Friday, August 10, 2012

Cinta Wafer 4


"Sam, kenapa dengan Wafiy ni?" Anuar bertanya kepada Syamsid.
"Entah. Tadi dia nyaris nak kena langgar. Saya tarik dia. Jalan tak tengok kiri kanan. Lepas tu tiba-tiba ja dia blur macam ni." Kemudian terdengar Anuar beristigfar. Bersyukur kerana adiknya tiada apa-apa.

Anuar membaca beberapa potong ayat Al-Quran lalu di hembus ke ubun-ubun kepalaku. Beberapa saat selepas itu, aku seolah-olah tersedar dari mimpi. Wajahku bertukar menjadi pucat.

"Wafiy, kenapa ni?"

Segalanya seperti berulang kembali di hadapan mataku. Aku lantas memeluk abang Nuar. Aku menangis semahunya di dadanya.

"Fahmi... Dia kena langgar depan mata Wafiy..." Sedu sudah kedengaran di dalam tangisanku. Sesungguhnya aku tidak dapat melupakan kejadian yang membuatkan aku kehilangan orang yang aku sayangi. Air mata yang mengalir tidak dapat aku tahan.

"Sabar Wafiy. Semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya."

Melihatkan keadaan aku yang tidak dapat menahan kesedihan, aku mula merasakan tangan abang Nuar mengusap kepalaku. Setelah tangisanku reda, aku merenung baju yang dipakai abang Nuar yang sudah dibasahi oleh air mataku. Tiba-tiba aku dapat rasakan kakiku seolah-olah tidak jejak di bumi. Aku mula merasa seram sejuk.

'Kenapa baju yang abang Nuar sama macam baju yang Sam pakai?' Aku berfikir sejenak. Aku perlahan-lahan melepaskan pelukanku. Wajahku sudah merona kemerah-merahan. Macam mana boleh tersalah peluk orang ni. Aduh malunya. Aku mendongak memandang wajah Syamsid. Dia hanya tersengih memandangku sambil mengangkat kedua belah tangannya menandakan bahawa dia tidak bersalah.

"Sorry." Kataku sambil menundukkan wajahku. Malu la. Huhuhu.
"It's ok. Feeling better?" Soalnya kepadaku.
"Terima kasih sebab tolong saya dan tolong hantarkan saya. Abang Nuar, Wafiy lapar." Baik aku tukar  tajuk perbualan. Ni la waktunya kalau nak bermanja dengan abang Nuar dan nak hilangkan malu insiden tadi. Malunya. Kalau nak tahu, abang Nuar ni lemah sikit bila tengok adik kesayangan dia ni menangis. Hehehe.
"Alahai... Kesiannya adik abang ni. Jangan nak buat akal ek. Wafiy kena belanja abang. Sam, jom kita makan sekali."
"Ala, kenapa ajak Sam sekali?" Balasku sambil memuncungkan wajahku.
"Jangan nak mengada. Dah la Sam yang hantarkan tadi. Jom Sam."
"Tak apa la abang lain kali sahaja ya." Syamsid cuba untuk menolak apabila melihat keenggananku.
"Ha! Tengok tu. Dia pun tak nak."
"Dah jangan nak mengada Wafiy. Kali ni abang belanja dengan syarat Sam ikut kita sekali. OK?"
"OK la." Buat dah la perangai bagi arahan mandatori dia tu.

***

Aku hanya mendiamkan diri sewaktu makan bersama Syamsid dan abangku. Sengal betul abang aku yang seorang ni. Takkan la dia tak faham yang adik dia ni malu nak tengok si Syamsid ni sebab kes tersalah peluk tadi.

Selesai mengeyangkan perut, kami berjalan keluar dari restoran KFC. Abang aku yang seorang ni memang suka sangat dengan KFC.

"Sam datang ni semata-mata nak hantar Wafiy je ke?" Soal Anuar.
"Eh, tak adalah. Saya nak ambil barang saya yang tertinggal kat office semalam. Kebetulan tadi Wafiy ni rempuh saya. Alang-alang tu, offer nak hantarkan dia la sebab dia kata nak naik teksi."
"Sam kerja di mana?"

