Monday, July 30, 2012

Saya Benci Awak 4


"Mama, Lilie rindukan mama. Kalaulah mama masih ada, mesti mama tak akan sanggup tengok anak mama sedih. Mama selalu ada untuk Lilie. Lilie sedih ma, kenapa mereka ganggu hidup Lilie sedangkan Lilie tak pernah berniat nak ganggu mereka."

Aku meluahkan segala perasaanku sambil menghadap ke arah tanah sawah peninggalan arwah mama dan papa kepadaku. Tanah ini diuruskan oleh ibu Sharifah. Orang yang sentiasa mengambil berat tentang aku setelah pemergian mama dan papa.

Rumah di Taman Saga juga rumah yang arwah mama dan papanya. Itulah sebabnya aku tidak tinggal bersendirian di rumah itu kerana aku pasti akan sering terkenangkan arwah mama dan papanya. Azyan dan Intan teman kolejku tinggal bersamaku di rumah itu.

Aku memohon cuti selama seminggu setelah berjumpa dengan Syamira tempoh hari. Aku perlukan waktu untuk menenangkan fikiran. Aku masih tidak dapat melupakan kejadian di Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari. Aku cuba menahan rasa sedih yang mampir di hatiku. Aku hairan kenapa aku boleh menjadi penyebab putusnya pertunangan mereka.

 Seandainya aku ingin merampas Shahrul, aku pasti lakukannya setahun yang lalu. Perasaan benci mula bercambah di dalam hatiku terhada mereka. Air mataku seakan mahu menitis lagi.

"Lilie!! Janganlah menangis, kau kuat Lilie. Mereka tak akan boleh melukai kau lagi!!" Aku menjerit sekuat hatiku di hadapan sawah padi yang terbentang luas di hadapanku. Aku menahan air mataku dari menitis untuk kesekian kalinya.

“Menangislah Lilie, kalau itu boleh buat awak lebih tenang nanti.”

Aku menoleh kearah suara yang menyapaku. Aku tersenyum memandangnya. Dari jauh aku melihat dia meletakkan keretanya di hadapan rumah keluarga angkatku.

“Awak tahu saya di sini? Siapa beritahu awak?” Setahu aku, aku tak ada beritahu Azyan atau Intan bahawa aku akan pulang ke kampong. Aku semakin hairan kerana dia boleh mencari rumah keluarga angkatku sedangkan ramai kenalanku mengatakan bahawa susah untuk mencari rumah ini.

“Malaysia kecil sahaja Lilie. Perlis pun kecil juga, jadi tak susah pun untuk saya mencari rumah keluarga angkat awak ini kalau itu yang awak hairankan.”

“Kenapa pula…”

“Air muka awak sangat menunjukkan bahawa awak sedang terkejut. So, I guess you are surprise to see me here. Am I rite?”

“Yes you are. I’m surprise to see you here. Haziq, I’m sorry that day. Saya pergi tanpa ucapkan terima kasih pada awak sedangkan awak telah menolong saya. Terima kasih.”

It’s ok. Saya ikhlas tolong awak. Are you feeling better now?”

“Entahlah, saya cuma rindukan arwah mama dan papa. Saya masih teringatkan masakan mama, leteran papa sebab anak dia ni degil.”

“Lilie, awak tak pandai menipu tahu tak? Kenapa perlu malu untuk meluahkan apa yang awak rasa. Mungkin benar awak rindukan parents awak, tapi awak jangan ingat saya tak dengar apa yang awak laungkan tadi. Menangislah kalau itu dapat melegakan awak dan kembalikan senyuman awak. I'll be your crying shoulderremember?


"Thanks."


Akhirnya aku meluahkan segala rasa kekecewaanku kepada Haziq. Aku menangis meluahkan segalanaya dan tanpa aku sedari perasaanku kepadanya sudah mula berubah. Satu perasaan yang belum pernah aku rasai sebelum ini.


***

Saya Benci Awak 3


 Aku mengeluh untuk kesekian kalinya, masih tertanya-tanya siapa Syamira sebenarnya. Kenapa aku rasa seperti pernah melihatnya suatuketika dahulu. 

"Apa yang kau menungkan? Fikirkan perempuan yang jumpa kau tadi? Eh, kenapa aku rasa macam pernah tengok dia. Kawan kau ke Lilie?"

"Woi! Banyak betul soalan kau tembak dekat aku. Aku rasa macam pernah tengok perempuan tadi, tapi aku tak pasti dia Syamira yang aku tengok setahun lepas. Aku rasa dia kekasih hati  si Shahrul Amin. Kalau betul, apa yang dia nak dengan aku?"


"Aku rasa kalau kau nak pergi jumpa dia, baik kau bawa teman. Risau aku."


"Aku pun rasa macam nak ajak kau untuk temankan aku pergi jumpa dia. Kalau dia kidnap aku tak ke naya nanti."


