Thursday, January 30, 2014

Cinta Wafer 12

Hujung minggu tiba lagi. Aku dan Thirah berkunjung ke Kelana Jaya selepas tamat syif pagi. Kami gemar berkumpul bersama di hujung minggu.

“Anuar, kamu dah siapkan belum passport kamu?” Ayah memulakan bicara yang membuatkan aku agak terkejut.Kenapa pula abang Nuar nak passport bagai ni?
“Dah siap ayah.” Kelihatan wajah abang Nuar serba salah ketika menjawab. Aku tidak memberi sebarang respon.
“Abang nak pergi mana pula dengan passport bagai ni?” Athirah menyoal. Apa ke pelik la abang aku seorang ni. Angin tidak ribut tidak tiba-tiba timbul isu passport ni. .
“Abang kena transfer ke Jepun. Cawangan di sana perlukan staff. Oleh kerana abang masih bujang, jadi abanglah di hantar ke sana.” Aku hanya mendiamkan diri apabila mendengar apa yang di katakan oleh Anuar.

Semua yang berada di situ pelik melihatku. Lantaklah.

“Mak, malam ni Wafiy tak tidur sini ya. Esok Wafiy kerja double duty jadi takut tak sempat dan letih pula kalau nak bertolak dari sini. Thirah off day esok. Jadi, esok malam Wafiy jemput Thirah. Thirah pulang dulu ya. Assalamualaikum.”
Setelah bersalam dengan mak dan ayah, aku terus melangkah masuk ke dalam kereta. Aku menangis di sepanjang perjalananku pulang ke rumah. Sampai hati abang Nuar langsung tak beritahu Wafiy tentang perkara ini. Semua orang nak tnggalkan aku. Apa salah aku? Aku mengesat air mata yang mengalir di pipiku. Aku menangis semahunya sebaik tiba di rumah. Abang Nuar orang yang paling rapat denganku. Dia tidak memberitahuku walau sepatah puh. Syamsid yang semakin aku senangi kehadirannya di dalam hidupku juga akan tinggalkan aku. Aku menangis dan terus menangis sehingga aku tertidur bersama air mata.

***

Syamsid berjalan menuju ke lif untuk pulang ke rumah. Dia melihat Athirah sedang menunggu lif tetapi butang lif langsung tidak di tekan. Dia menekan butang lif. Pelik apabila melihat Athirah seperti tidak perasankan kehadirannya. Pintu lif terbuka. Syamsid melangkah masuk. Athirah masih tidak berganjak.

“Athirah. Awak tak mahu masuk ke?” Mendengar panggilan dari Syamsid membuatkan Athirah tersedar ke alam nyata. Lalu dia bergegas memasuki lif. Sebelum sempat pintu lif di tutup, seseorang muncul menahannya. Talib tersengih memandang ke arah Athirah dan Syamsid.
“Hai. Wafiy cantiknya hari ni. Awak dari mana? Tak kerjakah hari ni?” Athirah terkejut dengan sapaan dari orang yang dia tidak kenali. Syamsid sudah tersenyum.
“Saya baru balik kerjalah ni.”
“Sejak bila pula awak pergi kerja pakai baju kurung? Bukan selalu awak pakai uniform ke?”
“Talib kau dah salah orang ni. Cik adik manis ni bukan Wafiy Munirah tapi Wafiy Athirah adik kembar kepada Wafiy Munirah.”
“Eh, sejak bila cik ‘bam’ ada kembar. Tak tahu pun.”
“Apa? Cik ‘bam’?”
Haha. Abaikan dia Thirah.”
“Wafiy Munirah dulukan tembam. Hehehe.”
 “Then, until now you calling her that. No wonder she doesn’t show that she likes you. You know, all of you. OK. Saya Wafiy Athirah. Awak boleh panggil saya Thirah. Saya doktor baru dekat sini. Selamat berkenalan.” Thirah melemparkan senyuman yang manis ke arah Talib.
‘Wah, cantik betul adik kembar cik ‘bam’ ni. Walaupun mereka seiras, tetapi rasanya aku belum pernah lihat wajah cik ‘bam’ senyum  begini.’

