Saturday, January 11, 2014

Cinta Wafer 9

4pm Rumah kebajikan anak-anak yatim Cheras.

"Abang Dhuha hari ni saya nak abang Dhuha jumpa dengan kakak baru. Cantik." Hafiz yang berusia 7 tahun dengan excitednya bercerita pada Syamsid.
"Eleh Hafiz, mana kau tahu kak Munirah tu cantik bukan pernah nampak muka pun." Akmal yang berusia 15 tahun pula mencelah.
"Kakak cantik? Tak pernah nampak muka. Siapa yang kau orang cuba maksudkan ni?" Keliru pula budak Syamsid Dhuha ni.
"Nama kakak tu Munirah, mata kak Munirah tu cantik sangat abang." Sambung Hafiz lagi.

Syamsid menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa pelik benar budak seorang ni. 

"Mata cantik? Kenapa Apiz nak abang jumpa kakak tu?" 
"Mata saja la abang Dhuha, sebab kak Munirah pakai purdah. Nampak mata kak Munirah cantik sangat. Semestinya kakak tu cantik, sopan, baik, masak sedap sangat. Tapi..." Hafiz kelihatan mengah ingin menghabiskan ceritanya.
"Tapi apa Apis?"
"Hari tu masa hari lahir kak Wani, Kak Munirah main gitar dengan nyanyi lagu anak kampung. Lirik lagu tu pun tak macam lagu asal." Beriya Hafiz bercerita. Syamsid menunjukkan muka kagum.
“Abang Dhuha, Jangan balik awal ya. Ibu Jamilah cakap, kakak Munirah nak datang sekejap lagi.” Akmal cuba memujuk. Teringin pula nak beramai-ramai di rumah ini bersama kakak dan abang yang sering menolong mereka.
“Angah,” Syamsid menghantar pertanyaan melalui pandangan.
“Tunggu ajelah sekejap. Tak ada apa angah nak buat kalau balik awal pun.”
“OK.”
Akmal serta Hafiz tersenyum.

***
“Assalamualaikum Puan Jamilah.” Aku menyapa pengurus rumah kebajikan itu.
“Eh, Munirah. Dah sampai pun. Awak masak apa lagi untuk budak-budak ni. Susah-susah buat apa. Lain kali datang makan sahaja di sini atau masak di sini.”
“Abang, yang selebihnya tu abang letak sahaja dekat meja tu. Terima kasih ya abang Farid. Tolong Munirah angkatkan semua ni. Kalau saya seorang jenuh ni. Hehehe.”
“Tak ada susahnya Munirah. Kamu tu selalu tolong orang. Tak ada salahnya orang pula tolong awak.” Abang Farid meletakkan bekas-bekas makanan di atas meja yang aku tunjukkan dan berlalu pergi.
“Tak ada susahnya Puan, saya masak bihun goreng hari ni. Lagipun semalam balik kerja awal. Saja nak buat kenduri sikit.”
“Kenduri sempena apa ni Munirah?”
“Saya dapat anugerah pekerja cemerlang lagi. Alhamdulillah. Budak-budak mana Puan? Senyap sahaja.”
“Ada dekat dewan makan sana. Ada abang dengan kakak melayan di sanalah diorang berkumpul. Mari Munirah saya kenalkan dengan orang yang baik hati macam Munirah juga.” Senyum lebar Puan Jamilah.
Aku membetulkan hijab dan niqabku. Aku memakai niqab ketika melakukan kerja amal. Biarlah orang tidak kenal siapa Munirah yang sebenar. Aku mengikut langkah Puan Jamilah menuju ke dewan utama. Berdebar pula rasa hati. Sekilas dari jauh aku melihat seolah-olah kenal dengan orang yang di maksudkan oleh Puan Jamilah.

***
“Abang Dhuha, kak Munirah dah datang. Abang Dhuha, cantik tak kak Munirah?” Akmal menunjuk ke arah Munirah.
Syamsid merenung langkah gadis berpurdah itu. Unik cara dia berpakaian. Berbaju t-shirt muslimah beserta kain cotton hitam. Memakai tudung bawal Aidijuma 204 purple jingga dan purdah berwarna hitam.
“Uik. Jangan tenung lama-lama. Mulut tu tutup sikit.” Sofia menegur Syamsid. Lama pula budak seorang ni renung perempuan. Selalu tak macam ni pula.
“Angah, aku rasa aku kenal dia ni. Macam…” Terdiam dan tersenyum dia apabila yang empunya diri berdiri di hadapan mereka.
“Syamsid, Sofia. Saya kenalkan ini Munirah. Dia sudah masakkan bihun goreng untuk kita semua untuk minum petang nanti.” Puan Jamilah kenalkan aku pada orang yang sudah aku kenali. Aku berharap agar Syamsid tidak kenal aku berpakaian begini. Kenapalah aku berjumpa dengan dia di sini.
“Munirah. Kenalkan ini Syamsid dan…”
“Saya Sofia. Saya kakak Syamsid.” Sofia mencelah memperkenalkan dirinya sendiri dan menghulurkan tangannya. Aku hanya menyambut huluran tangannya. Cantik. Satu perkataan yang aku mampu katakan untuk describe kakak Syamsid. Terpegun aku melihat kelembutan wajahnya.
“Izhar, Safuan. Tolong ibu angkatkan bekas bihun goreng yang kak Munirah bawa. Kita makan sama-sama lepas solat asar nanti.”
“Cik Munirah datang ke sini seorang atau dengan kawan?” Syamsid memulakan bicara.
“Munirah ni selalu datang sini seorang. Kadang-kadang datang hantar makanan sahaja untuk budak-budak ni. Hari ini mungkin tak kerja agaknya. Itu yang dia boleh singgah sekejap.” Puan Jamilah bercerita.
Riak wajah Syamsid agak kecewa kerana tidak dapat memancing empunya badan bersuara.