"Lilie, aku kerja ahad nanti. Aku sarankan kau bawa lelaki temankan kau. Keselamatan terjamin sikit."


"Aku nak ajak siapa? Kau pun tahu aku, aku tak berapa suka keluar dengan lelaki yang tak rapat dengan aku. Lagipun..."


"Siapa pula yang nak suruh kau keluar dengan lelaki yang tak rapat dengan kau? Aku cadangkan kau keluar dengan Haziq. Sudah semestinya dia akan lindungi kau kalau ada apa-apa masalah nanti."


"Haziq? Aku malu nak minta dia temankan aku. Nanti apa pula yang dia fikir. Bila perlu cari, bila tak perlu tinggal, buruk perangai." Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.


"Cuba telefon dulu, nanti kau cubalah terangkan pada dia. Dia mesti faham. Nah, call dia sekarang." Azyan menghulurkan telefon bimbitnya yang sudah mendail nombor Haziq. Aku mencapai telefonnya, dan menunggu panggilan tersebut di sambungkan. Aku melihat Azyan meninggalkan ruang tamu dan menuju ke kamarnya.


"Assalamualaikum." Aku terus memberi salam.


"Waalaikumussalam. Lilie, ada apa awak telefon saya?"


"Awak apa khabar? Dah lama tak jumpa."


"Saya sihat, Alhamdulillah. Awak sihat? Saya ingatkan awak dah tak nak jumpa saya lagi."


"Haziq, saya nak minta maaf sangat-sangat. Bukanlah maksud saya nak mengelak dari awak, cuma saya nak lupakan kisah silam saya. Kalau boleh saya nak lupakan semua kisah bersama 'dia' dulu. Sudi tak awak maafkan saya?"


"Saya tak pernah marahkan awak. Saya sentiasa berharap awak bahagia. Kalau kebahagiaan awak bukan bersama saya, saya terima. Ada apa sebenarnya awak nak cakap dengan saya? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"


Aku berfikir sejenak, kenapa aku perlu susahkan seseorang yang sentiasa aku tidak pedulikan perasaannya.

"Haziq, sebenarnya saya hanya ingin memohon maaf dari awak. Terima kasih sebab awak cakap yang awak tak pernah marahkan saya. Itu sahaja yang ingin saya katakan. Assalamualaikum. Take care.


Aku memustuskan talian sebelum sempat dia menjawab salamku. Aku meninggalkan telefon bimbit Azyan di atas meja lalu terus menuju ke bilik tidurku. Aku perlu menghadapinya seorang diri. Aku tak perlu bergantung harap pada orang lain.


"Lilie, kenapalah kau tidak mahu minta pertolongan Haziq?" Azyan mengeluh sendiri. Rupa-rupanya dia telah mendengar segala perbualan Lilie bersama Haziq sebentar tadi.


***

 Aku bersendirian di tepi tasik. Merenung ke arah air tasik yang kelihatan tenang tanpa gangguan. Aku ingin menjadi seperti air itu tenang dan tiada gangguan.

 Dari jauh aku melihat kelibat seseorang yang aku masih kurang pasti siapakah dia sebenarnya dan apa yang dia mahu dariku.


"So, ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Aku menyoal tanpa sempat dia berkata-kata. Tanpa sebarang amaran aku ditampar olehnya. Aduh sakit tau.


"Kenapa? Apa sebenarnya yang aku dah buat pada kau? Siapa kau? Nampak sahaja macam perempuan lemah lembut tetapi langsung tiada adab." Aku mendengus. Kurang ajar. Sekali lagi dia mahu menamparku tetapi tidak berjaya kerana seseorang telah menahannya. Apa yang membuat aku terkejut, orang itu ialah Haziq. Aku terkedu kerana melihat kemarahan di mata Haziq.


"Hei perempuan, kau tak layak sentuh tunang aku." Katanya lalu melapaskan tangan Syamira dengan marahnya.

"Haziq, awak tak tahu apa yang berlaku. Dia menyebabkan Shahrul memutuskan pertunangan kami. Saya tak akan maafkan dia dengan apa yang sudah dia lakukan."


"Wait! Aku penyebab kau putus tunang? Cik Syamira kalau aku mahu merampas Shahrul, aku sudah lakukannya setahun yang lalu.."


"Lagipun Lilie dah ada aku, dia tak perlukan lagi 'tunang' kau itu. Sekali lagi aku nampak kau sentuh dia, aku akan buat kau menyesal selamanya. Ingat!" Haziq memberi amaran kepada Syamira sambil memegang tanganku lalu pergi meninggalkan dia.

