Keluhan demi keluhan yang keluar dariku. Aku bingung. Kenapa ibuku boleh menerima pinangan dari orang yang tidak dikenali. Pada ibu, keluarga itu nampak bersungguh-sungguh mahukan aku sebagai menantu mereka dan mereka kelihatan seperti keluarga yang baik-baik.
“Qaseh. Kak Wafiy betul-betul tak faham kenapa mak boleh terima pinangan orang tu. Perkahwinan bukan suatu perkara remeh. Kalau boleh Kak Wafiy nak kahwin dengan orang yang Kak Wafiy cinta. Sekurang-kurangnya biarlah Kak Wafiy kenal orang tu.” Wafiy meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang keputusan ibunya untuk menerima pinangan tersebut kepada teman serumah merangkap kawan sekerjanya Nur Qaseh.
“Saya pun tak faham kak Wafiy tapi saya fikir mesti mak kak Wafiy ada alasan dia sendiri. Dia nak yang terbaik untuk kak Wafiy.”
“Kak Wafiy rasa mak dah tahu yang kak Wafiy apply nak kerja di Arab Saudi tahun depan. Ala Qaseh, tahu je la mak kak Wafiy tu macam mana, mungkin itu sebab dia terima pinangan budak nama Fareez tu. Sebab kalau dah kahwin memang susah nak dapat kerja sana.”
“Kak Wafiy kenal tak Fareez tu?” Soal Qaseh.
“Seingat Kak Wafiy, tak pernah pulak kak Wafiy ada kawan nama Fareez.”
“Kak Wafiy tak cuba tanya abang Anuar? Mana tahu kalau-kalau abang Anuar kenal Fareez tu.”
“Betul tu. Tanya abang Anuar.” Balasku lantas mencapai telefon bimbitku lalu menghubungi Anuar.
“Assalamualaikum.” Aku menyapa.
“Waalaikumussalam. Cik Wafiy Munirah nak bercakap dengan siapa?” Balasnya.
“Abang Nuar, Wafiy ada hal nak cerita. Boleh jumpa tak?” Soalku tanpa selindung.
“Ada apa? Cakap la.”
“Wafiy tak nak cerita on the phone.”
“Kalau macam tu, Wafiy datang Sunway Pyramid. Abang tunggu dekat KFC.”
“OK sepuluh minit lagi Wafiy sampai.”
“Eh budak jangan bawa kereta laju-laju. Hati-hati.”
“Baik tuan. Assalamualaikum.” Tanpa menunggu dia menjawab aku terus mematikan talian.
***
Aku bersiap ala kadar sahaja. Hanya memakai seluar jeans, t-shirt hitam serta selendang berwarna hitam. Lebih mudah untuk aku memandu. Aku mencapai kunci kereta Honda Accord putih kesayanganku dan terus sahaja menuju ke destinasi.
“Hai abang Nuar!” Sergahku sebaik sahaja tiba di belakangnya.
“Ish budak ni, dah tak pandai bagi salam? Pandai kau cari abang kat sini ek.” katanya sambil menarik sedikit selendangku.
“Apa ni? Tarik-tarik selendang pula. Tak malu betul. Belasah nak? Orang tahu la tempat mana abang Nuar suka lepak.Macam la kita tak pernah lepak sama. Hai abang Man.” Aku menyapa Azman teman rapat Anuar.
“Hai Wafiy comel. Wafiy apa khabar? Kenapa nampak macam makin kurus? Ada masalah ke?”
“Abang Man ni boleh scan muka orang ek?Wafiy ada masalah sikit. Tak tahu macam mana nak cerita.” Jawabku lalu mengeluh. Wajah cerianya sebentar tadi bertukar suram.
“Kenapa? Masalah dengan kerja atau dengan kawan atau boyfriend?” Azman bertanya. Sesungguhnya dia tidak gemar melihat wajah yang sering dihiasi oleh senyuman itu muram.
“Sebenarnya…” Aku tidak tahu kenapa begitu sukar untuk aku menceritakan segalanya.
“Kenapa? Kau ni nak kahwin ke Wafiy? Susah sangat nak cakap. Selalunya LRT pun kalah dengan Wafiy ni.” Kata abang Anuar mengusikku.
“Kalau Wafiy kata ya.” Kataku dengan mimik muka yang sangat tak rela.
“Iya? Baguslah, benda elok jangan di lewat-lewatkan.Tak sabar abang nak makan nasi minyak ni. Betul kan Man? Bila Wafiy?”
“Hujung tahun ni. Masalahnya Wafiy tak kenal la tunang Wafiy tu. Ni yang nak tanya dengan abang Nuar ni, abang Nuar kenal tak Fareez?”
“Fareez? Fareez apa? Banyak la kawan abang nama Fareez. Tapi diorang bukan kenal Wafiy.”
“Kenapa Wafiy nampak sedih? Wafiy tak suka ke dengan calon suami Wafiy tu?” balas Azman sambil tersengih.
