Telefon bimbitku di biarkan dalam mode senyap. Aku hanya biarkan panggilan dari abang Nuar. Aku
belum bersedia untuk bercakap dengannya. Aku menuju ke arah bilik air untuk
membersihkan diri. Setelah selesai aku membersihkan diri, aku mengambil wuduk
untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah.
Setelah selesai mengerjakan solat Isya serta solat sunat, aku mengambil Al
Quranku. Aku mengabaikan apa yang berlaku seketika. Inilah salah satu cara
untukku mencari ketenangan.
***
Athirah menutup kembali pintu bilik. Telefon bimbitnya berdering lagi. Nama
abang Nuar tertera di skrin.
“Assalamualaikum. Ada apa abang Nuar?”
“Wafiy buat apa? Dia dah tidur? Kenapa abang call dia tak jawab.”
“Kak Irah baru siap solat Isya. Sekarang tengah mengaji.” Boleh terdengar
keluhan abang Nuar.
“Thirah tolog abang pujuk Wafiy. Sudah hampir dua minggu dia tak mesej
abang. Abang call pun dia tak jawab.
Minggu hapadan abang sudah nak berangkat ke Jepun. Abang tak nak perkara ni
berlarutan. Thirah tolong abang ya?”
“InsyaALLAH Thirah cuba. Esok kalau tak salah Thirah, kak Irah cuti. Abang
datang la sini. Jumpa kak Irah. Dia sedih tu. Dari dulu abang ada dengan dia
tiba-tiba abang dah nak pergi jauh. Kalau Thirah kat tempat dia pun, Thirah
sedih.”
“Thirah tak sedih ke abang nak pergi ni? Sekarang Thirah buat abang pula
sedih.”
“Sedih juga tapi Thirah tahu walaupun kami kembar, kak Irah lagi rapat
dengan abang dari Thirah. Kamikan selalu belajar di lain-lain sekolah dan
kolej. Adik abang yang seorang ni independent sikit. Hehehe.
Lagipun abang Nuar bukannya tak balik lagi. Mak cakap boleh pindah semula ke
sini, sekurang-kurangnya lepas dua atau tiga tahun paling lamakan?”
“Betul tu. Buat masa ni abang kena tolong masalah di cawangan sana. Memang
tak dapat di elakkan. Abang dah cuba buat rayuan untuk tolak. Pihak atasan
tolak. Diorang nak juga abang pergi sana.”
“Baiklah. Thirah cuba cakap dengan kak Irah. Esok abang datang sini ya.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Talian di matikan. Athirah melangkah ke arah biliknya
dan Wafiy Munirah. Apabila dibuka pintu bilik itu, dilihatnya Wafiy Munirah
sudah terlena dengan pipinya kelihatan masih bersisa dengan air mata. Kasihan
kakak kembarnya itu. Dia tidak pernah melihat kakaknya seperti itu.
***
Aku membuka mataku perlahan. Ku capai telefon bimbitku. Sekarang jam
menunjukkan 4.15 minit pagi. Perlahan aku bangun dari katil kerana tidak mahu
mengganggu Athirah yang sedang tidur di sebelah. Setelah selesai berwuduk,
aku mencapai sejadah dan telekungku. Setelah
selesai menunaikan beberapa solat sunat, aku hanya duduk berteleku di atas
sejadah. Dahulu aku hanya melakukan qiam waktu aku hampir untuk menghadapi
peperiksaan sahaja tetapi arwah Fahmi dahulu pernah berpesan padaku untuk
sentiasa melakukan qiam. Katanya jikalau aku tidak boleh melakukan setiap hari,
sekurang-kurangnya seminggu sekali dan itulah yang aku lakukan sehingga
sekarang. Masalah dan segala yang berlaku kebelakangan ini membuatkan aku lebih
kerap untuk bangun qiam agar aku lebih tenang. Aku juga boleh memberi jawapan
kepada Syamsid kerana aku sebenarnya sudah punya jawapannya beberapa hari yang
lalu. Aku cuma tidak mampu untuk menjawabnya malam tadi. Biarlah aku memberi
jawapan kepadanya dalam keadaan aku yang tenang. Aku menunggu sehingga waktu
subuh. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Aku
mengejutkan Athirah dari tidurnya.
“Thirah, kak Irah keluar sekejap ya.”
“Kak Irah nak pergi mana?” Athirah menyoal dalam kuapnya. Mengantuk sangat
gayanya doktor seorang ini.
