Monday, July 30, 2012

Saya Benci Awak 1

Nama aku Khalilie bt Abdullah. Aku pernah berubah hanya untuk seorang lelaki yang bergelar kekasih aku. Bagiku, aku mahu tampil sempurna dimatanya. Walaupon sebenarnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kekasihku bernama Shahrul Amin.

Aku ingin ceritakan perubahan yang aku lakukan demi Shahrul. jika sebelum ini aku lebih gemar free hair dari bertudung. Aku suka apabila orang memuji rambutku yang hitam bersinar dan separas pinggang itu. Tetapi, aku mula kekal memakai tudung sejak menjadi kekasihnya. Sehinggakan di hadapan abang iparku juga aku masih bertudung walaupun berada di rumah.

Aku berharap apabila kami sudah berkahwin nanti, hanya dia sahaja yang akan melihat kecantikan sebenarku. Aku juga mula meninggalkan waktu keluar bersama rakan-rakan sekuliahku. Aku sudah jarang keluar untuk menonton wayang bersama mereka sehingga mereka terkejut dengan perubahanku.

Aku berubah kerana aku merasa dia terlalu baik untukku. Semakin lama aku bersamanya, aku semakin menyayanginya walaupun jarang berjumpa. Sikapnya yang sangat mengambil berat tentang diriku sangat membuat aku berasa sangat dihargai. Oh ya, terlupa pula kami tidak belajar di institut yang sama. Dia belajar di Universiti Malaysia perlis (UniMAP)aku pula belajar di Kolej Sains kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh.

Apa sahaja rutin seharianku akan aku ceritakan kepadanya. Termasuklah dengan siapa aku keluar makan dan ke kelas. Aku tidak mahu dia mencurigai kesetiaanku. Tetapi berbeza pula dengan dirinya. Jarang sekali dia menceritakan perihal dirinya kepadaku. Kadangkala aku bingung adakah benar aku ini bertahta di hatinya.

Sepanjang setahun bersamanya, hanya sekali sahaja kami bertemu. Iaitu di hari pentauliahannya di USM Pulau Pinang. Dia Pegawai PALAPES. Alamak, terlupa pula nak ceritakan pertemuanku dengan dia. Kami pernah bersekolah di sekolah yang sama. Dia senior di sekolah aku. Pengawas sekolah yang sangat bijak. Dia juga olahragawan sekolah. Aku bangga kerana didalam banyak-banyak orang yang meminatinya dia lebih memilih aku. Kami tak bercinta masa di sekolah, kami mulakan hubungan setelah setahun aku belajar di kolej.

Aku sentiasa berharap agar dia menjadi suamiku suatu hari nanti. Tetapi beberapa bulan selepas pentauliahannya, aku dapati dia berubah. Dia sudah semakin jarang menghubungiku. Tika aku menyoalnya, dia hanya menjawab yang dia mahu aku tumpukan perhatian pada pelajaranku, dia juga ingin tumpukan pada pelajarannya kerana dia sudah memasuki tahun akhir di UniMAP.

Setiap perubahannya membuatkan aku semakin curiga dan akhirnya aku meminta untuk memutuskan hubungan kami. Aku meluahkan semua rasa kecewa aku kepadanya. Aku lebih kecewa kerana dia hanya merelakan sahaja kehendakku. Tidak sayangkah dia kepadaku? Kenapa begitu mudah dia melepaskan aku? Aku semakin bingung.

Selepas dua minggu, hatiku yang terluka menjadi bertambah parah apabila mengetahui Shahrul Amin Bin Ahmad bekas kekasihku sudah mempunyai pengganti diriku. Aku tidak menyangka dia dapat mencari pengganti dalam waktu yang begitu singkat sekali. Kini aku sedar aku hanyalah persingahhannya untuk sementara sahaja. Syamira Sakinah bt Abdul Rahim adalah kekasihnya sekarang. Aku tahu kerana seorang kawanku belajar di UniMAP juga.

Aku harus kuat semangat. Hidup mesti diteruskan. Aku tetap akan menjadi seorang jururawat dalam masa enam bulan lagi. Aku mendoakan agar dia berbahagia dengan kekasihnya itu.

'Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...'

***

Setahun sudah berlalu.
 Sekarang aku sudah menjadi seorang jururawat di Hospital Ampang Selangor.
"Yan!!!"
"Lilie, aku tak pekak tahu. Kau ni kalau tak menjerit memang tak sah." marah Azyan.

Kalau nak tahu, Azyan ni kawan baik aku sejak di kolej lagi. Ternyata jodoh kami masih kuat, sekarang kami bekerja di hospital yang sama.

"Cepatlah Yan. Nanti tak sempat nak beli tiket wayang." budak ni pun satu juga, semalam aku ajak dia tak nak. Kalau tak dapat tonton Harry potter and the deathly hallows part 1, siap kau Yan.