 Sebaik sahaja sampai di tempat letak kereta, aku terus masuk ke dalam kereta Honda Accord kesayanganku lalu bergegas meninggalkan tempat itu. Aku sangat terkejut dengan kehadiran Haziq di situ. Aku juga terkejut kerana dia menyelamatkan aku dari perempuan gila tadi. Aku pulang tanpa mengucapkan terima kasih kepada Haziq. Aku keliru, kenapa dia yang datang menyelamatkanku?


Aku terus sahaja ke hospital di tempat aku bekerja. Aku mengisi borang permohonan cuti. Aku mahu menenangkan hatiku. Oleh kerana aku rapat dengan orang atasanku, dia meluluskan cutiku selama seminggu.


Aku mahu pulang ke kampung halamanku.  


'Thanks Haziq. Saya tak akan lupakan pertolongan awak tadi.' Bisik hati kecilku.


***

Saya Benci Awak 2


 Setibanya kami di GSC Berjaya Times Square, kami bergegas menuju ke kauter untuk membeli tiket wayang. Tetapi, belum sempat aku menuju ke kauter aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenali. Aku berhenti mengejut menyebabkan Azyan terlanggar aku dan terjatuh. Ops, tak sengaja.


 "Lilie! Kau ni kenapa? Sakit tahu tak." Marah Azyan.
"Kenapa kau jerit nama aku? Aku dah tak jadilah nak nonton cerita tu. Jom pergi makan."
 "Kenapa dengan kau ni Lilie? Aku rasa kau yang sangat excited masa cerita Harry Potter ni keluar kat pawagam." Pelik betullah minah ni.
"Aku lapar. Jomlah banyak tanya pula." Balasku lalu mengheret Azyan pergi dari situ.


'Apa dia buat disini?' Bisik hati kecilku. Soalan bodoh Khalilie. Kutukku di dalam hati. Apa lagi yang dia nak buat kalau dah dia beratur untuk beli tiket wayang? Sudah semestinya nak menonton wayang. Aku menepuk dahiku kerana kebodohanku sebentar tadi. Hehehe.


"Kenapa dengan kau Lilie? Pelik, yang kau macam nampak hantu ni kenapa?" 
 "Aku nampak Haziq. Aku..."


 Kenapa nasib aku hari agak malang sebab bertemu dengan Haziq disini? Haziq seorang lelaki yang pernah mencuba mengetuk pintu hatiku selepas Shahrul. Haziq seorang lelaki yang agak kacak. Ketinggian, lebih kurang sama dengan aku, tinggi sikit. Hehe. Orangnya kurus-kurus berkulit hitam manis dan dia juga 'stok' pegawai muda. Aku hairan kenapa orang macam Haziq ni boleh jatuh hati dengan aku yg 'boolat' dan tak pandai bergaya ni. Aku pernah juga tanya dekat mamat ni kenapa dia sukakan aku, sekali dia jawab kalau aku terima dia baru dia cerita. Aku dengan dengan rasminya tolak la 'lamaran' untuk jadi kekasih dia.


 Tetapi, Haziq tiada perkataan putus asa di dalam kamus hidupnya. Jadi ia membuat aku menjadi kagum dengan mamat yang seorang ni. Setiap minggu dia akan call aku. Sebenarnya setiap hari dia call, sampai suatu hari tu aku mengamuk sebab dia ganggu waktu aku belajar. Apa yang membuatkan aku semakin hairan Haziq tetap menanti danbersabar dengan tingkah laku aku.


 Aku bukan tidak mahu menerima dia, tetapi waktu itu hatiku masih pada Shahrul. Sekarang, dia semakin jarang menhubungiku kerana selepas majlis graduasi aku pada bulan oktober lalu, aku sudah menukar nombor telefon bimbitku kerana aku mahu hapuskan semua kenangan dengan Shahrul.
 "Lilie, aku nak pergi tandas kejap. Kau tunggu aku dekat Mcdonals nanti aku datang."
"Ok."


 Aku memilih tempat duduk yang agak jauh dari tempat orang lalu lalang. Aku mengharapkan agar aku tidak akan bertemu Haziq. Sebenarnya aku merasa bersalah padanya kerana tidak memberitahu bahawa aku ingin menukar nombor telefonku.


'Biarlah, kalau dia betul-betul mahukan aku pasti dia akan berusaha untuk mendapatkan nombor telefonku.'
"Lilie, kau nak makan apa? Kau tunggu sini nanti aku belikan. Ramai orang,nanti kalau dua-dua pergi beratur nanti tak ada tempat nak makan."


 Perlukah aku jumpa dia hari ini?Kenapa tiba-tiba perasaan aku sangat lain pada Haziq? Aku rasa bersalah sahaja, tidak lebih. Hehehe.


"Hoi!!"


"Oh mak kau. Yan!! Kau nak bunuh aku ke?"


"Lilie, aku cakap dengan kau tapi kau sedap sahaja berangan. Aku tanya kau nak makan apa? Biar aku tolong belikan."