“Kak Irah nak pergi tasik. Tenangkan diri.” Aku terus melangkah keluar dari
bilik untuk memakai tudung. Aku
melangkah menuju ke pintu. Athirah mengejar langkah kakaknya itu. Baru lepas
solat subuh sudah mahu keluar.
“Kak Irah tunggu. Kak Irah nak buat apa pagi-pagi pergi tasik? Tasik mana?”
“Thirah. Awak tu pergi solat ya. Dengan telekung begini nak ikut kak
Irahkah?” Aku terus melangkah ke pintu. Sebaik sahaja pintu rumah di buka,
langkahku terhenti sebaik sahaja teringatkan sesuatu.
“Oh ya, kak Irah mungkin balik lewat sikit. Kalau Syamsid cari kak Irah,
tolong beritahu dia...”
“Beritahu apa Ira? Saya ada di sini. Awak boleh cakap sendiri.” Syamsid
sudah tersengih memandangku.
“Sebenarnya Syamsid, tak ada apa-apa.” Aku meneruskan langkahku menuju ke
lif. Aduhai kenapa aku macam tak boleh sahaja nak berdepan dengannya. Bagaimana
nak memberikan jawapan pada dia?
“Saya tahu awak mahu ke mana. Jadi, boleh saya ikut?”
“Kalau saya kata tak boleh pun, awak tetap akan ikut. So, I think this is not my option
right?”
“Ha! That’s why I love
you.
Let me drive.”
“Can I ask you something?”
“What?”
“How do you know where I’m going to?”
“Well, that’s very hard question to answer. Sebenarnya, saya pernah nampak awak dekat tasik Taman
Jaya beberapa kali. Saya pun selalu ke sana.” Tersenyum aku mendengar
kata-katanya. Aku menyimpan semula kunci keretaku kerana Syamsid mengarahkan
aku untuk pergi bersamanya menaiki keretanya.
***
Setibanya kami di tasik Taman Jaya, aku terus menuju ke arah kerusi yang
sudah menjadi tempat untuk aku melihat matahari terbit setiap kali aku bercuti.
Syamsid mengambil tempat di sebelahku. Aku hanya mendiamkan diri menunggu
sehingga matahari terbit. Kelihatan sinar matahari yang sedang menyilau.
Subhanallah. Indahnya ciptaanMu.
“Ira.”
“Ya. Ada apa?”
“Kalau awak ada masalah dan perlukan kawan untuk jadi pendengar yang setia,
saya sudi dengar apa sahaja yang awak nak katakan.”
“Apa sahaja? Anda pasti?”
“Ya cik nurse. Saya sangat
pasti.”
“Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana.”
“Wah! Masalah besar tu kalau awak dah tak tahu nak cakap. Kena jumpa mak
cik Sofia ni. Anak dia dah tak pandai cakap.” Aku terus tergelak mendengar
kata-kata Syamsid. Sengallah dia ni. Terkeluar gelakku yang kurang sopan. Syamsid
turut ketawa. Her
happy face again.
“Abang Nuar ada di rumah saya sebelum saya keluar. Dia tumpang solat subuh.
Saya rasa sepanjang malam dia di hadapan rumah awak.” Ujar Syamsid sebaik
sahaja ketawa kami reda.
“Saya sedih. Abang Nuar, dia buka sekadar abang saya tapi dia kawan saya
yang paling rapat. Sekurang-kurangnya beritahu saya at
least directly not like that.
Tahu sebab ayah tanya pasal passport. Kalau tidak, sampai hari ni saya tak
tahu. Mungkin minggu depan baru saya tahu. Hari dia nak pergi.”
“Ira. Dia ada sebab sendiri kenapa dia buat begitu. Sekejap lagi, kita
balik. Awak cakaplah dengan dia ya.”
“Saya tak boleh. I’m
hurt.”
“Awak tahu abang awak akan pergi minggu depan?” Aku hanya mengangguk.
“Ok. Saya tak minta sesuatu terjadi. Tapi kalau ada sesuatu terjadi pada
abang awak, awak nak fikirkan perkara terakhir ialah awak tidak langsung berbicara
dengannya. Saya tak nak masuk campur hal awak dengan abang Nuar tapi saya tak
nak awak menyesal nanti.” Sebaik sahaja Syamsid menghabiskan kata-katanya, dia
menoleh melihat Wafiy Munirah. Dia agak terkejut melihat gadis itu sudah
menangis.
“Saya nak balik.”