Ish abang aku ni, dah macam polis pencen pulak dia.

"Plaza IBM."
"Owh. Bangunan belakang ni? Bila nak pergi ambil barangnya?"
"Kalau boleh masa nak hantar Wafiy balik. Singgah office sekejap, lepas tu boleh terus balik."
"Kenapa pulak? Abang Nuar boleh hantar saya la." Takkan la aku nak menghadap dia lagi. malu tak habis lagi ni.
"Dah nak jadi kerja pulak abang nak hantar kau kat Ampang lepas tu nak balik gombak. Balik dengan Sam lepas beli cincin nanti."

Arahan mandatori lagi. Geram betul aku dengan abang Anuar ni. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Eh, ni macam nombor telefon Fareez. Hehehe. Sengal jugak aku ni kan. Boleh pulak tak save nombor dia hari tu.

"Asslamualaikum..." Aku memberi salam.
"Wafiy Munirah, kau dengar apa yang aku nak cakap. Aku malu sebab aku dah jatuh hati pada kau. Aku tak sangka yang kau ni sebenarnya perempuan murahan. Aku malu pada keluarga aku yang nampak sendiri siapa kau yang sebenarnya. Keluarga aku dah sampaikan pada keluarga kau yang pertunangan kita diputuskan. Aku menyesal sukakan kau perempuan tak ada harga diri!"

Terus sahaja talian di matikan tanpa sempat aku bertanya dan mempertahankan diri. Aku terdiam seketika. Apa pulak masalahnya ni?

"Siapa yang call Wafiy?" Anuar bertanya setelah melihat aku hanya berdiam diri.
"Abang, Wafiy tak faham. Bukan Wafiy yang tergila-gilakan dia. Bukan Wafiy nak sangat bertunang dengan dia. Tiba-tiba telefon marah-marah cakap yang bukan-bukan. Then nak putuskan pertunangan. Ingat Wafiy hairan sangat ke kalau putus tunang dengan dia, tak luak sikit pun!" Terus aku hamburkan kata-kata kemarahanku.

"Tunang?" Syamsid terkedu mendengar perkataan itu.
'La tunang orang rupanya.' Bisik hati Syamsid.
"Fareez call la ni? Apa yang dia cakap?" Soal Anuar.
'Apa ke pelik adik aku ni. Hari tu cakap tak suka, ni marah pulak bila orang tu putuskan pertunangan. Adik siapa la ni?'
"Dasar orang tak guna! Wafiy tak pernah minta orang sukakan Wafiy tapi perlu ke dia hina Wafiy. Wafiy tak kisah la pasal putus tunang tu tapi kenapa sampai cakap yang Wafiy ni perempuan murahan? Dia tu siapa? Ingat bagus sangat..."
"Wafiy, abang rasa batal la nak beli cincin. You're not in the mood. So, better you go home and rest. We'll talk about it later. OK? Sam, tolong hantar Wafiy balik. Boleh?" Anuar cepat-cepat memotong sebelum pelbagai perkataan lagi yang keluar dari mulutku ni. Sengaja dia meminta Syamsid hantarkan Wafiy kerana dia yakin Syamsid mampu membuat adiknya tersenyum.
"Boleh je kalau abang percayakan saya." Balas Syamsid. Dia merenung ke wajahku. Tidak menyangka orang yang selalu di sakatnya selama ni, seorang gadis comel dan ceria sangat terduga perjalanan hidupnya.
"Wafiy balik dulu. Abang cari la nanti design yang cantik. Pasal saiz nanti lain kali kita datang lagi."
"Wafiy ok la abang. Wafiy bukan marah dengan abang."
"Tak apalah Wafiy. Macamlah abang tak kenal adik abang ni kan. Balik rehat. Esok kerja kan?"
"OK." Lantas aku menyalami Anuar. Anuar memelukku untuk menenangkanku.
Thanks abang because always there for me, understand me.