Tuesday, October 9, 2012

Cinta Wafer 6

Anuar merenung jam di tangannya.
'Mana la Wafiy ni? Nasib baik aku datang dengan Man dan nasib baiklah hari ni hari Ahad, kalau tak Wafiy ni memang kena dengan aku.' Anuar ngomel tetapi di dalam hati sahaja.

"Eh Nuar. Aku nak tanya sikit boleh tak?"
"Ada apa?" Matanya masih memerhati sekeliling cafe hospital. Manalah tahu ada Wafiy.
"Aku..." Azman teragak-agak untuk berkata-kata.
"Apa?" Anuar merenung Azman.
'Eh Man ni. Teragak-agak pulak dia nak cakap.'
"Aku nak tanya, kenapa kau ajak aku datang hospital ni? Ada apa-apa ke?" 
"Aku nak ambil kereta adik aku. Semalam dia cakap kereta dia problem."
"Kau nak jumpa Wafiy la ni? Kalau macam tu aku balik dulu la." Wajahnya berubah tika mendengar nama Wafiy.
"Eh, dah kenapa kau ni? Apa masalah kau ni?"
"Aku minta maaf dengan kau Nuar tapi aku tak boleh nak tengok dia."
"Kenapa pulak nak minta maaf? Aku tak faham la."
"Persepsi aku terhadap adik kau dah berubah. Dia tak seperti yang aku sangka. Aku minta maaf dengan kau sebab kau kawan aku. Aku bukan nak burukkan dia, tapi aku nampak dengan mata aku sendiri. Dia berpeluk dengan seorang lelaki dekat One Utama semalam. Sorry I've got to go."
"Man, sekejap. Kau nampak dia? Wafiy? Adik aku?"
"Ya. Aku nampak adik kau. Wafiy Munirah."
"For your information, I was there and I know what happen. Just a misunderstanding. Sebab kau ni kawan aku, aku maafkan kau. Baliklah kalau kau nak balik. Terima kasih sebab hantar aku ke sini."
"Aku jumpa kau lain kali. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

Anuar merenung jam tangannya lagi. Hampir jam 3 petang.

***

"Thirah. Tunggu sini sekejap. Kak Irah nak pergi jumpa abang Nuar kat sana. Dia belum tahu kan yang Thirah dah balik sini?"
"Siapa pun belum tahu. Kak Irah orang pertama tahu."
"OK. Tunggu sini."

Aku berjalan menuju ke arah abang kesayanganku. Mesti kena marah aku ni. Huhuhu.

"Abang. Maaf lambat. Nurul EL (emergency leave) hari ni. Sorry."
"OK abang maafkan. Jom pergi ambil kereta. Abang dah tak ada selera nak makan." Ujarnya lalu bangun dari meja dan ingin melangkah keluar dari cafe.
"Abang Nuar. Kenapa ni? Kalau abang nak marah Wafiy marah la tapi Wafiy memang tak dapat elak. Banyak kerja hari ni." Aku mencapai tangannya. Membawanya keluar dari cafe.
"Abang bukan marah pada Wafiy. Abang faham. Abang cuma tak boleh terima orang bersangka buruk pada adik abang tanpa tahu cerita sebenar. Simply judge people without knowing the true story. Even he know you, he still judge you as a bad girl and he is my own friend!"
"Abang Nuar. Wafiy tak kisah kalau orang nak fikir Wafiy ni macam mana pun. Asalkan abang Nuar tahu siapa Wafiy dan apa yang berlaku sebenarnya." Ucapku tenang. Aku memegang wajahnya. Merenung ke anak matanya. Dapat ku lihat wajah kesalnya.
"Abang tak suka orang buat adik abang macam ni." Menitis air matanya. Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur mempunyai seorang abang seperti dia. Aku mengesat air matanya yang mengalir. Pertama kali aku melihat air matanya.
"Abang, Wafiy nak bawa abang jumpa seseorang ni. Abang mesti suka." Aku memberitahunya setelah melihat dia sedikit tenang. Aku tertanya-tanya, siapa yang di maksudkan abang Nuar.
"Jangan nak cuba jodohkan abang dengan kawan Wafiy lagi. Abang tak nak la. Pastikan Wafiy tu kahwin dulu." Jari telunjuknya di letakkan tepat-tepat pada hidungku.
"Wafiy janji kali ni abang tak akan menyesal kalau jumpa dia. Percayalah."
"OK. Mana dia?"
"Jom ikut Wafiy."

Aku mengheret abang Nuar menuju ke tempat Athirah sedang menanti. Aku melihat abang Nuar mengerutkan wajahnya. Sampai sahaja di depan Athirah, abang Nuar sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Athirah menyalami tangan abang Anuar.

"Thirah adik abang bila balik sini? Sampai hati tak contact abang langsung."
"Saja Thirah nak buat surprise tapi Thirah yang terkejut sebab terjumpa dengan kak Irah ni dekat wad tadi. Abang Nuar apa khabar? Abang Nuar macam dah makin putih la."
"Abang sihat je. Abang kan ada adik doktor dengan nurse." Dengarkan kata-kata abang Nuar, aku dengan Athirah tersenyum.

Ramai orang curious sebenarnya tentang aku dengan Athirah ni. Kami kembar seiras tetapi tidak pernah bersekolah bersama sejak tingkatan satu. Jadi ramai juga kenalan aku yang tidak tahu aku mempunyai kembar seiras. Kami mempunyai minat yang sama tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza. Minat kami yang sama ialah ingin menceburi bidang perubatan tetapi aku bercita-cita untuk menjadi jururawat dan Athirah pula ingin menjadi doktor. Setelah tamat SPM aku mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Perak tetapi setelah tamat setahun di matrikulasi sebelum mendapat tawaran universiti aku mendapat tawaran belajar di sebuah kolej swasta tetapi di taja oleh KKM untuk diploma kejururawatan. Athirah pulak selepas foundation dia menyambung pelajaran di Russia.

Tidak ramai orang dapat membezakan kami. Sesiapa yang rapat dengan kami sahaja yang dapat membezakan kami. 

"Jomlah adik-adikku. Nak berdiri dekat sini sampai esok ke?"
"Datang rumah Wafiy ya. Kita makan kat rumah Wafiy. Then baru kita balik rumah mak. Boleh?"
"Boleh la." Abang Nuar seolah telah lupa apa yang berlaku sebentar tadi. 

***

Selesai makan di rumahku, aku bersiap. Aku menyuruh abang Anuar dan Athirah menunggu aku di luar. Aku tak suka kalau abang Anuar ni lihat aku bersiap kerana nanti ada-ada saja usikkannya. 

"Wafiy jangan lambat sangat bersiap tu, nanti lewat pulak sampai rumah mak." Laung Anuar dari luar rumah. Athirah tersenyum melihat gelagat kakak dan abangnya. Sungguh dia sangat rindukan keluarga di sini. Itulah sebabnya dia meminta untuk ditukarkan ke semenanjung Malaysia. Athirah dapaat rasakan seseorang merenungnya. Dia pun berpaling memandang lelaki yang berjalan menuju kearah dia dan Anuar berdiri.

