Monday, July 30, 2012

Saya Benci Awak 2


 Setibanya kami di GSC Berjaya Times Square, kami bergegas menuju ke kauter untuk membeli tiket wayang. Tetapi, belum sempat aku menuju ke kauter aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenali. Aku berhenti mengejut menyebabkan Azyan terlanggar aku dan terjatuh. Ops, tak sengaja.


 "Lilie! Kau ni kenapa? Sakit tahu tak." Marah Azyan.
"Kenapa kau jerit nama aku? Aku dah tak jadilah nak nonton cerita tu. Jom pergi makan."
 "Kenapa dengan kau ni Lilie? Aku rasa kau yang sangat excited masa cerita Harry Potter ni keluar kat pawagam." Pelik betullah minah ni.
"Aku lapar. Jomlah banyak tanya pula." Balasku lalu mengheret Azyan pergi dari situ.


'Apa dia buat disini?' Bisik hati kecilku. Soalan bodoh Khalilie. Kutukku di dalam hati. Apa lagi yang dia nak buat kalau dah dia beratur untuk beli tiket wayang? Sudah semestinya nak menonton wayang. Aku menepuk dahiku kerana kebodohanku sebentar tadi. Hehehe.


"Kenapa dengan kau Lilie? Pelik, yang kau macam nampak hantu ni kenapa?" 
 "Aku nampak Haziq. Aku..."


 Kenapa nasib aku hari agak malang sebab bertemu dengan Haziq disini? Haziq seorang lelaki yang pernah mencuba mengetuk pintu hatiku selepas Shahrul. Haziq seorang lelaki yang agak kacak. Ketinggian, lebih kurang sama dengan aku, tinggi sikit. Hehe. Orangnya kurus-kurus berkulit hitam manis dan dia juga 'stok' pegawai muda. Aku hairan kenapa orang macam Haziq ni boleh jatuh hati dengan aku yg 'boolat' dan tak pandai bergaya ni. Aku pernah juga tanya dekat mamat ni kenapa dia sukakan aku, sekali dia jawab kalau aku terima dia baru dia cerita. Aku dengan dengan rasminya tolak la 'lamaran' untuk jadi kekasih dia.


 Tetapi, Haziq tiada perkataan putus asa di dalam kamus hidupnya. Jadi ia membuat aku menjadi kagum dengan mamat yang seorang ni. Setiap minggu dia akan call aku. Sebenarnya setiap hari dia call, sampai suatu hari tu aku mengamuk sebab dia ganggu waktu aku belajar. Apa yang membuatkan aku semakin hairan Haziq tetap menanti danbersabar dengan tingkah laku aku.


 Aku bukan tidak mahu menerima dia, tetapi waktu itu hatiku masih pada Shahrul. Sekarang, dia semakin jarang menhubungiku kerana selepas majlis graduasi aku pada bulan oktober lalu, aku sudah menukar nombor telefon bimbitku kerana aku mahu hapuskan semua kenangan dengan Shahrul.
 "Lilie, aku nak pergi tandas kejap. Kau tunggu aku dekat Mcdonals nanti aku datang."
"Ok."


 Aku memilih tempat duduk yang agak jauh dari tempat orang lalu lalang. Aku mengharapkan agar aku tidak akan bertemu Haziq. Sebenarnya aku merasa bersalah padanya kerana tidak memberitahu bahawa aku ingin menukar nombor telefonku.


'Biarlah, kalau dia betul-betul mahukan aku pasti dia akan berusaha untuk mendapatkan nombor telefonku.'
"Lilie, kau nak makan apa? Kau tunggu sini nanti aku belikan. Ramai orang,nanti kalau dua-dua pergi beratur nanti tak ada tempat nak makan."


 Perlukah aku jumpa dia hari ini?Kenapa tiba-tiba perasaan aku sangat lain pada Haziq? Aku rasa bersalah sahaja, tidak lebih. Hehehe.


"Hoi!!"


"Oh mak kau. Yan!! Kau nak bunuh aku ke?"


"Lilie, aku cakap dengan kau tapi kau sedap sahaja berangan. Aku tanya kau nak makan apa? Biar aku tolong belikan."

"Aku nak bigmac macam biasa. Lain kali jangan main sergah, nanti tak pasal-pasal aku mati. Aku tak kahwin lagi tahu?"


"Tahu cik Khalile. Nanti bila En Haziq lamar, terima baru boleh cepat-cepat kahwin." Balas Azyan sambil mengeli-ngelip matanya.


 Gedik betul minah ni. Aku pun sama saja hehehe. Tiba-tiba aku merasa seseorang menyentuh bahuku. Aku menoleh.


"Cik ni Khalilie, jururawat di hospital Ampang?" Mak ai sopannya. Siapa pula perempuan ni, aku ada buat salah pada sesiapakah di hospital? Rasanya tak ada. 


"Saya sendiri. Ada apa ya cik..?"


"Syamira."


"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Macam pernah tengok perempuan ni, tapi di mana?


"Saya ada hal nak cakap dengan Cik Khalilie, tapi saya tak mahu cakap dekat sini. Boleh tak kita jumpa di taman tasik titiwangsa sabtu minggu depan pukul 5?"


"Hari sabtu depan saya tak boleh sebab kerja. Kalau ahad boleh tak? Kalau penting sangat." Eh-eh suka-suka ja nak beritahu waktu dan tempat. Sudahlah jauh. Hari kerja nak pergi, jangan haraplah. Hehe. 


"Ok. Perkara yang saya nak cakapkan memang penting. Jumpa nanti." Balasnya dan terus berlalu.


"Eh, siapa tu?" Soal Azyan yang baru sahaja selesai membeli makanan. Aduh aku dah kehilangan nafsu nak makan.


"Entah. Makanlah lepas ni aku nak terus balik rumah."


***