"Mama, Lilie rindukan mama. Kalaulah mama masih ada, mesti mama tak akan sanggup tengok anak mama sedih. Mama selalu ada untuk Lilie. Lilie sedih ma, kenapa mereka ganggu hidup Lilie sedangkan Lilie tak pernah berniat nak ganggu mereka."
Aku meluahkan segala perasaanku sambil menghadap ke arah tanah sawah peninggalan arwah mama dan papa kepadaku. Tanah ini diuruskan oleh ibu Sharifah. Orang yang sentiasa mengambil berat tentang aku setelah pemergian mama dan papa.
Rumah di Taman Saga juga rumah yang arwah mama dan papanya. Itulah sebabnya aku tidak tinggal bersendirian di rumah itu kerana aku pasti akan sering terkenangkan arwah mama dan papanya. Azyan dan Intan teman kolejku tinggal bersamaku di rumah itu.
Aku memohon cuti selama seminggu setelah berjumpa dengan Syamira tempoh hari. Aku perlukan waktu untuk menenangkan fikiran. Aku masih tidak dapat melupakan kejadian di Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari. Aku cuba menahan rasa sedih yang mampir di hatiku. Aku hairan kenapa aku boleh menjadi penyebab putusnya pertunangan mereka.
Seandainya aku ingin merampas Shahrul, aku pasti lakukannya setahun yang lalu. Perasaan benci mula bercambah di dalam hatiku terhada mereka. Air mataku seakan mahu menitis lagi.
"Lilie!! Janganlah menangis, kau kuat Lilie. Mereka tak akan boleh melukai kau lagi!!" Aku menjerit sekuat hatiku di hadapan sawah padi yang terbentang luas di hadapanku. Aku menahan air mataku dari menitis untuk kesekian kalinya.
“Menangislah Lilie, kalau itu boleh buat awak lebih tenang nanti.”
Aku menoleh kearah suara yang menyapaku. Aku tersenyum memandangnya. Dari jauh aku melihat dia meletakkan keretanya di hadapan rumah keluarga angkatku.
“Awak tahu saya di sini? Siapa beritahu awak?” Setahu aku, aku tak ada beritahu Azyan atau Intan bahawa aku akan pulang ke kampong. Aku semakin hairan kerana dia boleh mencari rumah keluarga angkatku sedangkan ramai kenalanku mengatakan bahawa susah untuk mencari rumah ini.
“Malaysia kecil sahaja Lilie. Perlis pun kecil juga, jadi tak susah pun untuk saya mencari rumah keluarga angkat awak ini kalau itu yang awak hairankan.”
“Kenapa pula…”
“Air muka awak sangat menunjukkan bahawa awak sedang terkejut. So, I guess you are surprise to see me here. Am I rite?”
“Yes you are. I’m surprise to see you here. Haziq, I’m sorry that day. Saya pergi tanpa ucapkan terima kasih pada awak sedangkan awak telah menolong saya. Terima kasih.”
“It’s ok. Saya ikhlas tolong awak. Are you feeling better now?”
“Entahlah, saya cuma rindukan arwah mama dan papa. Saya masih teringatkan masakan mama, leteran papa sebab anak dia ni degil.”
“Lilie, awak tak pandai menipu tahu tak? Kenapa perlu malu untuk meluahkan apa yang awak rasa. Mungkin benar awak rindukan parents awak, tapi awak jangan ingat saya tak dengar apa yang awak laungkan tadi. Menangislah kalau itu dapat melegakan awak dan kembalikan senyuman awak. I'll be your crying shoulder, remember?"
"Thanks."
Akhirnya aku meluahkan segala rasa kekecewaanku kepada Haziq. Aku menangis meluahkan segalanaya dan tanpa aku sedari perasaanku kepadanya sudah mula berubah. Satu perasaan yang belum pernah aku rasai sebelum ini.
***
"Thanks."
Akhirnya aku meluahkan segala rasa kekecewaanku kepada Haziq. Aku menangis meluahkan segalanaya dan tanpa aku sedari perasaanku kepadanya sudah mula berubah. Satu perasaan yang belum pernah aku rasai sebelum ini.
***