"Assalamualaikum." Syamsid menegur.
"Waalaikumussalam. Eh Syamsid, nak ke mana?"
"Cari makanlah abang. Orang bujang. Sekejap lagi nak melawat Nahar dekat hospital.Abang tunggu siapa ni?" Dia merenung seseorang yang saling tak tumpah seperti Wafiy Munirah tetapi memakai cermin mata.
"Tunggu Wafiy la. Dia memang tak suka abang tengok dia bersiap. Apa yang kau tenung tu?"
"Adik Wafiy ke ni? Muka sama macam Wafiy. Kalau tak pakai cermin mata ni boleh salah ni." Syamsid bertanya.
"Patutlah tenung semacam je. Ni Wafiy Athirah adik kembar Wafiy munirah. Dia baru balik dari Sarawak. Sekarang ni kerja satu wad dengan Wafiy."
"Saya Syamsid Dhuha. Jiran kakak awak turun temurun. Hehehe. Nurse jugak ke?"
"She is my new surgical medical officer in the male surgical ward." Sampukku.
"Awak memang suka menyampuk orang cakap dari dulu sampai sekarang memang tak berubah budak debab yang dah kurus."
"Suka hati la. Jom abang Nuar mak dah call banyak kali." 
"Siapa yang lambat sekarang ni?" Soal Anuar lalu menyekeh kepalaku. Aduh memang sakit.
"Yela Wafiy yang lambat." Balasku lalu menuju ke lif.
"Kak Irah. Sabar la. Jangan la laju sangat."
"Mak dah membebel la. Awak ni Syamsid nak pergi mana? Pagi-pagi tengok muka awak, sekarang awak lagi." Kataku setelah memasuki lif.
"Wafiy tak baik cakap macam tu. Jadi suami kau nanti baru tahu. Masa tu hari-hari kau kena tengok muka dia." Anuar menegurku. 
"OK. I keep my mouth shut." Balasku lalu mendiamkan diri. Touching aku dengan abang aku ni.
"Amboi panjangnya muncung. Sam kita boleh buat penyangkut baju tu." Usik Anuar. Syamsid ketawa. Suka kau ye Syamsid tak apa. Nanti kau.
"Abang Nuar tak baik la cakap kak Irah macam tu. Kesian kak Irah asyik kena buli je. Awak pun sama, jangan la asyik usik dia nanti susah tau nak pujuk dia." Yes! Akhirnya adik kesayangan aku pertahankan aku. Sengih dalam hati je la. Hehehe.
"Biar dia Thirah, dah nak kahwin pun tak ingat nak mematangkan diri lagi ke."
"Eh, Kak Irah nak kahwin? Tak cakap dengan Thirah pun."

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku melangkah keluar. Malas aku nak membuka cerita hikayat tu lagi. Athirah masih keliru dan memandang Anuar mahukan jawapan, tapi Anuar memberi isyarat pada Athirah supaya membicarakan lain kali.

"OKlah abang. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum."

Kami berpecah di parkir kereta.

***

Wednesday, September 19, 2012

Cinta Wafer 5



Sebaik sahaja memasuki kereta, aku hanya membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja. Walaupun aku dapat membaca riak Syamsid seolah-olah berteka-teki dengan apa yang baru dia dengar tadi. Aku melepaskan keluhan. Sangat berat aku rasakan.

"Ira, kenapa mengeluh ni? Tak baik mengeluh. Walaupun saya tak tahu apa yang jadi, tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi, awak janganlah bersedih Wafiy Munirah yang cantik."

Aku tersenyum mendengarkan kata-katanya.

“Saya tak rasa sedih sebab dia putuskan pertunangan dengan dengan saya tapi saya terkilan kenapa dia buat sesuatu tanggapan tanpa mendengar penjelasan dari saya terlebih dahulu. Lagipun, saya bertunang bukan dengan kerelaan hati saya, jadi saya tak kisah kalau dia tak nak dengan saya.  Saya sedih sebab tanpa alas an yang kukuh dia kata saya ni perempuan tak da maruah. Apa hak dia nak cakap macam tu?” Percakapanku terputus aabila telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nama yang terpapar. Mak. Habis aku. 

"Assalamualaikum, mak." Sapaku memulakan bicara.
"Waalaikumussalam. Wafiy, ibu Fareez baru sahaja telefon mak putuskan pertunangan kamu berdua."
"Wafiy tahu mak. Fareez dah call Wafiy tadi."
"Apa masalah sebenarnya Wafiy? Cuba cerita dekat mak. Betul ke apa yang mak si Fareez tu cakap? Dia kata Wafiy berpeluk dengan lelaki lain di tempat awam. Apa dah jadi sebenarnya yang jadi? Mak percaya anak mak tak buat sesuatu yang tak baikkan?" 

Lembut sahaja suara mak kedengara di telingaku tetapi aku dapat dengar nada suaranya yang kecewa. Mungkin kecewa dengan aku. Aku sudah mula merasa sebak. Setitis demi setitis air mataku menitis di pipiku. Sedu sedan sudah mula kedengaran. Aku sudah tidak memikirkan Syamsid yang berada di sebelahku.


"Mak. Memang betul Wafiy buat silap tapi Wafiy tak salah mak. Semuanya cuma salah faham sahaja. Mereka menghukum Wafiy tanpa usul periksa. Percayalah mak, Wafiy tak salah."
"Mak percaya yang anak mak tak salah. Mak kenal Wafiy. Cuma, mak kecewa begitu mudah orang membuat tanggapan yang buruk pada Wafiy tanpa usul periksa perkara yang sebenar..."
"Mungkin ini petunjuk dari-Nya. Wafiy tak kisah pun kalau dia dah tak mahukan Wafiy. Wafiy bukannya kenal siapa Fareez tu." Pintasku. Tangisanku sudah semakin reda.
"Mak bukannya apa, mak fikirkan kamu Wafiy. Bila nak cari pengganti? Bila nak lupakan arwah Fahmi yang dah lama pergi? Dah dekat tiga tahun Wafiy. Kalau boleh mak nak timang cucu dan tengok anak-anak mak bahagia sebelum mak tutup mata."
"Abang Nuar kan dah ada calon. Abang Nuar dulu la mak."
"Mak dah cakap dengan abang kau tu, tapi dia kata nak tunggu kau lepas dulu."
Alamak, mak dah keluar 'kau' la.
"Mak, Wafiy janji dengan mak Insya Allah Wafiy akan cari pengganti arwah Fahmi." 

Talian dimatikan. Syamsid menghulurkan sapu tangannya kepadaku. Aku mencapai lalu menyapu air mataku. Aku tidak memandang ke arahnya, malu pulak rasanya kerana terlalu banyak perkara yang berlaku semasa aku bersama dengannya hari ini.

"Syamsid, terima kasih sebab tolong saya hari ini. Saya tak tahu nak cakap apa lagi selain berterima kasih pada awak. Thanks."
"Ira. Sebagai tanda terima kasih, boleh tak saya nak mintak tolong dengan awak sikit?"
"Tolong apa? Kalau saya boleh tolong, saya tolong."
"Boleh tak tolong call my phone? Saya tak ingat la letak mana tadi."
Aku merasa sedikit pelik tapi aku tak nak la fikir yang bukan-bukan. Lalu aku hanya menurut katanya.
 "Nombor?"
"0135023508."

Aku mendail nombor yang diberikan. Kedengaran bunyi dari dashboard keretanya. Aku menoleh ke arahnya. Aku melihat dia tersengih. 

"Thanks for the number."
"Awak ni memang nak kena dengan saya."
"Ala, jangan la marah. Kalau saya mintak, belum tentu awak nak bagi."
"Apa-apa la Sam. Anyway thanks for the ride."

***

5.30 pagi. Macam biasa telefon bimbitku menjerit-jerit. Mesti abang Nuar ni. Aku merenung telefon bimbitku. Selepas beberapa saat baru aku menjawab panggilan itu.

"Abang Nuar. Saya Wafiy Munirah telah bangun tidur."
"Ira. Sejak bila saya jadi abang awak ni?"

Alamak ni bukan suara abang Nuar ni. Aku merenung kembali skrin telefonku. Syamsid.

"Sorry. I thought my brother's call. Dia memang suka call saya pagi-pagi macam ni."
"Kenapa?"
"Sebab apa lagi, kejutkan la. Saya kerja syif pagi hari ni."
"Kiranya saya dah ambil tugas abang awak la ni ya? Hehe."
"Mengada la awak Sam. Ada apa call saya pagi-pagi ni?"
"Saya ada hal nak cakap."
"Ada apa?"
"Selamat pagi. Cepat bangun, mandi, solat, nanti saya hantarkan awak pergi kerja ya."
"Ish mengada la awak ni. Tak perlu nak hantarkan saya, hospital depan rumah pun nak hantar ke? Saya bleh jalan sendiri la. No need car to drive."
"Baiklah Cik staff nurse." Talian dimatikan. Aku tersenyum. Alahai Syamsid. Why you become so sweet?

