Monday, July 30, 2012

Saya Benci Awak 3


 Aku mengeluh untuk kesekian kalinya, masih tertanya-tanya siapa Syamira sebenarnya. Kenapa aku rasa seperti pernah melihatnya suatuketika dahulu. 

"Apa yang kau menungkan? Fikirkan perempuan yang jumpa kau tadi? Eh, kenapa aku rasa macam pernah tengok dia. Kawan kau ke Lilie?"

"Woi! Banyak betul soalan kau tembak dekat aku. Aku rasa macam pernah tengok perempuan tadi, tapi aku tak pasti dia Syamira yang aku tengok setahun lepas. Aku rasa dia kekasih hati  si Shahrul Amin. Kalau betul, apa yang dia nak dengan aku?"


"Aku rasa kalau kau nak pergi jumpa dia, baik kau bawa teman. Risau aku."


"Aku pun rasa macam nak ajak kau untuk temankan aku pergi jumpa dia. Kalau dia kidnap aku tak ke naya nanti."


"Lilie, aku kerja ahad nanti. Aku sarankan kau bawa lelaki temankan kau. Keselamatan terjamin sikit."


"Aku nak ajak siapa? Kau pun tahu aku, aku tak berapa suka keluar dengan lelaki yang tak rapat dengan aku. Lagipun..."


"Siapa pula yang nak suruh kau keluar dengan lelaki yang tak rapat dengan kau? Aku cadangkan kau keluar dengan Haziq. Sudah semestinya dia akan lindungi kau kalau ada apa-apa masalah nanti."


"Haziq? Aku malu nak minta dia temankan aku. Nanti apa pula yang dia fikir. Bila perlu cari, bila tak perlu tinggal, buruk perangai." Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.


"Cuba telefon dulu, nanti kau cubalah terangkan pada dia. Dia mesti faham. Nah, call dia sekarang." Azyan menghulurkan telefon bimbitnya yang sudah mendail nombor Haziq. Aku mencapai telefonnya, dan menunggu panggilan tersebut di sambungkan. Aku melihat Azyan meninggalkan ruang tamu dan menuju ke kamarnya.


"Assalamualaikum." Aku terus memberi salam.


"Waalaikumussalam. Lilie, ada apa awak telefon saya?"


"Awak apa khabar? Dah lama tak jumpa."


"Saya sihat, Alhamdulillah. Awak sihat? Saya ingatkan awak dah tak nak jumpa saya lagi."


"Haziq, saya nak minta maaf sangat-sangat. Bukanlah maksud saya nak mengelak dari awak, cuma saya nak lupakan kisah silam saya. Kalau boleh saya nak lupakan semua kisah bersama 'dia' dulu. Sudi tak awak maafkan saya?"


"Saya tak pernah marahkan awak. Saya sentiasa berharap awak bahagia. Kalau kebahagiaan awak bukan bersama saya, saya terima. Ada apa sebenarnya awak nak cakap dengan saya? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"


Aku berfikir sejenak, kenapa aku perlu susahkan seseorang yang sentiasa aku tidak pedulikan perasaannya.

"Haziq, sebenarnya saya hanya ingin memohon maaf dari awak. Terima kasih sebab awak cakap yang awak tak pernah marahkan saya. Itu sahaja yang ingin saya katakan. Assalamualaikum. Take care.


Aku memustuskan talian sebelum sempat dia menjawab salamku. Aku meninggalkan telefon bimbit Azyan di atas meja lalu terus menuju ke bilik tidurku. Aku perlu menghadapinya seorang diri. Aku tak perlu bergantung harap pada orang lain.


"Lilie, kenapalah kau tidak mahu minta pertolongan Haziq?" Azyan mengeluh sendiri. Rupa-rupanya dia telah mendengar segala perbualan Lilie bersama Haziq sebentar tadi.


***

 Aku bersendirian di tepi tasik. Merenung ke arah air tasik yang kelihatan tenang tanpa gangguan. Aku ingin menjadi seperti air itu tenang dan tiada gangguan.

 Dari jauh aku melihat kelibat seseorang yang aku masih kurang pasti siapakah dia sebenarnya dan apa yang dia mahu dariku.


"So, ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Aku menyoal tanpa sempat dia berkata-kata. Tanpa sebarang amaran aku ditampar olehnya. Aduh sakit tau.


"Kenapa? Apa sebenarnya yang aku dah buat pada kau? Siapa kau? Nampak sahaja macam perempuan lemah lembut tetapi langsung tiada adab." Aku mendengus. Kurang ajar. Sekali lagi dia mahu menamparku tetapi tidak berjaya kerana seseorang telah menahannya. Apa yang membuat aku terkejut, orang itu ialah Haziq. Aku terkedu kerana melihat kemarahan di mata Haziq.


"Hei perempuan, kau tak layak sentuh tunang aku." Katanya lalu melapaskan tangan Syamira dengan marahnya.

"Haziq, awak tak tahu apa yang berlaku. Dia menyebabkan Shahrul memutuskan pertunangan kami. Saya tak akan maafkan dia dengan apa yang sudah dia lakukan."


"Wait! Aku penyebab kau putus tunang? Cik Syamira kalau aku mahu merampas Shahrul, aku sudah lakukannya setahun yang lalu.."


"Lagipun Lilie dah ada aku, dia tak perlukan lagi 'tunang' kau itu. Sekali lagi aku nampak kau sentuh dia, aku akan buat kau menyesal selamanya. Ingat!" Haziq memberi amaran kepada Syamira sambil memegang tanganku lalu pergi meninggalkan dia.

 Sebaik sahaja sampai di tempat letak kereta, aku terus masuk ke dalam kereta Honda Accord kesayanganku lalu bergegas meninggalkan tempat itu. Aku sangat terkejut dengan kehadiran Haziq di situ. Aku juga terkejut kerana dia menyelamatkan aku dari perempuan gila tadi. Aku pulang tanpa mengucapkan terima kasih kepada Haziq. Aku keliru, kenapa dia yang datang menyelamatkanku?


Aku terus sahaja ke hospital di tempat aku bekerja. Aku mengisi borang permohonan cuti. Aku mahu menenangkan hatiku. Oleh kerana aku rapat dengan orang atasanku, dia meluluskan cutiku selama seminggu.


Aku mahu pulang ke kampung halamanku.  


'Thanks Haziq. Saya tak akan lupakan pertolongan awak tadi.' Bisik hati kecilku.


***