Friday, January 24, 2014

Cinta Wafer 10

Setelah selesai memberi pesakit-pesakit ubat untuk jam 8 malam, aku meneruskan mengemaskini laporan pesakit. Aku lebih suka memastikan kerjaku siap 15 minit sebelum waktu kerja habis. Hal ini memudahkan aku untuk passing over report untuk staff yang bekerja syif seterusnya lebih awal.

“Wafiy, awak ada nampak doktor Athirah?” Doktor Ameen menegurku.
Aku merenung doktor Ameen. Apahal pula doktor muda ni cari adik aku. Jangan cakap yang dia nak mengurat adik aku pula. Aku tak mahu doktor ini jadi adik iparku.

“Wafiy. Kalau ya pun jangan la tenung saya macam nak tembus Wafiy.” Aku ketawa mendengarkan kata-kata doktor Ameen.
“Doktor ni kelakar la. Athirah, saya rasa dah balik sebab dia sepatutnya kerja sampai jam 5 petang sahaja. Kenapa doktor tanya?”
“Saya ingat nak ajak dia makan malam…”
“Dinner? Doktor kena ambil nombor sebab malam ni dia ada janji dengan saya. Hehehe.”
“Saya ikut sekali boleh tak?”
“Ikut? Mana boleh. Malam ni twin night out.Saya nak pergi makan western food dekat Damansara.”
“Baiklah. Lain kali sahaja saya ajak Athirah keluar.”
Telefon bimbitku menunjukkan isyarat menerima mesej.

‘Kak Wafiy. Lambat lagi ke nak habis kerja. Thirah dekat cafe.’

Aku merenung jam di tanganku. 8.45 minit malam. Aku melihat doktor Ameen bergerak menuju ke bilik rehat. Sebaik sahaja aku melihat Iza tiba, aku memberi isyarat untuk membacakan laporan pesakit. Setelah selesai, aku menuju ke tandas untuk menukar pakaianku. Uniform yang kotor aku masukkan ke dalam beg untuk di bawa pulang ke rumah. Aku mahu terus ke Damansara bersama Athirah. Aku kalau dah pulang ke rumah selepas kerja memang aku akan malas untuk keluar walaupun untuk makan malam.

“Iza, kak Wafiy pulang dulu ya.” Iza dari jauh menunjukkan isyarat OK kepadaku. Malam ini dia bekerja bersama Salwa dan Azrah. Tidaklah Iza kelam kabut seorang diri kerana ada dua senior bekerja bersamanya.
Aku melangkahkan kakiku ke lift untuk pergi ke cafe tempat Athirah sedang menungguku. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nama Syamsid tertera di skrin menunjukkan mesej diterima.

‘Irah, saya tunggu awak berhampiran dengan cafe. Saya ada hal nak cakap dengan awak. (“,)’

Aku tidak membalas mesejnya. Alasan perlu di beri untuk aku melepaskan diri. Aku tak selesa untuk keluar bersama dia di malam hari begini. Setelah sampai di hadapan cafe aku ternampak Athirah sedang duduk di meja dengan seseorang yang sangat aku kenali. Azman. Parah ni. Macam mana dia boleh kenal dengan adikku? Atau dia ingat itu aku? Kelibat Syamsid tidak kelihatan. Aku mencapai telefon bimbitku untuk menelefon Athirah. Belum sempat aku menelefon Syamsid menegurku dari belakang.

“Apa yang awak intai tu?” Aku agak terkejut kerana dia tiba-tiba menegurku dari belakang. Tramadol punya budak. Aku mengawal rasa terkejutku. Idea tercetus untuk melepaskan diri.
“Syamsid, awak cari kak Wafiy ke? Dia kat dalam tu tengah minum dengan kawan abang Nuar. Saya balik dahulu ya.” Belum sempat aku melangkah ke arah tempat letak kereta, Syamsid menahanku.
“Awak, kalau orang yang tak kenal awak mungkin akan percaya ap yang awak katakan tadi. Saya dah tengok Thirah dari tadi. Perbezaan awak dan dia mungkin ada yang tidak dapat mengecam, tapi tidak saya.”
“Baiklah, saya kalah. First of all, ada apa awak nak jumpa saya?”
“Apa kata kita pergi makan. Saya belanja. Awak nak makan apa?”Syamsid menghulurkan tangannya memberikan laluan padaku untukku. Ala-ala gentleman gitu.
“Sekejap saya nak call Thirah.” Syamsid hanya menganggukkn kepalanya. Dia duduk di kerusi batu berhampiran cafe untuk menunggu aku menelefon Thirah. Nombor di dail.
“Assalamualaikum Thirah, jangan sebut nama akak. Kenapa Thirah duduk minum dengan lelaki tu?”
“Waalaikumussalam. Erm... Wafiy tak dapat nak ikut la akak. Ada hal sikit. Nanti Wafiy call akak ya. Assalamualaikum.” Thirah dengan kekoknya membahasakan dirinya Wafiy. Sahlah yang Azman tidak tahu aku ada kembar seiras. Talian di matikan. Aku merenung Syamsid yang leka melihat langit ciptaan Allah SWT.
“Awak, datang sini tadi naik apa?”
“Saya jalan kaki sebab saya tahu awak bawa kereta. Jom, saya drive. Saya tahu awak nak pergi Bucida Court Damansara kan?”
“Mana awak tahu?”
“Naluri. Hehehe.” Beriyalah sangat naluri. mesti tadi usha kereta aku dahulu sebelum datang.
Kereta di pandu Syamsid keluar dari kawasan hospital.