"Aku nak bigmac macam biasa. Lain kali jangan main sergah, nanti tak pasal-pasal aku mati. Aku tak kahwin lagi tahu?"


"Tahu cik Khalile. Nanti bila En Haziq lamar, terima baru boleh cepat-cepat kahwin." Balas Azyan sambil mengeli-ngelip matanya.


 Gedik betul minah ni. Aku pun sama saja hehehe. Tiba-tiba aku merasa seseorang menyentuh bahuku. Aku menoleh.


"Cik ni Khalilie, jururawat di hospital Ampang?" Mak ai sopannya. Siapa pula perempuan ni, aku ada buat salah pada sesiapakah di hospital? Rasanya tak ada. 


"Saya sendiri. Ada apa ya cik..?"


"Syamira."


"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Macam pernah tengok perempuan ni, tapi di mana?


"Saya ada hal nak cakap dengan Cik Khalilie, tapi saya tak mahu cakap dekat sini. Boleh tak kita jumpa di taman tasik titiwangsa sabtu minggu depan pukul 5?"


"Hari sabtu depan saya tak boleh sebab kerja. Kalau ahad boleh tak? Kalau penting sangat." Eh-eh suka-suka ja nak beritahu waktu dan tempat. Sudahlah jauh. Hari kerja nak pergi, jangan haraplah. Hehe. 


"Ok. Perkara yang saya nak cakapkan memang penting. Jumpa nanti." Balasnya dan terus berlalu.


"Eh, siapa tu?" Soal Azyan yang baru sahaja selesai membeli makanan. Aduh aku dah kehilangan nafsu nak makan.


"Entah. Makanlah lepas ni aku nak terus balik rumah."


*** 

Saya Benci Awak 1

Nama aku Khalilie bt Abdullah. Aku pernah berubah hanya untuk seorang lelaki yang bergelar kekasih aku. Bagiku, aku mahu tampil sempurna dimatanya. Walaupon sebenarnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kekasihku bernama Shahrul Amin.

Aku ingin ceritakan perubahan yang aku lakukan demi Shahrul. jika sebelum ini aku lebih gemar free hair dari bertudung. Aku suka apabila orang memuji rambutku yang hitam bersinar dan separas pinggang itu. Tetapi, aku mula kekal memakai tudung sejak menjadi kekasihnya. Sehinggakan di hadapan abang iparku juga aku masih bertudung walaupun berada di rumah.

Aku berharap apabila kami sudah berkahwin nanti, hanya dia sahaja yang akan melihat kecantikan sebenarku. Aku juga mula meninggalkan waktu keluar bersama rakan-rakan sekuliahku. Aku sudah jarang keluar untuk menonton wayang bersama mereka sehingga mereka terkejut dengan perubahanku.

Aku berubah kerana aku merasa dia terlalu baik untukku. Semakin lama aku bersamanya, aku semakin menyayanginya walaupun jarang berjumpa. Sikapnya yang sangat mengambil berat tentang diriku sangat membuat aku berasa sangat dihargai. Oh ya, terlupa pula kami tidak belajar di institut yang sama. Dia belajar di Universiti Malaysia perlis (UniMAP)aku pula belajar di Kolej Sains kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh.

Apa sahaja rutin seharianku akan aku ceritakan kepadanya. Termasuklah dengan siapa aku keluar makan dan ke kelas. Aku tidak mahu dia mencurigai kesetiaanku. Tetapi berbeza pula dengan dirinya. Jarang sekali dia menceritakan perihal dirinya kepadaku. Kadangkala aku bingung adakah benar aku ini bertahta di hatinya.

Sepanjang setahun bersamanya, hanya sekali sahaja kami bertemu. Iaitu di hari pentauliahannya di USM Pulau Pinang. Dia Pegawai PALAPES. Alamak, terlupa pula nak ceritakan pertemuanku dengan dia. Kami pernah bersekolah di sekolah yang sama. Dia senior di sekolah aku. Pengawas sekolah yang sangat bijak. Dia juga olahragawan sekolah. Aku bangga kerana didalam banyak-banyak orang yang meminatinya dia lebih memilih aku. Kami tak bercinta masa di sekolah, kami mulakan hubungan setelah setahun aku belajar di kolej.

Aku sentiasa berharap agar dia menjadi suamiku suatu hari nanti. Tetapi beberapa bulan selepas pentauliahannya, aku dapati dia berubah. Dia sudah semakin jarang menghubungiku. Tika aku menyoalnya, dia hanya menjawab yang dia mahu aku tumpukan perhatian pada pelajaranku, dia juga ingin tumpukan pada pelajarannya kerana dia sudah memasuki tahun akhir di UniMAP.

Setiap perubahannya membuatkan aku semakin curiga dan akhirnya aku meminta untuk memutuskan hubungan kami. Aku meluahkan semua rasa kecewa aku kepadanya. Aku lebih kecewa kerana dia hanya merelakan sahaja kehendakku. Tidak sayangkah dia kepadaku? Kenapa begitu mudah dia melepaskan aku? Aku semakin bingung.

