Sunday, April 27, 2014

Cinta Wafer 14

 Aku melangkah keluar dari lif. Persaanku berbaur. Hatiku sebak melihat abang Nuar sedang berdiri di hadapan rumahku. Dia kelihatan tidak terurus. Langkahku terhenti. Anuar menoleh ke kiri. Di rasakan lacrimal glandnya sudah mula menghasilkan air mata. Tiba-tiba di rasakannya tubuhnya melayang dan terus tidak sedarkan diri.
“Abang Nuar!” Aku berlari mendapatkannya. Sebaik sahaja aku memegangnya, dapat aku rasakan badannya panas.
“Awak. Tolong saya. Kita angkat abang Nuar.” Air mataku menitis lagi. Maafkan Wafiy abang.
“Kita bawa abang Nuar ke rumah saya ya. Rumah awak ada orang lain yang bukan muhrim abang awak. Boleh?” Aku hanya mengangguk. Aku memasuki rumahku untuk mengambil emergency kit yang aku sediakan. Aku memanggil Athirah agar bersama-samaku untuk memeriksa abang Nuar. Dia doktor jadi dia lebih tahu jika ada sesuatu yang lebih serious.
“Assalamualaikum. Syamsid.” Aku memanggil. Agak kurang sopan jika aku terus masuk ke rumahnya. Risau jika ada yang tidak berpakaian lengkap.
“Wafiy, Athirah. Masuklah. Abang awak ada di dalam bilik Syamsid. Pergilah.” Talib menunjukkan ke arah bilik utama. Lama dia merenung ke arah aku dan Athirah. Ini pertama kali dia melihat kamibersama. Memang agak sukar untuk mebezakan kami.
Perkara pertama yang aku lakukan adalah mengambil suhu badan abang Nuar. Athirah pula memeriksa anak mata abang Nuar. Setelah itu, dia memeriksa nadi abang Nuar. Setelah termometer digital itu berbunyi, aku melihat suhu yang tertera. 39.8oC. Aku meminta Syamsid bawakan aku besen tuala kecil yang bersih.
“Kak Irah, sekejap lagi kalau suhu abang tak turun juga kita hantar ke ED (emergency department) ya.” Athirah membiarkan kakaknya menjaga Anuar. Abang Nuar keletihan kerana sejak malam semalam berada di kawasan perumahan mereka kerana ingin menyelesaikan perang dingin yang di lancarkan oleh kakaknya sendiri. Dia risaukan abang Nuar tetapi biarlah Wafiy Munirah bertanggungjawab dengan keadaan Anuar sekarang. Biarlah aku hanya memerhati dari jauh.
“OK.” Aku meneruskan kerja aku dengan membasahkan kepala abang Nuar. Perlahan aku mengelap wajahnya. Sayu hatiku.
“Wafiy minta maaf abang. Wafiy terlalu ikutkan perasaan Wafiy. Wafiy sayang abang. Wafiy terasa sangat bila abang langsung tidak beritahu Wafiy. I’m sorry.” Aku meletakkan kepalaku di dada abang Nuar. Menitis air mataku. Badannya masih terasa panas. Tiba-tiba aku terasa ada tangan mengusap kepalaku.
“Wafiy. Please don’t cry.” Lemah suara abang Nuar kedengaran di telingaku. Aku duduk di sebelahnya. Aku basahkan kembali tuala yang tadinya aku letakkan di dahinya. Abang Nuar mengesat air mataku yang mengalir. Aku tidak dapat menahan lagi. Aku menangis semahunya.

***

‘Wafiy, I hope one day you’ll take care of me just like you take care of your brother but as your husband not your patient.’
“Cemburu?” Talib menegur Syamsid yang sedang merenung Wafiy Munirah dari arah ruang tamu.
“Kenapa pula nak cemburu? Itukan abang dia. Athirah mana?”
“Dia balik. Dia cakap abang dia tu cuma demam dan letih. Tiada apa-apa yang serious.”
“Kasihan dia. Too muchthing that she need to cope.” Syamsid mempamerkan wajah risaunya.
“Hei, she’ll be fine. Kita dah lama jadi jiran dia. Sebab kenal dia dulu, aku yakin dia boleh hadapi semua yang berlaku. Sekejap lagi baiklah dia dengan abang dia.”
“Aku tak risau pasal tu. Aku takut dia akan sibukkan diri dia lagi hanya untuk biasakan diri dia bila abang dia tak ada di Malaysia nanti.”
Mereka mendiamkan diri apabila melihat Wafiy berjalan menuju ke arah mereka. Ternyata malang tidak berbau. Seekor cicak berani mati terjun ke tangan Wafiy sebaik sahaja dia melangkan keluar dari bilik.
“Arrkkkk! Cicak!”
Wafiy Munirah yang sangat fobia dengan cicak mencuba untuk membuang cicak yang sedang melata di tangannya dan membuatkan dia tidak stabil untuk berdiri. Gedebuk.
“Arrkkkkkk! Tolong saya! Eeee! Buang benda ni!” Bingit suara budak seorang ni menjerit. Kegelian dan ketakutan pada seekor cicak membuatkan yang dia tidak sedar yang dia dah ter‘landing’ atas seseorang.
“Aduh. Ira kalau ya pun awak nak terkam saya, tunggulah bila kita dah kahwin nanti.”
Sorry. Bukan salah saya...”
“OK. Jadi cicak itulah yang terkam saya tadi? Besar betul cicak tu. Betul tak Talib?”
“Kau Syamsid Dhuha jangan nak libatkan aku sekali. Cuma aku rasa maca bau sesuatu...”
“Bau apa pula kau ni?” Syamsid menyoal.
“Aku macam ada bau nasi minyak. Macam dah tak lama. Macam dah dekat sahaja bau tu.” Tersengih Talib memandangku.
“Ikut suka awaklah Talib. Syamsid, saya nak balik rumah masakkan bubur untuk abang Nuar. Tolong tengokkan dia. Dah kurang panas dia tu. Petang nanti awak temankan saya ya. Saya nak hantar abang balik rumah mak.”

“OK.”