***

Usai solat asar, berjemaah bersama dan di imamkan oleh Syamsid, semua penghuni rumah ini menuju ke dewan makan. Sewaktu aku sedang bersiap, Imani yang berusia 5 tahun menghampiriku.
“Ada apa sayang?” Aku bertanya kepadanya. Niqabku di betulkan sebelum aku menyarungkan hijabku.
“Hari ni kak Munirah menyanyi macam selalu tak?”
“Imani, kak Munirah tak boleh lama kat sini hari ni. Lain kali ya?” Aku cuba memujuk si kecil itu.
“Bolehlah kak, hari ni hari lahir Imani.”
Sedih hatiku melihat anak kecil itu. Aku menganggukkan kepalaku bersetuju. Bersorak Imani berlari menuju ke dewan utama. Aku bersiap agar dapat segera ke dewan utama kerana aku dapat rasakan kakak Syamsid merenungku sedari tadi. Aku rasa macam aku ni alien pula bila dia renung aku macam ni.
“Wafiy Munirah.”
“Kak Sofia kenal saya?”  Terkedu aku mendengar dia memanggil nama penuhku. Syamsid pun tahu ke?
“Jangan risau. Akak rasa Syamsid belum tahu pasal awak.”
“Kenapa kak Sofia rasa yang saya risaukan pasal Syamsid?” Kenapa aku rasa dia macam tengah x-ray muka aku ni?
“Nampak jelas di mata awak yang awak sedang risau. Your eyes are telling the truth. So, why you want to hide your identity? Munirah nak cerita dengan akak tak?”
“Hmm. Tangan kanan nak menolong kalau boleh saya tak nak tangan kiri tahu. Itu sebabnya. Kak Sofia jangan beritahu Syamsid ya.” Jawapan yang ringkas untuk soalan Sofia.
“Dia tak tahu tapi kak Sofia rasa dia kenal Munirah. Akak takkan beritahu dia, kalau itu yang Munirah risaukan.”
“OK. Terima kasih kak Sofia. Jom kita ke dewan. Mesti diorang dah tunggu.”

***
Setibanya aku dan kak Sofia di dewan, aku dapati sudah tersedia dua gitar kapok di sudut kanan dewan itu. Syamsid sudah tersenyum memandang kami. Aku melepaskan keluhan.  Aku menuju kea rah mereka yang sedang menantiku. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Syamsid. Aku mencapai  gitar kapok berwarna hitam kepunyaanku dahulu.
“Adik-adik, kak Munirah mainkan gitar sahaja ya. Kita request abang Syamsid nyanyi boleh?” Aku agak segan untuk bersahaja seperti biasa. Syamsid sedari tadi merenungku.
“Akak, sejak bila akak segan-segan ni? Selalunya OK je. Akak malu dengan abang Dhuha ya.” Azwan mengusikku. Aku hanya tersenyum. Nasiblah aku memakai niqabku, jika tidak pasti akan menampakkan pipiku yang sudah merah.
“OK. Awak…” aku merenung Syamsid di sebelah. Syamsid membalas renunganku sebentar.
Imani mengambil tempat duduk paling hamper denganku.
“Saya mula intro nanti awak catching up. OK?” Syamsid hanya mengangguk dan tersenyum memandangku.
‘Bersuara juga awak akhirnya Munirah.’
Memang kita ini,
Anak orang miskin,
Tiada apa-apa yang dapat berikan,
Aku memang cantik,
Kau memang tampan,
Kita memang sepadan.
Kita anak kampung,
Tiada pelajaran,
Anak kuli sahaja,
Memanglah sepadan,
Handsome bah kau itu,
Banyak yang tergoda,
Ramai orang yang suka.
Tiada keretamu aku pun tidak kisah,
Kita boleh jalan kaki sama-sama,
Kalau ada bas kita tahan saja,
Naik sama-sama.

Engkau pun tahu,
Kita sama suka,
Kita sesal pun kita sama-sama,
Kerna aku cinta aku selalu sanggup,
Hidup bersamamu.
Kita masih muda,
Masih ada masa,
Usaha sama-sama,
Jangan putus asa,
Engkau akan berjaya,
Jadi orang kaya,
Hidup bahagia….
Aku tersenyum memandang Imani yang bertepuk tangan sambil melompat-lompat kegirangan.
Very nice combination the two of you.” Sofia tersenyum memandang kami.
“OK. Imani suka? Selamat hari lahir ya Imani.”
“Terima kasih kak Munirah.” Balas Imani lalu cuba mencium pipiku. Aku memeluknya. Kasih sayangku pada mereka semua aku curahkan seperti adik-adikku sendiri.
“Sudahlah dengan gitar tu, mari kita makan. Munirah tunggu ya, malam nanti boleh kita makan malam bersama.”
“Puan, saya tak boleh tunggu. Adik saya nak balik rumah. Dia belum ada kunci rumah saya. Jadi saya kena balik rumah sebelum dia balik. Kalau tidak, kasihan dia nanti.”
“Baiklah kalau begitu. Munirah tak mahu minum petang dahulu sebelum balik?”
“Terima kasih Puan, tapi saya kena bertolak sekarang sebelum jalan sesak nanti. Saya pulang dahulu ya. Assalamualaikum.” Aku memohon untuk pulang setelah mengembalikan gitar kepada Syamsid.

“Waalaikumussalam…” Balas dari mereka yang berada di situ.