***

Tibanya kami di Bucida Court, aku memilih untuk duduk di meja yang berhampiran dengan RIBs & RUMP Charcoal grill. Aku melambai ke arah chef Yus atau aku lebih suka memanggilnya abang Yus, tuan punya RIBs & RUMP Charcoal grill ini. Aku membiarkan Syamsid membuat pesanan untukku. Aku yakin bahawa dia pasti tahu apa yang aku mahukan. Setelah selesai membuat pesanan, Syamsid mengambil tempat berhadapan denganku. Aku merenung Syamsid. Melihat dia membuatkan aku teringat kembali kenangan dan segala yang pernah terjadi semasa aku berjiran dengannya suatu ketika dahulu.

“Ira, saya tahu yang awak memang dah lama admire saya tapi janganlah tenung saya macam tu.” Syamsid mengejutkanku. Alamak kantoi pula renung anak teruna org lama-lama. Hehehe.
“Perasanlah awak ni. Saya pandang abang Yus yang sedang memasak tu.” Pipiku sudah menunjukkan rona kemerahan. Malu. Syamsid sudah tersengih memandangku.
“Awak, saya nak tanya ni. Kenapa awak cakap awak tahu yang tadi di cafe bukan saya tapi Athirah?” aku memulakan pertanyaan supaya tidak diusik oleh Syamsid.
“Ira, kalau awak nak tahu, awak ada satu tabiat yang lain dari Athirah waktu minum air. Sebentar tadi saya nampak Athirah minum air panas, dia pegang pada tangkal cawan. Awak biasanya akan pegang pada cawan bukan pada tangkal cawan.” Aku tergamam mendengar kata-katanya. Perkara kecil macam tu pun dia teliti.
“Selain dari itu?”
“Awak kalau nampak saya, perkara pertama yang awak akan buat ialah awak akan gigit bibir awak, pegang dahi awak dan awak akan cuba hindari saya. Athirah senyum dan lambai saya tadi. Jadi, memang sah itu bukan awak. Cara awak berjalan juga lain sangat dengan Athirah. Awak jalan gaya nurse dan Athirah jalan gaya doktor.”
“Apa yang awak merepek gaya doktor bagai ni?”
“Athirah lebih lembut dari awak bila berjalan dan saya sangat tahu pewangi yang awak gunakan. Andalusia Burberry Weekend. Betul tak?” Aku sangat terkejut dengan apa yang Syamsid katakan.
“Baiklah. Awak memang sudah lama kenal dengan saya. Jadi, tak dapat di nafikan. Ada apa yangt awak nak cakap dengan saya?” Aku berbalik kepada soal perkara utama yang dia mahu katakan padaku.
“Tiada yang penting pun. Saya cuma nak share rasa seronok sebab saya tersenarai untuk calon kenaikan pangkat. Mungkin dua bulan lagi akan di panggil untuk temuduga.”
“Baguslah. Tahniah.”
“Tapi...”
“Tapi apa?”
“Kalau saya dapat, saya akan ditukarkan ke Jepun dan hanya boleh mohon balik ke Malaysia selepas setahun atau dua tahun.” Aku tergamam mendengar apa yang dikatakan Syamsid. Terbantut rasa untuk menyedut jus mangga yang di pesan oleh Syamsid untukku. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa sedih. Wafiy, tolonglah berpijak di bumi nyata. Kenapa entah nak rasa sedih pula. Dia bukannya tunang kau pun.
“Ira...”
“Ya... Baguslah. Boleh awak belikan saya buah tangan dari Jepun. Hehehe.” Aku tersenyum hambar. Lama Syamsid merenung wajahku.
“Awak sedih ke?”
“Kenapa nak sedih pula. Inikan berita gembira. Tapi kalau nak belanja patutnya bawalah saya pergi ke restoran berputar ke. Hehehe.”
“kalau awak terima lamaran saya boleh sahajaa nak bawa awak pergi makan di sana.” Syamsid bersuara perlahan tetapi jelas di pendengaranku. Tersedak aku mendengarnya. Terbatuk-batuk aku di buatnya. Mana tidaknya air perisa mangga sudah keluar melalui hidungku.
“Ira, awak ok tak ni?”
“Saya ok.” Aku bersuara selepas batukku reda. Setelah makanan yang dipesan sudah siap di masak, aku makan tanpa bersuara. Apa yang dibualkan Syamsid hanya aku balas melalui pandangan mata dan anggukan. Bukan kerana bersedih tetapi aku menikmati makanan kegemaranku. Hehehe.
Syamsid menghantarku pulang setelah selesai makan. Dia cakap kesian sebab nampak aku keletihan. Mana tidaknya bekerja dua syif hari ini. Pagi sampai jam 9 kerana menggantikan Nurul yang kurang sihat.