Tiba di aras kami, mereka berdua memberi laluan kepada Athirah untuk keluar dari lif dahulu. Sambil berjalan, tiba-tiba Syamsid bertanya, “Thirah kenapa awak nampak runsing sahaja? Awak ada masalahkah?”
“Saya risaukan kak Irah.”
“Kenapa dengan Ira?” Syamsid berhanti di hapadan pintu rumah Wafiy Munirah dan memberi isyarat kepada Talib untuk pulang dahulu.
I think she’s in denial.”
Why?”
I don’t know. For these two weeks she’s doing double duty for about 4 days in a week.
What? No wonder jarang nampak dia sekarang. Kenapa jadi macam ni?”
“Dua minggu lepas abang Nuar cakap kena transfer kerja ke Jepun. Sejak hari itulah dia seolah-olah menyibukkan diri dia sendiri. Saya cuba cakap dengan dia, tapi dia cakap, dia Cuma tolong orang lain yang tidak dapat kerja atas sebab tertentu. Even we are twin but this time I think I really don’t understand her and I can’t help her. She really closes to abang Nuar. Saya harap awak boleh tolong saya. Saya risaukan dia.”
“InsyaALLAH, saya akan cuba apa yang saya mampu. Dia kerja hari ini?”
“Ya. Syif petang.”
“Baiklah, saya minta diri dulu.” Syamsid melangkah pulang ke rumahnya.

***

Langkah kakiku terhenti apabila melihat Syamsid sedang berdiri di hadapan pintu rumahku dengan bungkusan kecil yang aku sangat yakin bahawa itu adalah wafer. Aku memandang wajah tegang Syamsid. Entah kenapa pula budak seorang ini. Datang bulan agaknya. Aku berdiri dihadapannya. Memberi isyarat dengan pandangan mataku bertanyakan kenapa dia berdiri seperti pengawal keselamatan di hadapan rumahku.

“Ini untuk awak.” Dia menghulurkan bungkusan wafer kepadaku. Perlahan aku menyambut bungkusan itu.
“Boleh saya masuk rumah sekarang. Saya letih. Saya nak rehat.”
What happen to you? Why are you doing this to yourself?”
What? I’m not doing anything, just standing in front of my house, want to go inside and just want to rest. Is that a crime?”
I heard that you’ve been working double duty 4 days in a week. Within this two weeks. What happen to you? Why are you torturing youself like this?” Syamsid dan Wafiy mempunyai satu persamaan. Mereka akan berbahasa Inggeris bila mereka marah.
I’m not torturing myself. I’m just helping people. There is nothing wrong with that. Now can you step aside? I’m tired and I want to rest.”
“Wafiy Munirah! If you have problems deal it. Don’t do this to yourself because it hurt me if anything happen to you!”Air mataku mengalir tanpa di undang lagi.
Deal with it? How? My brother is leaving me. You will leave me too. How am I going to deal with this? This is the only way so that I can deal with this.” Aku menangis semahunya. Sudah dua minggu aku cuba menahan akhirnya malam ini aku sudah tidak dapat tahan lagi apa yang ku bendung.
“Sejak bila pula pemergian saya memberi kesan pada awak? Why it will affect you? Tell me Ira. Why?”
Nothing.” Sepatah sahaja aku menjawab.
Liar.”
No I’m not.”
“Is it so hard for you to admit what you feel? If not why suddenly you care about I’m leaving. Why?”
Cause I love you. Are you happy now? If you happy please leave me alone. I want to rest.” Aku mengesat air mataku lalu mencapai kunci rumahku. Aku mencuba untuk menolak Syamsid ke tepi.
“Kenapa awak tak pernah beritahu saya? Minggu depan juga saya boleh minta keluarga saya untuk pinang awak. Saya nak awak menjadi kekasih halal saya. Menjadi isteri saya. If you scared, we can just engage for 3 month and then we get married. Will you accept me?”
“Ia tak semudah tu. Awak akan pergi tinggalkan saya.” Aku mengesat air mata yang masih mengalir di pipiku.
“Awak. Saya baru disenaraikan untuk temuduga. Saya boleh tolak untuk temuduga tu. Awak lebih penting untuk saya sekarang ni.”
“Saya tak boleh fikir buat masa ni. Esok baru saya bagi awak jawapannya. Boleh saya masuk sekarang. Saya letih.”

“Baiklah. Rehat. Jangan lupa makan wafer tu. Assalamualaikum.”