Belum sempat aku melangkah ke bilik air, telefonku berbunyi lagi.

"Ya En Syamsid. Saya dah nak mandi ni."
"Hoi Wafiy! Mengigau ka? Ni abang la. Hai, pagi-pagi lagi dah sebut Syamsid ni. Dia call  la tadi ni. Patut la abang call  tak dapat."
"Mengada la abang ni. Wafiy nak mandi ni. Nanti lewat la. Assalamualaikum." Aku mematikan talian. Sebelum aku kena usik sampai biru muka aku, baik aku mandi. Hehehe.

***

"Qaseh! Bangun solat. Kak Wafiy dah nak pergi kerja ni."
"Hmmm..." Mengeliat lagi si Qaseh ni.
"Qaseh, bangun la. Kalau kak Wafiy dah pergi nanti tak bangun pulak. Bangun cepat."
"Yela bangun la ni."
"Kak Wafiy pun sama ja susah bangun tidur. Nak marah pulak dia." Ngomel Qaseh.
"oi akak dengar ya. Akak pergi dulu la. Assalamualaikum." 

 Ya Allah selamatkanlah perjalananku. Kunci rumah dah ada, kunci kereta pun ada. Mulakan dengan langkah kaki kiri. Sesungguhnya aku pergi kerja pada hari ini untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan hanya keranaMu Allah SWT.

"Selamat pagi."
"Opocot mak engkau! Sam!!!" Aku menjerit. Kemudian dengan pantas aku menekup mulutku. Geram dengan Syamsid Dhuha ni punya pasal, aku terus melangkah menuju ke arah lif. 
"Ira. Jangan la laju sangat. Saya nak temankan awak pergi kerja ni." Langkahnya di panjangkan. Mengejarku.
"En. Syamsid Dhuha. Awak dah ada kerja baru ke?"
"Kerja? Tak adalah. Kenapa?"
"Jadi, tak perlu la nak hantarkan saya. Saya dah biasa pergi kerja. You are software engineer  not my bodyguard right?"
"Awak beri kebenaran atau tak saya tetap akan ikut. Saya ada hal nak pergi hospital ni. Bolehkan?"

Aku melangkah dengan pantas keluar dari lif. Jam menunjukkan pukul 6.40 minit pagi. Langkah dipercepatkan. Aku tidak pedulikan Syamsid yang mengekoriku. Lantaklah Syamsid Nak ikut sangatkan. Terasa mahu tertawa aku melihat gelagat Syamsid yang terkocoh-kocoh mengikut langkah kecil dan cepatku. Hehehe. Padan muka.

"Ira! Janganlah laju sangat. Nampak saja kaki tu pendek, langkah tu laju sangat."
"For your information Mr Syamsid Dhuha, I don't like to be late to the ward. Lots of work to do in the morning shift. Get it?" Eh terkeluar speking London  pulak. Hehehe.
"Ok I get it. Boleh saya tanya sesuatu?"
"Silakan bertanya." Aku menyindirnya. Apa la budak ni. Guna bahasa buku pulak dengan aku. Hehehe.
"Saya nak tahu kat mana wad surgical  lelaki."
"Ikut saya." Aku berjalan seiring dengannya. Setibanya di wad. Masuk pantry jom sarapan dulu. Eh, siapa yang Syamsid pergi jenguk ya? Curious pulak aku. Makan cepatlah nak pergi tanya ada new case ke masa aku tak kerja.Nyum nyum nyum. OK siap. Hehehe. 
"Assalamualaikum." Aku memberi salam kepada rakan-rakan sekerjaku yang bekerja syif malam. Iza muka macam dah lalok sangat sangat nak tidur. Azreen pula dah macamtak cukup tangan nak siapkan report. Aku memang nak tergelak bila tengok diorang ni. Junior-junior belaka.
"Kak Wafiy masak apa-apa tak kat rumah? Lapar." Kalau nak tahu, Azreen tinggal serumah dengan aku dan juga Qaseh.

"Semalam punya mee goreng ada lagi. Kak Wafiy dah panaskan. Ada new case tak?"
"New case semalam tak ada tapi Dr Hariz cakap hari ni ada MO (medical officer) baru nak lapor diri hari ni." Iza memulakan cerita. Cerah dah aku tengok mata dia. Kalau nak tahu jugak, Iza ni memang suka kalau kerja dengan aku. Nak tahu tak sebab apa? Sebab kalau kerja dengan aku di akan dapat gula-gula untuk hilangkan mengantuk.
"MO baru. Cute tak? Hehehe."
"Perempuan la  MO tu kak Wafiy. Jangan nak mimpi dulu ya." Azreen pula mencelah.
"OK la. Kak Wafiy nak kemas katil patient dulu sementara kau nak pass report  dekat in charge pagi ni. Abang Zack! Bed making jom." Aduh penat la. Nak beritahu lagi ni. Abang Zack ni nama dia Zainuddin. Dia PPK (pembantu perawatan kesihatan) dekat wad aku kerja ni. Dia memang satu kepala dengan aku juga. Gila-gila. Aku punya tabiat, kemas katil mula dari katil belakang. Katil belakang-belakang ni kes simple je. Aku pun alang-alang jenguk la Syamsid. Siapa yang dilawatnya pagi-pagi buta ni. Aku pun buat-buat la nak pergi kemas katil tu . Eh, bukan buat-buat memang nak kemas la sebab tu katil hujung sekali. Sekali tengok macam kenal la.

"Selamat pagi Encik...Panjang! Ya Allah dah kenapa kau ni? Mari sini aku tolong kau bangun. Aku nak kemas katil ni."
"Sam kau tolong la cerita kat Cik nurse  ni. Aku penat la nak cerita."
"Dia sakit dekat bahagian kanan perut. Then asyik muntah. So, malam kelmarin saya hantar dia ke emergency department . Doktor cakap kena tahan wad tapi malam tu saya tak ikut dia sampai wad la."  Aku mendengar sambil menyiapkan kerjaku. Borak-borak jugak, kerja kena siap.

Aku tidak berlama-lama di katil Nahar. Sister nampak mati aku. Aku menyiapkan kerja mengemas katil pesakit. Setelah selesai aku memulakan rutin kerja aku seperti biasa. Pagi ini wad agak sibuk. Pakar bedah buat rondaan wad dua kali. Apa lagi terkejar-kejar la aku dengan Salwa sebab Nurul cuti kecemasan pulak hari ni. Terkejar-kejar serve medication, dressing dan macam-macam lagi.

Habis sahaja kerja, aku terdengar sister wad aku sedang memberi penerangan pada seorang perempuan di hadapan biliknya. MO baru mungkin. Aku mengemas barang-barangku. Sebentar lagi abang Nuar nak datang ambil kereta aku. Semalam tak boleh nak start , jadi abang akulah yang bertanggungjawab untuk membantuku. Hehehe. Untung dapat abang macam ni.

Belum sempat aku nak cabut lari balik, sister Jamilah memanggilku. Alamak misi tak berjaya.

"Ya sister."
"Keetulan awak ada di sini, saya nak kenalkan awak pada MO baru wad kita. Doktor ini antara staf yang berdedikasi dalam wad ni. Wafiy Munirah."

'Doktor ni dah kenapa tak nak pandang aku ni?' Ngomel aku dalam hati. Sebaik sahaja MO ni yang aku rasa macam berlagak ni berpaling, aku rasa macam nak pengsan. Ya Allah kecilnya dunia.

