"Abang Nuar cepatlah sikit. Turunkan Wafiy depan sana
sajalah. Nanti abang Nuar pergi unit kecemasan sendirilah."
Aku leceh betul kalau nak cari parking kat hospital ni. Staff pun susah nak dapat park kereta.
"Sabarlah Wafiy depan sana tu ada kosong. Cubalah
sabar sikit."
"Wafiy dah cakap tadi, letak je kereta depan pagar
kecemasan sana. Abang tak nak dengar cakap Wafiy kan. Ketegaq abang Nuar ni." Tudia keluar dah
loghat utara tu. Hahaha.
"Hoi membebel macam mak nenek. Pergi la dulu. Nanti
abang datang." Anuar turunkan aku di teli lobi utama sebelum dia memarkir
kereta.
'Kereta mahal-mahal nak suruh park tepi jalan. Kena langgar
baru tahu.' Bisik hati Anuar.
***
Tiba di unit kecemasan aku mencari Azreen. Aku memang risau
kalau budak rumah aku ni sakit. Susah nanti. Mak ayah budak-budak ni amanahkan
aku jaga mereka. Budak ni pun satu, dah tahu kerja malam keluar rumah awal
sangat buat apa. Jemah betul budak seorang ni.
"Ira."
"Opocot jemah kau....!" Aku berpaling lalu
menjeling Syamsid yang tersengih.
"Ops, sorry.
Saya lupa yang awak tak boleh terkejut. Assalamualaikum Ira. Saya tak ada niat
langsung nak buat awak terkejut." Tegur Syamsid.
Aku debik jugak mamat seorang ni. Wajahku masam mencuka.
Abang Nuar ni lagi seorang. Parking kereta pun lambat.
"Azreen dah masuk bilik rawatan tadi. Sekejap lagi
keluarlah tu."
"Macam mana boleh kena langgar?"
"Saya nampak tadi, ada motosikal nak ragut dia. Azreen
lari then kena langgar dengan motosikal yang
baru keluar dari pagar hospital." Syamsid menerangkan.
"Ragut?"
"Kak Wafiy. Buat apa kat sini?" Azreen merenung
Syamsid dan aku bersilih ganti. Syamsid tersengih memandang Azreen.
'Memang sengal la abang Syamsid ni. Cepuk baru tahu.
Sebentar tadi sudah di pesan jangan beritahu kak Wafiy.'
"OK. Abang Sam mengaku abang yang cakap. Jangan nak
buat pandangan mata membunuh macam tu. takut abang Sam tengok."
"So, how?" Aku merenung Azreen.
"Sprain sedikit.
Doktor bagi MC 2 hari. Kak Wafiy datang dengan siapa? Kereta dah OK ke?"
"Banyaknya soalan kau. Datang dengan abang Nuar. Malam
ni kak Wafiy tidur di Kelana Jaya. Adik kembar kak Wfiy dah balik dari Sarawak. So, ayah dah keluarkan
arahan mandatori untuk semua anak-anak tidur sana. Kereta tu OK sahaja. Hari tu
mungkin ak cepat sangat sampai tak boleh nak hidup enjin dia." Terangku
panjang lebar. Rasanya dia belum tahu yang MO baru dekat department surgical tu adik kembar aku.
"Ooooo..." Azreen mengangguk tanda faham.
"Malam ni siapa sahaja ada dekat rumah?" Aku
menyoal. Kalau tinggal seorang bahaya juga. Dah la tangan injured.
"Qaseh ada kak. Lagipun malam ni Nurul nak tumpang
tidur rumah kita. Merajuk dengan Farid agaknya."
"Kalau macam tu, kak Wfiy balik dulu. Abang Nuar tak
dapat parking agaknya.
Jomlah kak Wafiy hantar sampai bawah rumah. Kesian pula abang Nuar dalam kereta
tu nanti. Saya baik ya Syamsid. Kirim salam pada panjang nanti ya."
"Insya Allah. Assalamualaikum."
Dia kena tidur KJ la pula. Baru nak ajak makan wafer sama-sama. Lain kalilah Syamsid. Apa-apa pun kena terus terang dengan dia dulu, kalau tak nanti alamat makan selipar aku jwabnya.
Dia kena tidur KJ la pula. Baru nak ajak makan wafer sama-sama. Lain kalilah Syamsid. Apa-apa pun kena terus terang dengan dia dulu, kalau tak nanti alamat makan selipar aku jwabnya.