Selepas dua minggu, hatiku yang terluka menjadi bertambah parah apabila mengetahui Shahrul Amin Bin Ahmad bekas kekasihku sudah mempunyai pengganti diriku. Aku tidak menyangka dia dapat mencari pengganti dalam waktu yang begitu singkat sekali. Kini aku sedar aku hanyalah persingahhannya untuk sementara sahaja. Syamira Sakinah bt Abdul Rahim adalah kekasihnya sekarang. Aku tahu kerana seorang kawanku belajar di UniMAP juga.

Aku harus kuat semangat. Hidup mesti diteruskan. Aku tetap akan menjadi seorang jururawat dalam masa enam bulan lagi. Aku mendoakan agar dia berbahagia dengan kekasihnya itu.

'Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...'

***

Setahun sudah berlalu.
 Sekarang aku sudah menjadi seorang jururawat di Hospital Ampang Selangor.
"Yan!!!"
"Lilie, aku tak pekak tahu. Kau ni kalau tak menjerit memang tak sah." marah Azyan.

Kalau nak tahu, Azyan ni kawan baik aku sejak di kolej lagi. Ternyata jodoh kami masih kuat, sekarang kami bekerja di hospital yang sama.

"Cepatlah Yan. Nanti tak sempat nak beli tiket wayang." budak ni pun satu juga, semalam aku ajak dia tak nak. Kalau tak dapat tonton Harry potter and the deathly hallows part 1, siap kau Yan.

 

Cinta Wafer 3


Syamsid merenung langit yang cerah diterangi cahaya bulan. Begitu asyik mengahayati keindahan malam itu sambil menghirup kopi panas di balkoni rumahnya. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang juga sedang merenung ke langit malam selang beberapa balkoni dari rumahnya.

'Walaupun berdiri dekat balkoni rumah malam-malam pun dia masih bertudung walaupun kebanyakan penghuni kondominium pandan court ni telah lena di buai mimpi. Dia memang sudah membuat aku jatuh hati padanya. Wahai gadisku, saya akan menunggu awak memandang ke arahku sebagai seorang yang sangat menyukai awak. Saya akan tunggu sehingga saya yakin yang awak bukanlah jodoh saya.'

Secara tiba-tiba si gadis memandang ke arahnya. Mungkin terasa yang dirinya sedang diperhatikan.

'Alamak. Dia macam dengar je apa yang aku cakap tadi. Bukan aku cakap dalam hati ke?' Syamsid sudah mula menggaru kepalanya yang sememangnya gatal. Sudah seperti ada kutu gayanya.

'Ya Allah. Kecilnya dunia. Kenapalah mamat ni boleh jadi jiran pulak dengan aku ni? Dah tu asyik pandang aku lama-lama pulak. Agak-agak la nak cari pasal dengan aku pun.' Bisik hati si gadis.

'Eh. Kenapa pulak pandangan dia macam nak membunuh aku ni? Biarlah.'

Syamsid mencapai gitar kapok kesayangannya. Sambil mencuri pandang kearah gadis kesukaannya, dia memetik gitar itu perlahan-lahan mengalunkan lagu Empty decoration.

I wake in the dawn to showers of light 
Moments of emptiness surround 
Floating away with auras of hope 
But reality brings me down to the ground 
What can i do ? 
What can i say ? 
I need a place to hide away 
Just for a while, just for a smile 
Just for the life i used to know 

Where every song 
Was filled with words of love and not of anger 
Where did they go ? 
Why did they leave me far behind ? 

Cause i don't wanna be alone (Oh) 
Living life all on my own (Oh) 
I don't wanna live my life in isolation 
Filled with empty decorations 
Cause i wanna be with the people that i know 
Who will do the things i do (Oh) 
Making all my dreams come true 
I don't recognise the shadows on my door 
Although i've seen them all before 
Because the only thing i really want is to be with you... 

I look at the sky, it looks back at me 
I can't hear the silent melodies 
I know that i'm here yet i am lost 
Blown in confusion by the breeze 
Hiding my face, crying alone 
I need to find my way back home 
Back to the place, the wonderful days 
Living the life i used to know 
Where every smile 
Was born out of a love and of sincerity 
And every tear of everflowing joy 

***

"Alamak, waktu-waktu macam ni la kereta kesayangan aku ni tak dapat nak start. Aku dah lambat ni. Marah la abang Nuar nanti. Naik teksi je la."

Terkocoh-kocoh dia  keluar dari perut kereta. Sebaik sahaja memastikan keretanya telah dikunci. Dia bergegas menuju ke arah pagar. Tetapi malang tidak berbau. Buukk.
"Aduh...!" Padan muka aku. Main nak lari ja. Kan dah langgar orang. Orang? Alamak siapa yang aku rempuh tadi?