"Selamat berkenalan. Saya Wafiy Athirah." Sebaik sahaja dia memberitahu namanya, dia memelukku seerat-eratnya. 
"Wafiy kenal dengan Doktor Athirah ni?" Sister Jamilah bertanya padaku. Pelik melihat reaksi kami sebentar tadi.
"Kalau sister nak tahu, Wafiy Athirah ni adalah adik kembar kepada Wafiy Munirah." Sengaja aku menekankan nama 'Wafiy' yang menjadi pangkal nama kami.
"Ya Allah, kecil betul dunia ni. Wafiy boleh la kalau nak balik. Kalau nak balik tu awal je kan."
"Sister, dah pukul 3 tak awal dah. Saya ada janji nak jumpa abang saya sekejap lagi sebab tu saya nak cepat ni. Thirah nak ikut tak jumpa abang Nuar?"
"Boleh jugak. Sister dah tak ada apa-apa kan? Esok saya mula kerja."
"Baliklah doktor. Sudah tak ada apa-apa." Redha je ayat sister  ni. Hahaha.

Aku pun heret la budak seorang ni. Siap la dia kejap lagi. Sampai hati dapat transfer tak cerita. Kurang asam punya adik. 

***

Friday, August 10, 2012

Cinta Wafer 4


"Sam, kenapa dengan Wafiy ni?" Anuar bertanya kepada Syamsid.
"Entah. Tadi dia nyaris nak kena langgar. Saya tarik dia. Jalan tak tengok kiri kanan. Lepas tu tiba-tiba ja dia blur macam ni." Kemudian terdengar Anuar beristigfar. Bersyukur kerana adiknya tiada apa-apa.

Anuar membaca beberapa potong ayat Al-Quran lalu di hembus ke ubun-ubun kepalaku. Beberapa saat selepas itu, aku seolah-olah tersedar dari mimpi. Wajahku bertukar menjadi pucat.

"Wafiy, kenapa ni?"

Segalanya seperti berulang kembali di hadapan mataku. Aku lantas memeluk abang Nuar. Aku menangis semahunya di dadanya.

"Fahmi... Dia kena langgar depan mata Wafiy..." Sedu sudah kedengaran di dalam tangisanku. Sesungguhnya aku tidak dapat melupakan kejadian yang membuatkan aku kehilangan orang yang aku sayangi. Air mata yang mengalir tidak dapat aku tahan.

"Sabar Wafiy. Semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya."

Melihatkan keadaan aku yang tidak dapat menahan kesedihan, aku mula merasakan tangan abang Nuar mengusap kepalaku. Setelah tangisanku reda, aku merenung baju yang dipakai abang Nuar yang sudah dibasahi oleh air mataku. Tiba-tiba aku dapat rasakan kakiku seolah-olah tidak jejak di bumi. Aku mula merasa seram sejuk.

'Kenapa baju yang abang Nuar sama macam baju yang Sam pakai?' Aku berfikir sejenak. Aku perlahan-lahan melepaskan pelukanku. Wajahku sudah merona kemerah-merahan. Macam mana boleh tersalah peluk orang ni. Aduh malunya. Aku mendongak memandang wajah Syamsid. Dia hanya tersengih memandangku sambil mengangkat kedua belah tangannya menandakan bahawa dia tidak bersalah.

"Sorry." Kataku sambil menundukkan wajahku. Malu la. Huhuhu.
"It's ok. Feeling better?" Soalnya kepadaku.
"Terima kasih sebab tolong saya dan tolong hantarkan saya. Abang Nuar, Wafiy lapar." Baik aku tukar  tajuk perbualan. Ni la waktunya kalau nak bermanja dengan abang Nuar dan nak hilangkan malu insiden tadi. Malunya. Kalau nak tahu, abang Nuar ni lemah sikit bila tengok adik kesayangan dia ni menangis. Hehehe.
"Alahai... Kesiannya adik abang ni. Jangan nak buat akal ek. Wafiy kena belanja abang. Sam, jom kita makan sekali."
"Ala, kenapa ajak Sam sekali?" Balasku sambil memuncungkan wajahku.
"Jangan nak mengada. Dah la Sam yang hantarkan tadi. Jom Sam."
"Tak apa la abang lain kali sahaja ya." Syamsid cuba untuk menolak apabila melihat keenggananku.
"Ha! Tengok tu. Dia pun tak nak."
"Dah jangan nak mengada Wafiy. Kali ni abang belanja dengan syarat Sam ikut kita sekali. OK?"
"OK la." Buat dah la perangai bagi arahan mandatori dia tu.

***

Aku hanya mendiamkan diri sewaktu makan bersama Syamsid dan abangku. Sengal betul abang aku yang seorang ni. Takkan la dia tak faham yang adik dia ni malu nak tengok si Syamsid ni sebab kes tersalah peluk tadi.

Selesai mengeyangkan perut, kami berjalan keluar dari restoran KFC. Abang aku yang seorang ni memang suka sangat dengan KFC.

"Sam datang ni semata-mata nak hantar Wafiy je ke?" Soal Anuar.
"Eh, tak adalah. Saya nak ambil barang saya yang tertinggal kat office semalam. Kebetulan tadi Wafiy ni rempuh saya. Alang-alang tu, offer nak hantarkan dia la sebab dia kata nak naik teksi."
"Sam kerja di mana?"

Ish abang aku ni, dah macam polis pencen pulak dia.

"Plaza IBM."
"Owh. Bangunan belakang ni? Bila nak pergi ambil barangnya?"
"Kalau boleh masa nak hantar Wafiy balik. Singgah office sekejap, lepas tu boleh terus balik."
"Kenapa pulak? Abang Nuar boleh hantar saya la." Takkan la aku nak menghadap dia lagi. malu tak habis lagi ni.
"Dah nak jadi kerja pulak abang nak hantar kau kat Ampang lepas tu nak balik gombak. Balik dengan Sam lepas beli cincin nanti."

Arahan mandatori lagi. Geram betul aku dengan abang Anuar ni. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Eh, ni macam nombor telefon Fareez. Hehehe. Sengal jugak aku ni kan. Boleh pulak tak save nombor dia hari tu.

"Asslamualaikum..." Aku memberi salam.
"Wafiy Munirah, kau dengar apa yang aku nak cakap. Aku malu sebab aku dah jatuh hati pada kau. Aku tak sangka yang kau ni sebenarnya perempuan murahan. Aku malu pada keluarga aku yang nampak sendiri siapa kau yang sebenarnya. Keluarga aku dah sampaikan pada keluarga kau yang pertunangan kita diputuskan. Aku menyesal sukakan kau perempuan tak ada harga diri!"

Terus sahaja talian di matikan tanpa sempat aku bertanya dan mempertahankan diri. Aku terdiam seketika. Apa pulak masalahnya ni?

"Siapa yang call Wafiy?" Anuar bertanya setelah melihat aku hanya berdiam diri.
"Abang, Wafiy tak faham. Bukan Wafiy yang tergila-gilakan dia. Bukan Wafiy nak sangat bertunang dengan dia. Tiba-tiba telefon marah-marah cakap yang bukan-bukan. Then nak putuskan pertunangan. Ingat Wafiy hairan sangat ke kalau putus tunang dengan dia, tak luak sikit pun!" Terus aku hamburkan kata-kata kemarahanku.

"Tunang?" Syamsid terkedu mendengar perkataan itu.
'La tunang orang rupanya.' Bisik hati Syamsid.
"Fareez call la ni? Apa yang dia cakap?" Soal Anuar.
'Apa ke pelik adik aku ni. Hari tu cakap tak suka, ni marah pulak bila orang tu putuskan pertunangan. Adik siapa la ni?'
"Dasar orang tak guna! Wafiy tak pernah minta orang sukakan Wafiy tapi perlu ke dia hina Wafiy. Wafiy tak kisah la pasal putus tunang tu tapi kenapa sampai cakap yang Wafiy ni perempuan murahan? Dia tu siapa? Ingat bagus sangat..."
"Wafiy, abang rasa batal la nak beli cincin. You're not in the mood. So, better you go home and rest. We'll talk about it later. OK? Sam, tolong hantar Wafiy balik. Boleh?" Anuar cepat-cepat memotong sebelum pelbagai perkataan lagi yang keluar dari mulutku ni. Sengaja dia meminta Syamsid hantarkan Wafiy kerana dia yakin Syamsid mampu membuat adiknya tersenyum.
"Boleh je kalau abang percayakan saya." Balas Syamsid. Dia merenung ke wajahku. Tidak menyangka orang yang selalu di sakatnya selama ni, seorang gadis comel dan ceria sangat terduga perjalanan hidupnya.
"Wafiy balik dulu. Abang cari la nanti design yang cantik. Pasal saiz nanti lain kali kita datang lagi."
"Wafiy ok la abang. Wafiy bukan marah dengan abang."
"Tak apalah Wafiy. Macamlah abang tak kenal adik abang ni kan. Balik rehat. Esok kerja kan?"
"OK." Lantas aku menyalami Anuar. Anuar memelukku untuk menenangkanku.
Thanks abang because always there for me, understand me.

