Monday, July 30, 2012
Cinta Wafer 3
Syamsid merenung langit yang cerah diterangi cahaya bulan. Begitu asyik mengahayati keindahan malam itu sambil menghirup kopi panas di balkoni rumahnya. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang juga sedang merenung ke langit malam selang beberapa balkoni dari rumahnya.
'Walaupun berdiri dekat balkoni rumah malam-malam pun dia masih bertudung walaupun kebanyakan penghuni kondominium pandan court ni telah lena di buai mimpi. Dia memang sudah membuat aku jatuh hati padanya. Wahai gadisku, saya akan menunggu awak memandang ke arahku sebagai seorang yang sangat menyukai awak. Saya akan tunggu sehingga saya yakin yang awak bukanlah jodoh saya.'
Secara tiba-tiba si gadis memandang ke arahnya. Mungkin terasa yang dirinya sedang diperhatikan.
'Alamak. Dia macam dengar je apa yang aku cakap tadi. Bukan aku cakap dalam hati ke?' Syamsid sudah mula menggaru kepalanya yang sememangnya gatal. Sudah seperti ada kutu gayanya.
'Ya Allah. Kecilnya dunia. Kenapalah mamat ni boleh jadi jiran pulak dengan aku ni? Dah tu asyik pandang aku lama-lama pulak. Agak-agak la nak cari pasal dengan aku pun.' Bisik hati si gadis.
'Eh. Kenapa pulak pandangan dia macam nak membunuh aku ni? Biarlah.'
Syamsid mencapai gitar kapok kesayangannya. Sambil mencuri pandang kearah gadis kesukaannya, dia memetik gitar itu perlahan-lahan mengalunkan lagu Empty decoration.
I wake in the dawn to showers of light
Moments of emptiness surround
Floating away with auras of hope
But reality brings me down to the ground
What can i do ?
What can i say ?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life i used to know
Where every song
Was filled with words of love and not of anger
Where did they go ?
Why did they leave me far behind ?
Cause i don't wanna be alone (Oh)
Living life all on my own (Oh)
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
Cause i wanna be with the people that i know
Who will do the things i do (Oh)
Making all my dreams come true
I don't recognise the shadows on my door
Although i've seen them all before
Because the only thing i really want is to be with you...
I look at the sky, it looks back at me
I can't hear the silent melodies
I know that i'm here yet i am lost
Blown in confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life i used to know
Where every smile
Was born out of a love and of sincerity
And every tear of everflowing joy
***
"Alamak, waktu-waktu macam ni la kereta kesayangan aku ni tak dapat nak start. Aku dah lambat ni. Marah la abang Nuar nanti. Naik teksi je la."
Terkocoh-kocoh dia keluar dari perut kereta. Sebaik sahaja memastikan keretanya telah dikunci. Dia bergegas menuju ke arah pagar. Tetapi malang tidak berbau. Buukk.
"Aduh...!" Padan muka aku. Main nak lari ja. Kan dah langgar orang. Orang? Alamak siapa yang aku rempuh tadi?
"Ira. Agak-agak la nak rempuh pun. Sakit tulang rusuk saya."
"Sam, sorry. Saya nak cepat. Saya dah lewat ni. Ada janji dengan abang saya."
"Kenapa awak tak naik kereta je?"
"Kereta saya tak boleh start pulak. Maaf ya. Saya dah lambat."
"Eh nanti. Awak nak ke mana Ira? Saya boleh tolong hantar awak. Bahaya awak sorang-sorang nak naik teksi."
Aku berfikir sejenak. Aduh, aku dah la tak berapa nak suka dengan Sam ni. Suka sangat dia ni mengacau aku. Tapi apa yang dia cakap ada betulnya juga.
"OK."
Aku memasuki kereta Syamsid yang di parkir berhampiran dengan keretaku. Wow. pertama kali nak naik kereta Mazda 6.
"Ira nak pergi mana ni?" Syamsid memulakan bicara.
"Sam, can you not to call me by that name. Saya nak pergi One Utama. Abang Nuar nak jumpa saya. Nak beli cincin."
"Biar la. Semua orang panggil awak Wafiy. Saya nak panggil awak Ira. I'd like to be different from the others. Nak beli cincin? Awak nak bertunang ke? Boleh saya tanya sesuatu tak?"
"Ikut suka la. Ya nak beli cincin tapi bukan saya nak bertunang. Abang saya nak beli untuk hadiah hari lahir mak saya minggu depan. Nak tanya apa?"
"Dulu saya ada tanya pada housemate awak pasal Anuar. Dia kata Anuar tu bukan abang kandung awak. Betul ke?"
Wah dah siap stalker aku mamat ni.
"Anuar tu sebenarnya anak jiran mak saya masa family saya tinggal di Tapah dulu. Anuar tu tua 3 tahun dari saya. Apa lagi awak nak tahu Sam?"
"Jadi dia tak ada pertalian darah dengan awaklah ya? Kenapa saya nampak awak rapat sangat dengan dia? Awak bercinta dengan dia ke?"
"Semua orang yang tak tahu kisah saya dengan saya mesti cakap macam tu. Saya mana boleh bercinta dengan dia la."
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Dia abang saya la. Hahaha."
