ada apa-apalah mak. Gurau
je." Anuar sengih. Padan muka. Cari pasal dengan Wafiy Munirah siapa
suruh.
"Anuar cakap betul-betul." Mak dah bagi pandangan mata
memujuk.
'Alamak susah ni.'
"Sebenarnya mak, Anuar dah ada calon. Cadang minggu depan nak
bawa jmpa mak. Bukan Wafiy yang ada calon. Hehehe."
Mak melepaskan keluhan. Dia berharap sangat Wafiy ada calon supaya tenang
hatinya. Dia tahu walaupun Wafiy Munirah berlagak biasa tetapi matanya jelas
menunjukkan dia kesedihan dan kesepian.
"Mak kenapa mak nampak sedih sangat ni? Baguslah kalau abang
Nuar dah ada calon. Maknanya, tak lama lagi mak dapat menantu la." Athirah
cuba untuk memahami situasi. Sejak tadi, dia asyik terpinga-pinga dengan jigsaw puzzle yang tak bercantum lagi.banyak
perkara yang berlaku selama dia menghabiskan housemanship di Sarawak rupanya.
Belum sempat mak menyambung tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Syamsid Dhuha calling.
'Kenapa pula budak seorang ni call waktu-waktu macam ni. Aku keluar
dari ruang makan dan menuju ke arah bilik yang dahulunya adalah bilikku dan
bilik Athirah.
"Assalamualaikum." Aku menghulurkan salam.
"Waalaikumussalam. Ira, awak di mana? Ada di rumah tak?"
Soalnya sedikit cemas.
"Saya tak balik rumah hari ni. Saya dekat rumah mak saya.
Kelana jaya. Kenapa?" Sudah kenapa pula budak ni cemas semacam.
"Kawan serumah awak kena langgar tadi. Sekarang dekat emergency department."
"Kawan saya? Siapa?" Aku pula yang cemas. Siapa pula
yang accident ni.
"Kalau tak salah nama dekat pass kerja dia Azreen. Budak rumah
awakkan?"
"OK. Saya cuba balik sekarang. Terima kasih Syamsid."
Aku cuba untuk bertenang. Aku menuju ke ruang makan dengan air muka yang resah.
"Siapa call Irah? Sampaikan nak cakap kena masuk dalam bilik." Ayah menyoalku.
"Kenapa muka kusut semacam ni?" Anuar pula bertanya.
"Kwan Irah call. Dia beritahu yang Azreen housemate Irah accident. Abang Nuar temankan Irah balik sekejap boleh?"
"Boleh."
"Mak, Irah balik sekejap nanti malam Irah balik sini semula ya."
"Pergilah. Hati-hati."