Monday, July 30, 2012

Saya Benci Awak 4


"Mama, Lilie rindukan mama. Kalaulah mama masih ada, mesti mama tak akan sanggup tengok anak mama sedih. Mama selalu ada untuk Lilie. Lilie sedih ma, kenapa mereka ganggu hidup Lilie sedangkan Lilie tak pernah berniat nak ganggu mereka."

Aku meluahkan segala perasaanku sambil menghadap ke arah tanah sawah peninggalan arwah mama dan papa kepadaku. Tanah ini diuruskan oleh ibu Sharifah. Orang yang sentiasa mengambil berat tentang aku setelah pemergian mama dan papa.

Rumah di Taman Saga juga rumah yang arwah mama dan papanya. Itulah sebabnya aku tidak tinggal bersendirian di rumah itu kerana aku pasti akan sering terkenangkan arwah mama dan papanya. Azyan dan Intan teman kolejku tinggal bersamaku di rumah itu.

Aku memohon cuti selama seminggu setelah berjumpa dengan Syamira tempoh hari. Aku perlukan waktu untuk menenangkan fikiran. Aku masih tidak dapat melupakan kejadian di Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari. Aku cuba menahan rasa sedih yang mampir di hatiku. Aku hairan kenapa aku boleh menjadi penyebab putusnya pertunangan mereka.

 Seandainya aku ingin merampas Shahrul, aku pasti lakukannya setahun yang lalu. Perasaan benci mula bercambah di dalam hatiku terhada mereka. Air mataku seakan mahu menitis lagi.

"Lilie!! Janganlah menangis, kau kuat Lilie. Mereka tak akan boleh melukai kau lagi!!" Aku menjerit sekuat hatiku di hadapan sawah padi yang terbentang luas di hadapanku. Aku menahan air mataku dari menitis untuk kesekian kalinya.

“Menangislah Lilie, kalau itu boleh buat awak lebih tenang nanti.”

Aku menoleh kearah suara yang menyapaku. Aku tersenyum memandangnya. Dari jauh aku melihat dia meletakkan keretanya di hadapan rumah keluarga angkatku.

“Awak tahu saya di sini? Siapa beritahu awak?” Setahu aku, aku tak ada beritahu Azyan atau Intan bahawa aku akan pulang ke kampong. Aku semakin hairan kerana dia boleh mencari rumah keluarga angkatku sedangkan ramai kenalanku mengatakan bahawa susah untuk mencari rumah ini.

“Malaysia kecil sahaja Lilie. Perlis pun kecil juga, jadi tak susah pun untuk saya mencari rumah keluarga angkat awak ini kalau itu yang awak hairankan.”

“Kenapa pula…”

“Air muka awak sangat menunjukkan bahawa awak sedang terkejut. So, I guess you are surprise to see me here. Am I rite?”

“Yes you are. I’m surprise to see you here. Haziq, I’m sorry that day. Saya pergi tanpa ucapkan terima kasih pada awak sedangkan awak telah menolong saya. Terima kasih.”

It’s ok. Saya ikhlas tolong awak. Are you feeling better now?”

“Entahlah, saya cuma rindukan arwah mama dan papa. Saya masih teringatkan masakan mama, leteran papa sebab anak dia ni degil.”

“Lilie, awak tak pandai menipu tahu tak? Kenapa perlu malu untuk meluahkan apa yang awak rasa. Mungkin benar awak rindukan parents awak, tapi awak jangan ingat saya tak dengar apa yang awak laungkan tadi. Menangislah kalau itu dapat melegakan awak dan kembalikan senyuman awak. I'll be your crying shoulderremember?


"Thanks."


Akhirnya aku meluahkan segala rasa kekecewaanku kepada Haziq. Aku menangis meluahkan segalanaya dan tanpa aku sedari perasaanku kepadanya sudah mula berubah. Satu perasaan yang belum pernah aku rasai sebelum ini.


***

Saya Benci Awak 3


 Aku mengeluh untuk kesekian kalinya, masih tertanya-tanya siapa Syamira sebenarnya. Kenapa aku rasa seperti pernah melihatnya suatuketika dahulu. 

"Apa yang kau menungkan? Fikirkan perempuan yang jumpa kau tadi? Eh, kenapa aku rasa macam pernah tengok dia. Kawan kau ke Lilie?"

"Woi! Banyak betul soalan kau tembak dekat aku. Aku rasa macam pernah tengok perempuan tadi, tapi aku tak pasti dia Syamira yang aku tengok setahun lepas. Aku rasa dia kekasih hati  si Shahrul Amin. Kalau betul, apa yang dia nak dengan aku?"


"Aku rasa kalau kau nak pergi jumpa dia, baik kau bawa teman. Risau aku."


"Aku pun rasa macam nak ajak kau untuk temankan aku pergi jumpa dia. Kalau dia kidnap aku tak ke naya nanti."


"Lilie, aku kerja ahad nanti. Aku sarankan kau bawa lelaki temankan kau. Keselamatan terjamin sikit."


"Aku nak ajak siapa? Kau pun tahu aku, aku tak berapa suka keluar dengan lelaki yang tak rapat dengan aku. Lagipun..."


"Siapa pula yang nak suruh kau keluar dengan lelaki yang tak rapat dengan kau? Aku cadangkan kau keluar dengan Haziq. Sudah semestinya dia akan lindungi kau kalau ada apa-apa masalah nanti."


"Haziq? Aku malu nak minta dia temankan aku. Nanti apa pula yang dia fikir. Bila perlu cari, bila tak perlu tinggal, buruk perangai." Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.


"Cuba telefon dulu, nanti kau cubalah terangkan pada dia. Dia mesti faham. Nah, call dia sekarang." Azyan menghulurkan telefon bimbitnya yang sudah mendail nombor Haziq. Aku mencapai telefonnya, dan menunggu panggilan tersebut di sambungkan. Aku melihat Azyan meninggalkan ruang tamu dan menuju ke kamarnya.


"Assalamualaikum." Aku terus memberi salam.


"Waalaikumussalam. Lilie, ada apa awak telefon saya?"


"Awak apa khabar? Dah lama tak jumpa."


"Saya sihat, Alhamdulillah. Awak sihat? Saya ingatkan awak dah tak nak jumpa saya lagi."


"Haziq, saya nak minta maaf sangat-sangat. Bukanlah maksud saya nak mengelak dari awak, cuma saya nak lupakan kisah silam saya. Kalau boleh saya nak lupakan semua kisah bersama 'dia' dulu. Sudi tak awak maafkan saya?"


"Saya tak pernah marahkan awak. Saya sentiasa berharap awak bahagia. Kalau kebahagiaan awak bukan bersama saya, saya terima. Ada apa sebenarnya awak nak cakap dengan saya? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"


Aku berfikir sejenak, kenapa aku perlu susahkan seseorang yang sentiasa aku tidak pedulikan perasaannya.

"Haziq, sebenarnya saya hanya ingin memohon maaf dari awak. Terima kasih sebab awak cakap yang awak tak pernah marahkan saya. Itu sahaja yang ingin saya katakan. Assalamualaikum. Take care.


Aku memustuskan talian sebelum sempat dia menjawab salamku. Aku meninggalkan telefon bimbit Azyan di atas meja lalu terus menuju ke bilik tidurku. Aku perlu menghadapinya seorang diri. Aku tak perlu bergantung harap pada orang lain.