“Semalam keluarga ‘dia’ pergi rumah mak dengan rombongan sekali. Mula-mula mak pelik juga sebab tak kenal, tapi bila cakap nak meminang Wafiy terus mak dengan abah setuju tanpa tanya Wafiy dulu. Mak cakap diorang tu nampak macam keluarga yang baik-baik. Mak pun dah tengok gambar Fareez, tunang Wafiy. Dia kata, dia setuju. Macam mana nak suka abang Man, kenal pun tak.” Terangku kepada mereka tentang apa yang sedang aku runsingkan.
“Maknanya Wafiy tak kenal dengan tunang Wafiy?” tanya Azman lagi.
“Wafiy tak tahu. Wafiy tak kenal. Kenapa dia pinang Wafiy yang tak cantik ni?”
“Wafiy, suka sangat cakap macam tu. Cantik itu subjektif. Setiap orang telah diciptakan dengan kecantikan dan kelebihan masing-masing. Mungkin Wafiy kenal dia tapi dengan nama yang lain atau Wafiy je yang tak perasan yang dia tu wujud. Mana taknya asyik kenangkan Fahmi tu je.” Kata abang Anuar lembut tetapi tegas.
“Abang Nuar, apa Wafiy nak buat? Kalau suruh mak putuskan mesti kena marah nanti. Tapi kalau teruskan macam mana dengan Wafiy. Wafiy tak mahu kahwin dengan orang yang Wafiy tak kenal.” Aku tidak suka nama Fahmi di ungkit ketika ini.
“Wafiy ada nombor telefon dia tak?” soal Anuar.
“Ada.”
“So, get to know him. This is just a simple problem, don’t make it complicated my dear sister.”
“Abang Nuar, dah lupa ke yang Wafiy nak pergi kerja kat Arab Saudi. Lepas habis kontrak 5 tahun dengan KKM (kementerian Kesihatan Malaysia) nanti? Kalau dah kahwin nanti memang sah tak dapat nak pergi.”
“What? Wafiy nak kerja dekat Arab Saudi? Kenapa Wafiy?” tanya Azman yang jelas terkejut.
“Nak cari pengalaman dan nak cari duit la abang Man. Kalau dah kahwin kemungkinan nak dapat kerja dekat sana tu 1:20 tahu tak dan mesti suami tak akan benarkan Wafiy kerja sana. Rasanya inilah salah satu sebab mak terima pinangan keluarga Fareez tu.”
“Abang tak setuju juga Wafiy nak keja sana. Lagipun tahun lepas dah pergi kan?Masa musim haji. Tahun sebelumnya pun dah pergi. Dah siap dapat beli Honda Accord lagi. Abang Nuar pun pakai Proton Gen-2 tu je tau.” Marah Anuar kepadaku.
Padan dengan muka aku ni kan. Kena marah. Huhuhu…
“Wafiy, Man bagi pendapat sikit ya. Wafiy buat solat istiqarah, minta petunjuk dari Yang Maha Esa. IsyaALLAH Wafiy akan dapat jawapannya. Boleh Man tanya sikit?”
“Yela Wafiy cuba. Abang Man nak tanya apa?”
“Wafiy tak mahu kahwin dengan Fareez tu sebab nak pergi Arab atau Wafiy sebenarnya dah ada yang punya?” tanya Azman dengan berhati-hati. Takut juga kalau Wafiy fikir dirinya hanya menyibuk hal orang lain.
“Haa Wafiy! Entah-entah dah ada pakwe tak? Itu yang kau beria tak mahu kahwin dengan Fareez tu. Haha.” Sampuk Anuar pula.
“Wafiy dah tak ada sesiapa la selepas Fahmi.” Dia yang terbaik yang pernah aku kenali. Sayangnya Allah lebih menyayangi dirinya. Air mata yang bergenang di kelopak mata akhirnya menitis ke pipi.
“Wafiy, sudahlah. Jangan ditangisi pemergiannya. Hidup mesti diteruskan. Usia Wafiy semakin meningkat. Wafiy dah nak masuk 26 tahun kan? Bagi abang, lebih baik Wafiy terima sahaja Fareez. Bercinta selepas kahwin lebih indah. Betul tak? Lagipun tak salah kalau Wafiy mulakan hidup baru dengan seseorang yang baru Wafiy kenal.” kata abang Amin memujukku.
“Betul Wafiy. Man pun setuju dengan Anuar. Janganlah serabutkan fikiran dengan masalah-masalah begini. Try to think the positive side of it. Maybe you will happy with it someday.” Azman pula cuba untuk memujukku.
Aku mengesat air mata yang masih bersisa.
“But I’m still wondering why did he choose me to be his wife? Did he really know me? I don’t really understand. Why?”
“Maybe he thinks you special.” Azman tersentak kerana Anuar dan Ily serentak ketawa terbahak-bahak.
