Wednesday, January 29, 2014

Cinta Wafer 11

Aku melangkah lemah menuju ke bilikku. Aku mengabaikan Thirah yang merenungku dari ruang tamu. Aku letih fizikal dan juga emosi. Setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah, aku menjenguk Athirah yang masih belum tidur. Aku lihat di meja sudah tersedia kopi manggis kesukaanku.

“Kak Irah. Thirah tahu mesti kak Irah letih. Ni Thirah buatkan. Kopi manggis kesukaan kak Irah.” Mesti ada agenda adik aku seorang ni. Siap bancuh dalam cawan smurf aku lagi. Kelakar betul adik aku ni. Perangai tak perubah. Kalau nak korek cerita tu ada sahaja benda yang dibuatnya untuk buatkan aku bercerita.
Straight to the point sajalah Thirah. Thirah nak tahu apa? Kalau akak boleh jawab, akak jawab.”
“Nama bekas tunang kak Irah tu Fareez kan?”
“Kenapa?”
“Kak Irah kenal dia?”
“Tak kenal dan tak nak kenal pun.” Aku melihat kopi di dalam cawan itu dengan pandangan yang kosong.
“Sebenarnya, kak Irah kenal dia.”
“Kenal? Kak Irah tak pernah jumpa dia pun. Oh ya, tadi abang Man jumpa Thirah ada apa?”
That’s my point. Abang Man ialah Fareez, tunang kak Irah. Itulah sebabnya dia jumpa Thirah. Dia ingat Thirah ni kak Irah. Jadi, Thirah pun berlakon la jadi kak Irah. Nama penuh dia Muhammad Azman Fareez. Then he told me everything and he apologize for every stupid word that he said to you.”
So surprising. Abaikanlah Thirah. Thirah cakap apa pada dia?”
“Thirah cakap apa yang mungkin kak Irah akan cakap. Thirah cakap yang wound heal but scar is there. It take years for the scar to dssappear.  Then, Thirah nampak Ameen. Terus Thirah buat-buat nak keluar makan dengan Ameen. Terdiam dia dekat situ.” Bagus adik aku ni. Memang memahami.

***

Syamsid merenung ke luar jendela. Eh, dah macam lagu Too Phat Alhamdulillah pula. Dia teringatkan Wafiy Munirah. Dia sudah cuba untuk  menyampaikan hasrat hati tetapi masanya belum tiba. Biarlah masa yang menentukan bila mereka akan disatukan.

I hope that she will ask me not to go but I’m wrong. Maybe after I left only she will feel what I feel. I hope so.’ Syamsid bermonolog sendirian.

“Sam. Apa yang kau menungkan tu?” Talib menegur. Pelik dia melihat budak seorang ini bagaikan angau bercinta. Talib merupakan teman serumah Syamsid semasa berada di Melaka dahulu bermakna dia juga jiran kepada Wafiy Munirah.
“Aku tengah fikir...”
“Fikir apa?”
“Fikir tentang masa depan.”
“Contohnya?”
“Hmm... Aku fikir esok berapa kali aku nak BO (bowel open)?” Syamsid menahan seyumannya. Sengaja mahu kenakan sahabatnya itu.
“BO? Apa tu? Brands Outlet ke?” Talib kekeliruan. Apa kena kawan aku yang seorang ni.
“BO tu bowel open atau dalam bahasa melayu dia buang air besar. Hahahahahaha.” Beriya Syamsid ketawa.
“Amboi... Beriya beno kau gelakkan aku ya. Berapa kali nak berak pun nak fikir ke? Malas aku layan kau ni.”
“Talib, cepat sangat sentaplah kau ni. Tak mempersonakan langsung.” Balas Syamsid sambil tersengih ke arah Talib.
“Eh ayat macam akak nurse sebelah rumah kita dulu.”
“Sekarang pun ya juga Talib. Dia tinggal selang sebuah rumah sahaja dari kita.”
“Wah, menarik ni.” Talib tersenyum dengan senyuman penuh bermakna.

***

“Kak Wafiy, ada orang deliver ni untuk kak Wafiy.” Aku memandang ke arah PPK Wan. Aku lihat bungkusan dari Daily Fresh di tangannya.
“Siapa bagi? Wafer? Sejak bila wafer ada buat delivery?”
“Ada nota ni. Baca.” Wan tersenyum dan berlalu pergi setelah bungkusan beralih tangan.

Ira. Saya tahu awak belum makan. Wafer ni untuk awak. Makan sementara masih suam-suam panas ya. ~Syamsid Dhuha’

Aku tersenyum melihat nota tersebut.

“Kak Linda, Wafiy makan sekejap ya. Observation dengan ubat untuk pukul 8 dah siap.”
“OK.” Balas kak Linda sambil lalu menyambung menyiapkan laporan pesakit. Aku mengambil masa 15 minit untuk makan wafer yang di beri oleh Syamsid. Setelah aku selesai makan dan minum, tiba-tiba aku melihat telefon bimbitku. Ada mesej di terima. Syamsid.

‘Terima kasih sebab terima wafer yang tak seberapa. Jaga pemakanan saya tak tengok awak makin kurus. Nanti awak nampak macam orang sakit. Take care. (^__^) ~Syamsid

Syamsid, kenapa awak buat saya macam ni. Awak akan pergi jauh. How am I going to deal with that when you’re goneSetelah menyiapkan kerja aku bersedia untuk pulang.

“Wafiy, minggu depan isnin sampai rabu Wafiy kerja syif pagi?” Kak Linda bertanya kepadaku.
“Ya, kenapa akak tanya?”
“Boleh tak kalau Wafiy tolong akak? Isnin sampai rabu akak syif petang. Akak kena balik kampung ada hal. Tak ada orang yang nak tolong akak. Wafiy tolong ya.”

Aku berfikir sejenak. Kemudian aku bersetuju untuk menolong kak Linda. Setelah memberikan jawapan aku meminta untuk pulang.