"Lilie, kenapalah kau tidak mahu minta pertolongan Haziq?" Azyan mengeluh sendiri. Rupa-rupanya dia telah mendengar segala perbualan Lilie bersama Haziq sebentar tadi.


***

 Aku bersendirian di tepi tasik. Merenung ke arah air tasik yang kelihatan tenang tanpa gangguan. Aku ingin menjadi seperti air itu tenang dan tiada gangguan.

 Dari jauh aku melihat kelibat seseorang yang aku masih kurang pasti siapakah dia sebenarnya dan apa yang dia mahu dariku.


"So, ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Aku menyoal tanpa sempat dia berkata-kata. Tanpa sebarang amaran aku ditampar olehnya. Aduh sakit tau.


"Kenapa? Apa sebenarnya yang aku dah buat pada kau? Siapa kau? Nampak sahaja macam perempuan lemah lembut tetapi langsung tiada adab." Aku mendengus. Kurang ajar. Sekali lagi dia mahu menamparku tetapi tidak berjaya kerana seseorang telah menahannya. Apa yang membuat aku terkejut, orang itu ialah Haziq. Aku terkedu kerana melihat kemarahan di mata Haziq.


"Hei perempuan, kau tak layak sentuh tunang aku." Katanya lalu melapaskan tangan Syamira dengan marahnya.

"Haziq, awak tak tahu apa yang berlaku. Dia menyebabkan Shahrul memutuskan pertunangan kami. Saya tak akan maafkan dia dengan apa yang sudah dia lakukan."


"Wait! Aku penyebab kau putus tunang? Cik Syamira kalau aku mahu merampas Shahrul, aku sudah lakukannya setahun yang lalu.."


"Lagipun Lilie dah ada aku, dia tak perlukan lagi 'tunang' kau itu. Sekali lagi aku nampak kau sentuh dia, aku akan buat kau menyesal selamanya. Ingat!" Haziq memberi amaran kepada Syamira sambil memegang tanganku lalu pergi meninggalkan dia.

 Sebaik sahaja sampai di tempat letak kereta, aku terus masuk ke dalam kereta Honda Accord kesayanganku lalu bergegas meninggalkan tempat itu. Aku sangat terkejut dengan kehadiran Haziq di situ. Aku juga terkejut kerana dia menyelamatkan aku dari perempuan gila tadi. Aku pulang tanpa mengucapkan terima kasih kepada Haziq. Aku keliru, kenapa dia yang datang menyelamatkanku?


Aku terus sahaja ke hospital di tempat aku bekerja. Aku mengisi borang permohonan cuti. Aku mahu menenangkan hatiku. Oleh kerana aku rapat dengan orang atasanku, dia meluluskan cutiku selama seminggu.


Aku mahu pulang ke kampung halamanku.  


'Thanks Haziq. Saya tak akan lupakan pertolongan awak tadi.' Bisik hati kecilku.


***

Saya Benci Awak 2


 Setibanya kami di GSC Berjaya Times Square, kami bergegas menuju ke kauter untuk membeli tiket wayang. Tetapi, belum sempat aku menuju ke kauter aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenali. Aku berhenti mengejut menyebabkan Azyan terlanggar aku dan terjatuh. Ops, tak sengaja.


 "Lilie! Kau ni kenapa? Sakit tahu tak." Marah Azyan.
"Kenapa kau jerit nama aku? Aku dah tak jadilah nak nonton cerita tu. Jom pergi makan."
 "Kenapa dengan kau ni Lilie? Aku rasa kau yang sangat excited masa cerita Harry Potter ni keluar kat pawagam." Pelik betullah minah ni.
"Aku lapar. Jomlah banyak tanya pula." Balasku lalu mengheret Azyan pergi dari situ.


'Apa dia buat disini?' Bisik hati kecilku. Soalan bodoh Khalilie. Kutukku di dalam hati. Apa lagi yang dia nak buat kalau dah dia beratur untuk beli tiket wayang? Sudah semestinya nak menonton wayang. Aku menepuk dahiku kerana kebodohanku sebentar tadi. Hehehe.


"Kenapa dengan kau Lilie? Pelik, yang kau macam nampak hantu ni kenapa?" 
 "Aku nampak Haziq. Aku..."


 Kenapa nasib aku hari agak malang sebab bertemu dengan Haziq disini? Haziq seorang lelaki yang pernah mencuba mengetuk pintu hatiku selepas Shahrul. Haziq seorang lelaki yang agak kacak. Ketinggian, lebih kurang sama dengan aku, tinggi sikit. Hehe. Orangnya kurus-kurus berkulit hitam manis dan dia juga 'stok' pegawai muda. Aku hairan kenapa orang macam Haziq ni boleh jatuh hati dengan aku yg 'boolat' dan tak pandai bergaya ni. Aku pernah juga tanya dekat mamat ni kenapa dia sukakan aku, sekali dia jawab kalau aku terima dia baru dia cerita. Aku dengan dengan rasminya tolak la 'lamaran' untuk jadi kekasih dia.


 Tetapi, Haziq tiada perkataan putus asa di dalam kamus hidupnya. Jadi ia membuat aku menjadi kagum dengan mamat yang seorang ni. Setiap minggu dia akan call aku. Sebenarnya setiap hari dia call, sampai suatu hari tu aku mengamuk sebab dia ganggu waktu aku belajar. Apa yang membuatkan aku semakin hairan Haziq tetap menanti danbersabar dengan tingkah laku aku.


 Aku bukan tidak mahu menerima dia, tetapi waktu itu hatiku masih pada Shahrul. Sekarang, dia semakin jarang menhubungiku kerana selepas majlis graduasi aku pada bulan oktober lalu, aku sudah menukar nombor telefon bimbitku kerana aku mahu hapuskan semua kenangan dengan Shahrul.
 "Lilie, aku nak pergi tandas kejap. Kau tunggu aku dekat Mcdonals nanti aku datang."
"Ok."


 Aku memilih tempat duduk yang agak jauh dari tempat orang lalu lalang. Aku mengharapkan agar aku tidak akan bertemu Haziq. Sebenarnya aku merasa bersalah padanya kerana tidak memberitahu bahawa aku ingin menukar nombor telefonku.


'Biarlah, kalau dia betul-betul mahukan aku pasti dia akan berusaha untuk mendapatkan nombor telefonku.'
"Lilie, kau nak makan apa? Kau tunggu sini nanti aku belikan. Ramai orang,nanti kalau dua-dua pergi beratur nanti tak ada tempat nak makan."


 Perlukah aku jumpa dia hari ini?Kenapa tiba-tiba perasaan aku sangat lain pada Haziq? Aku rasa bersalah sahaja, tidak lebih. Hehehe.


"Hoi!!"


"Oh mak kau. Yan!! Kau nak bunuh aku ke?"


"Lilie, aku cakap dengan kau tapi kau sedap sahaja berangan. Aku tanya kau nak makan apa? Biar aku tolong belikan."

"Aku nak bigmac macam biasa. Lain kali jangan main sergah, nanti tak pasal-pasal aku mati. Aku tak kahwin lagi tahu?"


"Tahu cik Khalile. Nanti bila En Haziq lamar, terima baru boleh cepat-cepat kahwin." Balas Azyan sambil mengeli-ngelip matanya.


 Gedik betul minah ni. Aku pun sama saja hehehe. Tiba-tiba aku merasa seseorang menyentuh bahuku. Aku menoleh.


"Cik ni Khalilie, jururawat di hospital Ampang?" Mak ai sopannya. Siapa pula perempuan ni, aku ada buat salah pada sesiapakah di hospital? Rasanya tak ada. 


"Saya sendiri. Ada apa ya cik..?"


"Syamira."


"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Macam pernah tengok perempuan ni, tapi di mana?


"Saya ada hal nak cakap dengan Cik Khalilie, tapi saya tak mahu cakap dekat sini. Boleh tak kita jumpa di taman tasik titiwangsa sabtu minggu depan pukul 5?"