‘Aku ada buat lawak antarabangsa ke? Rasanya tak ada.’ Bisik hatinya kehairanan.
“Man! Kau ada hati dengan Wafiy ke? Kenapa kau tak cakap kat aku? Kalau tak boleh aku risikkan untuk kau sebelum dia bertunang dulu. Cakap penuh perasaan. Hahaha.” Kata Amin dengan ketawa yang masih bersisa.
“Kenapa? Aku salah cakap ke?”
“Entah abang Man ni. Cara dia cakap macam feeling terlebih pula.” Aku cuba menepis pandangan matanya. Entah kenapa aku rasakan sesuatu disebalik pandangan matanya. Sesuatu yang tak pernah aku rasakan semasa aku bersama arwah dahulu.
‘Wafiy! Jangan buat hal, kau dah bertunang. Hehehe. Walaupun...’ Bisik hati kecilku.
“Fareez mesti ada sebab kenapa dia pilih Wafiy. So, I guess maybe he thinks you special. Man pun rasa macam tu, sebab mana nak cari orang yang cantik, tak mudah putus asa, menjaga batas pergaulan, pandai jaga maruah diri dan pandai menyanyi macam Wafiy. Kalau Wafiy nak tahu, Man dah kenal dengan banyak perempuan, tetapi tak ada seorang pun yang boleh jaga diri sendiri macam Wafiy. Perempuan sekarang cuma nakkan kesenangan tapi tak mahu berusaha. Semuanya gunakan cara mudah dengan menjadi perempuan simpanan, pelacur. Siapa yang nak jadikan isteri perempuan-perempuan macam tu? Cuba Wafiy fikir.” Terang Azman panjang lebar.
“Abang Man, masalahnya kenapa Fareez tu tak cuba beritahu Wafiy dulu sebelum dia pergi meminang Wafiy? Cuba dekati Wafiy. Sekurang-kurangnya Wafiy dapat kenal dia, baru Wafiy tahu dia comel ke tak. Entah-entah dia tu gemuk, pendek, sebab tu dia tak mahu jumpa Wafiy dulu tak? Takutnya.”
“Macam-macam betul kau ni Wafiy. Dengar ya cik Wafiy Munirah, diploma dah dapat, umur adik dah semakin meningkat, jadi terima saja Fareez. Kalau betul dia baik, Wafiy tak akan rugi apa-apa. Paras rupa tak penting dik.”
“Malaslah nak fikir. Oklah Wafiy nak balik. Esok kerja pagi.”
“Jangan fikir sangat masalah tu ya Wafiy. Jangan sampai tersalah bagi ubat pulak dekat pesakit nanti.” Pesan Azman sebelum aku melangkah pergi.
“InsyaALLAH. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Drive carefully.” Balas Anuar dan Azman serentak.
***
“Man. Bukan kau cakap ada hal nak beritahu aku? Apa hal?” soal Anuar sebaik sahaja Wafiy hilang dari pandangan mata mereka.
“Aku dah bertunang dan dah nak kahwin hujung tahun ni.”
“Masalah yang sama dengan Wafiy ke? Mak kau pergi pinang orang yang kau tak kenal juga?” soal Amin bernada bergurau.
“Tak adalah macam Wafiy. Aku suka dengan tunang aku ni. Love at first sight. Dah lama juga aku kenal dia. Tapi, dia tak tahu aku dah lama suka dia. Aku takut nak beritahu dia. Susah la Anuar.” Kata Azman lalu mengeluh.
“Kenapa Man? Cuba kau cerita dekat aku. Tapi macam mana kau bertunang dengan dia sedangkan dia tak tahu. Aku tak faham.”
“Aku beritahu mak aku yang aku suka budak ni, tup tup mak aku dah pergi hantar rombongan meminang budak ni.”
“Dah tu, family tunang kau terima. Senangnya. Kau tak seronok? Sepaututnya kau seronok, sebab tak lama lagi kau dah nak kahwin. Dengan orang yang kau suka pulak tu.”
“Anuar. Bukan aku tak seronok, tapi aku nak perempuan yang aku sayang tahu yang aku sukakannya, sayangkannya dan aku nak dia jatuh cinta dengan aku dahulu sebelum aku melamar dia. Sekarang, tunang aku langsung tak tahu yang aku ini tunangnya. Dia lagsung tidak tahu. Semuanya mak dan ayahnya yang uruskan.”
“’Entahlah Man. No comment.”
Perbicaraan mereka terhenti di situ. Akhirnya, mereka melangkah menuju keluar dari Sunway Pyramid dan pulang ke rumah.
***
‘Aduh macam mana aku nak beritahu dia yang aku ini tunangnya. Lantaklah.’
Teringat pula dia pada Wafiy. Makin cantik dia walaupun dia sudah semakin kurus. Akhirnya dia tertidur sambil memikirkan Wafiy Munirah.