"Tadi cakap anak jiran. Tak faham la."
"Dia anak susuan mak saya. Dulu mak saya rapat dengan arwah mak dan ayah abang Nuar. Masa abang Nuar lahir, mak abang Nuar meninggal sebab hypovolumic shock. Bleeding a lot. Waktu tu pulak mak saya baru je bersalin tapi the baby is or my brother dying because of esophageal atresia. So, mak yang susukan Abang Nuar dari lahir sampai umur dua tahun. Masa tu mak berhenti susukan abang Nuar sebab mak dah mengandung. Mak kata, masa tu dia cakap dengan abang Nuar yang nanti dah nak ada adik takkan nak menyusu dengan mak lagi. So, lepas tu baru abang Nuar minum susu tepung. Ayah abang Nuar pulak meninggal masa abang Nuar umur 4 tahun. Lepas tu abang Nuar terus menetap dengan keluarga saya. Itulah yang menjadikan dia abang saya." Panjang lebar aku cerita. Hehehe.
"Owh. patut la awak rapat dengan dia."
"Cause i wanna be with the people that i know
Who will do the things i do (Oh)
Making all my dreams come true
I don't recognise the shadows on my door
Although i've seen them all before
Because the only thing i really want is to be with you..."
Alamak phone aku ni bunyi pulak. Ni mesti abang Nuar ni.
"Hello, Assalamualaikum. Abang Nuar, Wafiy dah on the way dah ni. Kereta Wafiy tak boleh start la.Tak la. Sam hantarkan Wafiy ke sana. Abang Nuar tunggu sana la. Jangan la. Nanti Wafiy belanja abang Nuar la.OK. Waalaikumussalam."
'Eh, dia pakai ringtone lagu yang aku nyanyi malam tu la. Nampak sangat dia dengar aku nyanyi malam tu. Hehehe.' Bisik hati Syamsid. Perasan pulak dia.
"Awak dah kurus la Ira. Kenapa? Awak on diet ke?"
"Kenapa? Salah ke kalau saya on diet? Bukan dulu awak ke yang selalu cakap saya debab? Kan?"
"Eh, dulu-dulu tu saya usik je. Comel apa debab. Takkan la itu pun awak ambil hati."
"Kenapa? Sekarang dah tak comel la?"
"Tak. Sekarang cantik."
Alamak. Ni yang aku allergic ni. Pipiku sudah mula terasa panas. Aduh macam merah je muka aku ni.
"Hahahaha. Awak malu ye? Comel betul." Melihatkan aku yang sudah berdiam diri kerana malu, Syamsid memasang radio keretanya. Entah apa la radio ni, pasang lagu One Direction pulak.
Everyone else in the room can see it,Everyone else but you,
Baby you light up my world like nobody else,The way that you flip your hair gets me overwhelmed,But when you smile at the ground it ain't hard to tell,You don't know,Oh oh,You don't know you're beautiful,If only you saw what I can see,You'll understand why I want you so desperately,Right now I'm looking at you and I can't believe,You don't know,Oh oh,You don't know you're beautiful,Oh oh,That's what makes you beautiful
"Sam, awak tak payah hantar saya sampai dalam la. Drop off saya kat tepi jalan je dah cukup."
"No. Saya akan hantar awak sampai awak jumpa abang awak. Lagipun saya memang nak datang sini."
Aku memonyokkan mukaku. Ish dia ni. Bukan pakwe aku, tunang aku atau suami aku pun. Suka-suka hati je nak keluarkan kata-kata mandatori tu.
"Ira, tak baik mengumpat dalam hati." Usiknya kerana melihat mengomel sendirian.
"Suka hati saya la. Sibuk kenapa?" Balasku kembali.
"Alolo comelnya muka dia merajuk. Tapi awak mengumpat pasal saya. Mesti la saya kena sibuk." Usiknya lagi sambil mencuit pipiku menggunakan kad touch n go yang baru sahaja digunakan.
"Eh, apa ni? Cuit-cuit pulak. Suami saya saja yang boleh buat macam ni."
"Ala guna kad aje kan. Tak luak pun."
Kereta yang dipandu Syamsid memasuki tempat letak kereta di One Utama.
"Ira, parking full la. Macam mana ni?"
"Cuba pusing lagi. Eh tu kereta abang Nuar. Sebelah dia kosong. Cepat-cepat."
Syamsid memandu kereta ke arah yang dikatakan. Selesai memarkir kereta. Aku keluar dari perut kereta. Best betul hari ni dapat naik Mazda. Hehehe. Aku lantas menuju ke arah pintu masuk.
PON!PON!
"Ira!" Syamsid berlari lalu menarikku ke dalam pelukannya.
'Ya Allah. Apa dah jadi ni. Apa bunyi yang kuat tadi?'
"Ira, can you at least watch where you walk? Dah tak pandai nak tengok kiri kanan ke waktu nak jalan? Kalau kena langgar tadi macam mana?" Syamsid memarahiku.
Aku terdiam tidak terkata. Masih terkejut dengan insiden sebentar tadi. Syamsid meraih tanganku lalu memimpinku ke arah pintu masuk pusat membeli belah. Tak disangka rupanya ada sepasang mata yang menyaksikan aksi yang agak romantik itu. Hmmm.