"Hari sabtu depan saya tak boleh sebab kerja. Kalau ahad boleh tak? Kalau penting sangat." Eh-eh suka-suka ja nak beritahu waktu dan tempat. Sudahlah jauh. Hari kerja nak pergi, jangan haraplah. Hehe. 


"Ok. Perkara yang saya nak cakapkan memang penting. Jumpa nanti." Balasnya dan terus berlalu.


"Eh, siapa tu?" Soal Azyan yang baru sahaja selesai membeli makanan. Aduh aku dah kehilangan nafsu nak makan.


"Entah. Makanlah lepas ni aku nak terus balik rumah."


*** 

Saya Benci Awak 1

Nama aku Khalilie bt Abdullah. Aku pernah berubah hanya untuk seorang lelaki yang bergelar kekasih aku. Bagiku, aku mahu tampil sempurna dimatanya. Walaupon sebenarnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kekasihku bernama Shahrul Amin.

Aku ingin ceritakan perubahan yang aku lakukan demi Shahrul. jika sebelum ini aku lebih gemar free hair dari bertudung. Aku suka apabila orang memuji rambutku yang hitam bersinar dan separas pinggang itu. Tetapi, aku mula kekal memakai tudung sejak menjadi kekasihnya. Sehinggakan di hadapan abang iparku juga aku masih bertudung walaupun berada di rumah.

Aku berharap apabila kami sudah berkahwin nanti, hanya dia sahaja yang akan melihat kecantikan sebenarku. Aku juga mula meninggalkan waktu keluar bersama rakan-rakan sekuliahku. Aku sudah jarang keluar untuk menonton wayang bersama mereka sehingga mereka terkejut dengan perubahanku.

Aku berubah kerana aku merasa dia terlalu baik untukku. Semakin lama aku bersamanya, aku semakin menyayanginya walaupun jarang berjumpa. Sikapnya yang sangat mengambil berat tentang diriku sangat membuat aku berasa sangat dihargai. Oh ya, terlupa pula kami tidak belajar di institut yang sama. Dia belajar di Universiti Malaysia perlis (UniMAP)aku pula belajar di Kolej Sains kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh.

Apa sahaja rutin seharianku akan aku ceritakan kepadanya. Termasuklah dengan siapa aku keluar makan dan ke kelas. Aku tidak mahu dia mencurigai kesetiaanku. Tetapi berbeza pula dengan dirinya. Jarang sekali dia menceritakan perihal dirinya kepadaku. Kadangkala aku bingung adakah benar aku ini bertahta di hatinya.

Sepanjang setahun bersamanya, hanya sekali sahaja kami bertemu. Iaitu di hari pentauliahannya di USM Pulau Pinang. Dia Pegawai PALAPES. Alamak, terlupa pula nak ceritakan pertemuanku dengan dia. Kami pernah bersekolah di sekolah yang sama. Dia senior di sekolah aku. Pengawas sekolah yang sangat bijak. Dia juga olahragawan sekolah. Aku bangga kerana didalam banyak-banyak orang yang meminatinya dia lebih memilih aku. Kami tak bercinta masa di sekolah, kami mulakan hubungan setelah setahun aku belajar di kolej.

Aku sentiasa berharap agar dia menjadi suamiku suatu hari nanti. Tetapi beberapa bulan selepas pentauliahannya, aku dapati dia berubah. Dia sudah semakin jarang menghubungiku. Tika aku menyoalnya, dia hanya menjawab yang dia mahu aku tumpukan perhatian pada pelajaranku, dia juga ingin tumpukan pada pelajarannya kerana dia sudah memasuki tahun akhir di UniMAP.

Setiap perubahannya membuatkan aku semakin curiga dan akhirnya aku meminta untuk memutuskan hubungan kami. Aku meluahkan semua rasa kecewa aku kepadanya. Aku lebih kecewa kerana dia hanya merelakan sahaja kehendakku. Tidak sayangkah dia kepadaku? Kenapa begitu mudah dia melepaskan aku? Aku semakin bingung.

Selepas dua minggu, hatiku yang terluka menjadi bertambah parah apabila mengetahui Shahrul Amin Bin Ahmad bekas kekasihku sudah mempunyai pengganti diriku. Aku tidak menyangka dia dapat mencari pengganti dalam waktu yang begitu singkat sekali. Kini aku sedar aku hanyalah persingahhannya untuk sementara sahaja. Syamira Sakinah bt Abdul Rahim adalah kekasihnya sekarang. Aku tahu kerana seorang kawanku belajar di UniMAP juga.

Aku harus kuat semangat. Hidup mesti diteruskan. Aku tetap akan menjadi seorang jururawat dalam masa enam bulan lagi. Aku mendoakan agar dia berbahagia dengan kekasihnya itu.

'Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...'

***

Setahun sudah berlalu.
 Sekarang aku sudah menjadi seorang jururawat di Hospital Ampang Selangor.
"Yan!!!"
"Lilie, aku tak pekak tahu. Kau ni kalau tak menjerit memang tak sah." marah Azyan.

Kalau nak tahu, Azyan ni kawan baik aku sejak di kolej lagi. Ternyata jodoh kami masih kuat, sekarang kami bekerja di hospital yang sama.

"Cepatlah Yan. Nanti tak sempat nak beli tiket wayang." budak ni pun satu juga, semalam aku ajak dia tak nak. Kalau tak dapat tonton Harry potter and the deathly hallows part 1, siap kau Yan.

 

Cinta Wafer 3


Syamsid merenung langit yang cerah diterangi cahaya bulan. Begitu asyik mengahayati keindahan malam itu sambil menghirup kopi panas di balkoni rumahnya. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang juga sedang merenung ke langit malam selang beberapa balkoni dari rumahnya.

'Walaupun berdiri dekat balkoni rumah malam-malam pun dia masih bertudung walaupun kebanyakan penghuni kondominium pandan court ni telah lena di buai mimpi. Dia memang sudah membuat aku jatuh hati padanya. Wahai gadisku, saya akan menunggu awak memandang ke arahku sebagai seorang yang sangat menyukai awak. Saya akan tunggu sehingga saya yakin yang awak bukanlah jodoh saya.'

Secara tiba-tiba si gadis memandang ke arahnya. Mungkin terasa yang dirinya sedang diperhatikan.

'Alamak. Dia macam dengar je apa yang aku cakap tadi. Bukan aku cakap dalam hati ke?' Syamsid sudah mula menggaru kepalanya yang sememangnya gatal. Sudah seperti ada kutu gayanya.

'Ya Allah. Kecilnya dunia. Kenapalah mamat ni boleh jadi jiran pulak dengan aku ni? Dah tu asyik pandang aku lama-lama pulak. Agak-agak la nak cari pasal dengan aku pun.' Bisik hati si gadis.

'Eh. Kenapa pulak pandangan dia macam nak membunuh aku ni? Biarlah.'

Syamsid mencapai gitar kapok kesayangannya. Sambil mencuri pandang kearah gadis kesukaannya, dia memetik gitar itu perlahan-lahan mengalunkan lagu Empty decoration.

I wake in the dawn to showers of light 
Moments of emptiness surround 
Floating away with auras of hope 
But reality brings me down to the ground 
What can i do ? 
What can i say ? 
I need a place to hide away 
Just for a while, just for a smile 
Just for the life i used to know 

Where every song 
Was filled with words of love and not of anger 
Where did they go ? 
Why did they leave me far behind ? 

Cause i don't wanna be alone (Oh) 
Living life all on my own (Oh) 
I don't wanna live my life in isolation 
Filled with empty decorations 
Cause i wanna be with the people that i know 
Who will do the things i do (Oh) 
Making all my dreams come true 
I don't recognise the shadows on my door 
Although i've seen them all before 
Because the only thing i really want is to be with you... 

I look at the sky, it looks back at me 
I can't hear the silent melodies 
I know that i'm here yet i am lost 
Blown in confusion by the breeze 
Hiding my face, crying alone 
I need to find my way back home 
Back to the place, the wonderful days 
Living the life i used to know 
Where every smile 
Was born out of a love and of sincerity 
And every tear of everflowing joy 

***

"Alamak, waktu-waktu macam ni la kereta kesayangan aku ni tak dapat nak start. Aku dah lambat ni. Marah la abang Nuar nanti. Naik teksi je la."