"Ira. Agak-agak la nak rempuh pun. Sakit tulang rusuk saya."
"Sam, sorry. Saya nak cepat. Saya dah lewat ni. Ada janji dengan abang saya."
"Kenapa awak tak naik kereta je?"
"Kereta saya tak boleh start pulak. Maaf ya. Saya dah lambat."
"Eh nanti. Awak nak ke mana Ira? Saya boleh tolong hantar awak. Bahaya awak sorang-sorang nak naik teksi."

Aku berfikir sejenak. Aduh, aku dah la tak berapa nak suka dengan Sam ni. Suka sangat dia ni mengacau aku. Tapi apa yang dia cakap ada betulnya juga.

"OK."

Aku memasuki kereta Syamsid yang di parkir berhampiran dengan keretaku. Wow. pertama kali nak naik kereta Mazda 6.

"Ira nak pergi mana ni?" Syamsid memulakan bicara.
"Sam, can you not to call me by that name. Saya nak pergi One Utama. Abang Nuar nak jumpa saya. Nak beli cincin."
"Biar la. Semua orang panggil awak Wafiy. Saya nak panggil awak Ira. I'd like to be different from the others. Nak beli cincin? Awak nak bertunang ke? Boleh saya tanya sesuatu tak?"
"Ikut suka la. Ya nak beli cincin tapi bukan saya nak bertunang. Abang saya nak beli untuk hadiah hari lahir mak saya minggu depan. Nak tanya apa?"
"Dulu saya ada tanya pada housemate awak pasal Anuar. Dia kata Anuar tu bukan abang kandung awak. Betul ke?"

Wah dah siap stalker aku mamat ni.

"Anuar tu sebenarnya anak jiran mak saya masa family saya tinggal di Tapah dulu. Anuar tu tua 3 tahun dari saya. Apa lagi awak nak tahu Sam?"
"Jadi dia tak ada pertalian darah dengan awaklah ya? Kenapa saya nampak awak rapat sangat dengan dia? Awak bercinta dengan dia ke?"
"Semua orang yang tak tahu kisah saya dengan saya mesti cakap macam tu. Saya mana boleh bercinta dengan dia la."
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Dia abang saya la. Hahaha."
"Tadi cakap anak jiran. Tak faham la."
"Dia anak susuan mak saya. Dulu mak saya rapat dengan arwah mak dan ayah abang Nuar. Masa abang Nuar lahir, mak abang Nuar meninggal sebab hypovolumic shock. Bleeding a lot. Waktu tu pulak mak saya baru je bersalin tapi the baby is or my brother dying because of esophageal atresia. So, mak yang susukan Abang Nuar dari lahir sampai umur dua tahun. Masa tu mak berhenti susukan abang Nuar sebab mak dah mengandung. Mak kata, masa tu dia cakap dengan abang Nuar yang nanti dah nak ada adik takkan nak menyusu dengan mak lagi. So, lepas tu baru abang Nuar minum susu tepung. Ayah abang Nuar pulak meninggal masa abang Nuar umur 4 tahun. Lepas tu abang Nuar terus menetap dengan keluarga saya. Itulah yang menjadikan dia abang saya." Panjang lebar aku cerita. Hehehe.
"Owh. patut la awak rapat dengan dia."

"Cause i wanna be with the people that i know 
Who will do the things i do (Oh) 
Making all my dreams come true 
I don't recognise the shadows on my door 
Although i've seen them all before 
Because the only thing i really want is to be with you..." 

Alamak phone aku ni bunyi pulak. Ni mesti abang Nuar ni.
"Hello, Assalamualaikum. Abang Nuar, Wafiy dah on the way dah ni. Kereta Wafiy tak boleh start la.Tak la. Sam hantarkan Wafiy ke sana. Abang Nuar tunggu sana la. Jangan la. Nanti Wafiy belanja abang Nuar la.OK. Waalaikumussalam."

'Eh, dia pakai ringtone lagu yang aku nyanyi malam tu la. Nampak sangat dia dengar aku nyanyi malam tu. Hehehe.' Bisik hati Syamsid. Perasan pulak dia.
"Awak dah kurus la Ira. Kenapa? Awak on diet ke?"
"Kenapa? Salah ke kalau saya on diet? Bukan dulu awak ke yang selalu cakap saya debab? Kan?"
"Eh, dulu-dulu tu saya usik je. Comel apa debab. Takkan la itu pun awak ambil hati."
"Kenapa? Sekarang dah tak comel la?"
"Tak. Sekarang cantik."

Alamak. Ni yang aku allergic ni. Pipiku sudah mula terasa panas. Aduh macam merah je muka aku ni.