Terkocoh-kocoh dia  keluar dari perut kereta. Sebaik sahaja memastikan keretanya telah dikunci. Dia bergegas menuju ke arah pagar. Tetapi malang tidak berbau. Buukk.
"Aduh...!" Padan muka aku. Main nak lari ja. Kan dah langgar orang. Orang? Alamak siapa yang aku rempuh tadi?

"Ira. Agak-agak la nak rempuh pun. Sakit tulang rusuk saya."
"Sam, sorry. Saya nak cepat. Saya dah lewat ni. Ada janji dengan abang saya."
"Kenapa awak tak naik kereta je?"
"Kereta saya tak boleh start pulak. Maaf ya. Saya dah lambat."
"Eh nanti. Awak nak ke mana Ira? Saya boleh tolong hantar awak. Bahaya awak sorang-sorang nak naik teksi."

Aku berfikir sejenak. Aduh, aku dah la tak berapa nak suka dengan Sam ni. Suka sangat dia ni mengacau aku. Tapi apa yang dia cakap ada betulnya juga.

"OK."

Aku memasuki kereta Syamsid yang di parkir berhampiran dengan keretaku. Wow. pertama kali nak naik kereta Mazda 6.

"Ira nak pergi mana ni?" Syamsid memulakan bicara.
"Sam, can you not to call me by that name. Saya nak pergi One Utama. Abang Nuar nak jumpa saya. Nak beli cincin."
"Biar la. Semua orang panggil awak Wafiy. Saya nak panggil awak Ira. I'd like to be different from the others. Nak beli cincin? Awak nak bertunang ke? Boleh saya tanya sesuatu tak?"
"Ikut suka la. Ya nak beli cincin tapi bukan saya nak bertunang. Abang saya nak beli untuk hadiah hari lahir mak saya minggu depan. Nak tanya apa?"
"Dulu saya ada tanya pada housemate awak pasal Anuar. Dia kata Anuar tu bukan abang kandung awak. Betul ke?"

Wah dah siap stalker aku mamat ni.

"Anuar tu sebenarnya anak jiran mak saya masa family saya tinggal di Tapah dulu. Anuar tu tua 3 tahun dari saya. Apa lagi awak nak tahu Sam?"
"Jadi dia tak ada pertalian darah dengan awaklah ya? Kenapa saya nampak awak rapat sangat dengan dia? Awak bercinta dengan dia ke?"
"Semua orang yang tak tahu kisah saya dengan saya mesti cakap macam tu. Saya mana boleh bercinta dengan dia la."
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Dia abang saya la. Hahaha."
"Tadi cakap anak jiran. Tak faham la."
"Dia anak susuan mak saya. Dulu mak saya rapat dengan arwah mak dan ayah abang Nuar. Masa abang Nuar lahir, mak abang Nuar meninggal sebab hypovolumic shock. Bleeding a lot. Waktu tu pulak mak saya baru je bersalin tapi the baby is or my brother dying because of esophageal atresia. So, mak yang susukan Abang Nuar dari lahir sampai umur dua tahun. Masa tu mak berhenti susukan abang Nuar sebab mak dah mengandung. Mak kata, masa tu dia cakap dengan abang Nuar yang nanti dah nak ada adik takkan nak menyusu dengan mak lagi. So, lepas tu baru abang Nuar minum susu tepung. Ayah abang Nuar pulak meninggal masa abang Nuar umur 4 tahun. Lepas tu abang Nuar terus menetap dengan keluarga saya. Itulah yang menjadikan dia abang saya." Panjang lebar aku cerita. Hehehe.
"Owh. patut la awak rapat dengan dia."

"Cause i wanna be with the people that i know 
Who will do the things i do (Oh) 
Making all my dreams come true 
I don't recognise the shadows on my door 
Although i've seen them all before 
Because the only thing i really want is to be with you..." 

Alamak phone aku ni bunyi pulak. Ni mesti abang Nuar ni.
"Hello, Assalamualaikum. Abang Nuar, Wafiy dah on the way dah ni. Kereta Wafiy tak boleh start la.Tak la. Sam hantarkan Wafiy ke sana. Abang Nuar tunggu sana la. Jangan la. Nanti Wafiy belanja abang Nuar la.OK. Waalaikumussalam."

'Eh, dia pakai ringtone lagu yang aku nyanyi malam tu la. Nampak sangat dia dengar aku nyanyi malam tu. Hehehe.' Bisik hati Syamsid. Perasan pulak dia.
"Awak dah kurus la Ira. Kenapa? Awak on diet ke?"
"Kenapa? Salah ke kalau saya on diet? Bukan dulu awak ke yang selalu cakap saya debab? Kan?"
"Eh, dulu-dulu tu saya usik je. Comel apa debab. Takkan la itu pun awak ambil hati."
"Kenapa? Sekarang dah tak comel la?"
"Tak. Sekarang cantik."

Alamak. Ni yang aku allergic ni. Pipiku sudah mula terasa panas. Aduh macam merah je muka aku ni.

"Hahahaha. Awak malu ye? Comel betul." Melihatkan aku yang sudah berdiam diri kerana malu, Syamsid memasang radio keretanya. Entah apa la radio ni, pasang lagu One Direction pulak.


Everyone else in the room can see it,Everyone else but you,
Baby you light up my world like nobody else,The way that you flip your hair gets me overwhelmed,But when you smile at the ground it ain't hard to tell,You don't know,Oh oh,You don't know you're beautiful,If only you saw what I can see,You'll understand why I want you so desperately,Right now I'm looking at you and I can't believe,You don't know,Oh oh,You don't know you're beautiful,Oh oh,That's what makes you beautiful

"Sam, awak tak payah hantar saya sampai dalam la. Drop off saya kat tepi jalan je dah cukup."
"No. Saya akan hantar awak sampai awak jumpa abang awak. Lagipun saya memang nak datang sini."

Aku memonyokkan mukaku. Ish dia ni. Bukan pakwe aku, tunang aku atau suami aku pun. Suka-suka hati je nak keluarkan kata-kata mandatori tu.

"Ira, tak baik mengumpat dalam hati." Usiknya kerana melihat mengomel sendirian.
"Suka hati saya la. Sibuk kenapa?" Balasku kembali.
"Alolo comelnya muka dia merajuk. Tapi awak mengumpat pasal saya. Mesti la saya kena sibuk." Usiknya lagi sambil mencuit pipiku menggunakan kad touch n go yang baru sahaja digunakan.
"Eh, apa ni? Cuit-cuit pulak. Suami saya saja yang boleh buat macam ni."
"Ala guna kad aje kan. Tak luak pun."

Kereta yang dipandu Syamsid memasuki tempat letak kereta di One Utama.

"Ira, parking full la. Macam mana ni?"
"Cuba pusing lagi. Eh tu kereta abang Nuar. Sebelah dia kosong. Cepat-cepat."

Syamsid memandu kereta ke arah yang dikatakan. Selesai memarkir kereta. Aku keluar dari perut kereta. Best betul hari ni dapat naik Mazda. Hehehe. Aku lantas menuju ke arah pintu masuk.

PON!PON!

"Ira!" Syamsid berlari lalu menarikku ke dalam pelukannya.
'Ya Allah. Apa dah jadi ni. Apa bunyi yang kuat tadi?'
"Ira, can you at least watch where you walk? Dah tak pandai nak tengok kiri kanan ke waktu nak jalan? Kalau kena langgar tadi macam mana?" Syamsid memarahiku.

Aku terdiam tidak terkata. Masih terkejut dengan insiden sebentar tadi. Syamsid meraih tanganku lalu memimpinku ke arah pintu masuk pusat membeli belah. Tak disangka rupanya ada sepasang mata yang menyaksikan aksi yang agak romantik itu. Hmmm.