"Hahahaha. Awak malu ye? Comel betul." Melihatkan aku yang sudah berdiam diri kerana malu, Syamsid memasang radio keretanya. Entah apa la radio ni, pasang lagu One Direction pulak.


Everyone else in the room can see it,Everyone else but you,
Baby you light up my world like nobody else,The way that you flip your hair gets me overwhelmed,But when you smile at the ground it ain't hard to tell,You don't know,Oh oh,You don't know you're beautiful,If only you saw what I can see,You'll understand why I want you so desperately,Right now I'm looking at you and I can't believe,You don't know,Oh oh,You don't know you're beautiful,Oh oh,That's what makes you beautiful

"Sam, awak tak payah hantar saya sampai dalam la. Drop off saya kat tepi jalan je dah cukup."
"No. Saya akan hantar awak sampai awak jumpa abang awak. Lagipun saya memang nak datang sini."

Aku memonyokkan mukaku. Ish dia ni. Bukan pakwe aku, tunang aku atau suami aku pun. Suka-suka hati je nak keluarkan kata-kata mandatori tu.

"Ira, tak baik mengumpat dalam hati." Usiknya kerana melihat mengomel sendirian.
"Suka hati saya la. Sibuk kenapa?" Balasku kembali.
"Alolo comelnya muka dia merajuk. Tapi awak mengumpat pasal saya. Mesti la saya kena sibuk." Usiknya lagi sambil mencuit pipiku menggunakan kad touch n go yang baru sahaja digunakan.
"Eh, apa ni? Cuit-cuit pulak. Suami saya saja yang boleh buat macam ni."
"Ala guna kad aje kan. Tak luak pun."

Kereta yang dipandu Syamsid memasuki tempat letak kereta di One Utama.

"Ira, parking full la. Macam mana ni?"
"Cuba pusing lagi. Eh tu kereta abang Nuar. Sebelah dia kosong. Cepat-cepat."

Syamsid memandu kereta ke arah yang dikatakan. Selesai memarkir kereta. Aku keluar dari perut kereta. Best betul hari ni dapat naik Mazda. Hehehe. Aku lantas menuju ke arah pintu masuk.

PON!PON!

"Ira!" Syamsid berlari lalu menarikku ke dalam pelukannya.
'Ya Allah. Apa dah jadi ni. Apa bunyi yang kuat tadi?'
"Ira, can you at least watch where you walk? Dah tak pandai nak tengok kiri kanan ke waktu nak jalan? Kalau kena langgar tadi macam mana?" Syamsid memarahiku.

Aku terdiam tidak terkata. Masih terkejut dengan insiden sebentar tadi. Syamsid meraih tanganku lalu memimpinku ke arah pintu masuk pusat membeli belah. Tak disangka rupanya ada sepasang mata yang menyaksikan aksi yang agak romantik itu. Hmmm.

Cinta wafer 2


Nombor di dail berkali-kali tapi tiada jawapan. Mesej yang di hantar juga tiada balasan. Wafiy tetap juga pergi ke tempat yang di janjikan walaupun tiada berita dari tunangnya Fareez itu. 

"Kalau macam ni, baik tak payah bagi nombor telefon. Buat sakit hati aku ja. Campak je la telefon tu dalam laut." Dengan geramnya Wafiy mengomel seorang diri.

"Apa membebel sorang-sorang ni Wafiy?" Tegur seseorang dengan tiba-tiba.
"Opocot mak kau!" Alamak terlatah pulak. Hehehe.
"Ops. Sorry. Tak tahu pulak yang Wafiy ni kaki latah juga. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Abang Man! Terkejut Wafiy tau. Mana abang Man tahu Wafiy kat sini? Stalker  Wafiy ek?Hehe."

"Mana ada. Perasan la Wafiy ni. Abang Man nak pergi tengok cerita apa yang best kat wayang sekarang ni. Nak join tak?"

Aku merenung kembali jam di tangan. Orang yang di nanti tak juga tiba, baik pergi dengan abang Man. boleh juga hilangkan stress.

"OK la abang Man. Wafiy ikut. Tapi, abang Man belanja ek. Hehehe."
"Tak da hal la. Ni yang cantik-cantik ni tunggu siapa kat situ. Berdiri dah macam jaga kat depan kedai popular tu. Buat kerja sambilan ke?Hahaha."
"Abang Man ni jahat la. Wafiy tengah bengang  ni. Karang ada juga yang nak kena belasah ni."
"Kenapa ni? Tak nak story dengan abang Man ke?"
"Wafiy cadang nak jumpa tunang Wafiy, tapi dia tak muncul pun. Call  tak jawab. Mesej tak balas. Ni yang Wafiy geram ni. Wafiy call office dia, pembantu dia yang jawab. Kata nak jumpa hari ni tapi tak datang pun."
"OK la. Sekarang dah dia tak datang, Wafiy dating  dengan abang Man je la."
"Tapi abang Man kena belanja Wafiy tonton wayang, makan, lepas tu Wafiy nak air Each a cup, hehehe."
"Tak da hal. Jom."

Aku mengikut langkahnya menuju ke arah panggung wayang. Aku membiarkan abang Man membeli tiket wayang. 

***

Selesai menonton wayang kami bersama-sama bergerak menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar. 

Sesudah menunaikan solat Asar aku berfikir kenapa aku yang berusaha nak jumpa dengan Fareez tu sedangkan dia lagsung tak ada usaha nak jumpa dengan aku. Baik aku abaikan je dia sampai dia yang datang cari aku. Dia yang datang meminang aku bukan aku yang meminang dia. Aku tersedar dari lamunanku apabila terdengar handphoneku berbunyi. Alamak abang Man la.

"Hello cik adik, nak bersiap sampai pukul berapa? Abang Man dah lapar ni."
"Sorry, sekejap ye. Wafiy nak pakai tudung."
"3 minit je. Lambat abang Man tinggal."
"OK."

***

"Wafiy buat apa lama sangat? Tilik muka kat cermin berapa lama tadi?"
"Ala, jangan marah. terberangan pula tadi. Hehehe."
"Budak bertuah. Jom. Nak makan apa ni?"
"Wafiy tak kisah. Ikut je. Lagi mahal lagi bagus. Hehehe."
"Yela Wafiy. Abang Man bawa Wafiy makan Subway la. OK?"
"OK."

***

"Oit Sam apa yang kau renung tu?" sergah Panjang yang sedari Syamsid yang lebih di kenali sebagai Sam itu merenung ke arah sesuatu. Panjang ni pula kalau korang nak tahu, nama dia Nahar Iskandar tapi sebab dia ni jenis yang tinggi macam galah, orang panggil dia panjang.
"Aku nampak jiran rumah kita dulu. Nurse yang sebelah rumah kita tu. Kau ingat tak?"
"Yang mana?Aku ingat yang selalu cabut rumput depan rumah tu ja. Apa nama dia? Yang chubby tu."
"Kalau tak salah aku Wafiy. Tadi dia la yang aku nampak. Tapi dia dah nampak kurus la."
"Ye? Eh jom jumpa dia. Seronok jugak kalau dapat mengacau dia. Hehehe."
"Tak nak la. Kau bukan tak tahu, dia kan macam anti aku sikit."
"Yela sebab kau tu suka mengacau dia. Dah la mulut kau melaser sakan dekat dia. Kesian dia."
"Hahaha. Dah aku tengok dia comel bila marah. Merah muka dia. Lepas tu bila dia malu, dia tunduk je. Pipi merah je macam pakai blusher."
"Sam!"
"Apa kau ni?Sakit telinga aku. Jom la balik."
"Sam kantoi. Suka Wafiy. Hahaha."

***

"Sorry." Eh, kenapa aku macam pernah tengok je.
"Panjang!"
"Woi, relax la. Jerit pulak dia. Nama aku Nahar la."

Aku memang excited sikit bila jumpa si panjang ni. Panjang ni orang yang selalu teman aku cari makan kat kedai simpang jalan Taman Perkota dulu.

"Hahaha. Excited  la dapat jumpa kau. Kau sombong ek. Bukan nak contact  aku pun."
"Yela. Kau tu yang sibuk je memanjang. Mengalahkan doktor je aku tengok kau ni."
"Panjang! Kau dah jumpa perempuan terus lupa aku ye." Syamsid dah mula bengang dengan Panjang. Boleh pulak dia buat tak tahu je kat aku yang dari tadi lepak dengan dia.
"Eh lupa pulak kau ada sini Sam. Hahaha. Tak nak kenalkan abang handsome sebelah kau ni ke? Pakwe baru ke?"
"Abang Man kenalkan ni jiran Wafiy masa dekat Melaka dulu, yang tinggi lampai ni Panjang dan yang bermata empat tu Sam." Aku mengenalkan Panjang dengan Sam pada abang Man.
"Panjang?" Abang Man menyalami mereka.
"Tak. Nama saya Nahar Iskandar. Tapi orang panggil saya panjang."
"Saya Syamsid. Orang panggil saya Sam."
"Abang Man ni bukan pakwe aku ye Panjang. Dia kawan abang aku. Kebetulan ja terjumpa ni." Aku menerangkan kepada Panjang.
"Owh. Ada peluang la kau Sam. Hahaha."
"Bayak la kau." Marah Syamsid sambil mengetuk kepala Panjang.
"Sudahlah mengarut korang ni. Aku dah nak balik ni. Terima kasih abang Man sebab belanja Wafiy hari ni. Panjang aku balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Serentak ketiga-tiga jejaka itu menjawab salam Wafiy Munirah.

Cinta Wafer 1


Keluhan demi keluhan yang keluar dariku. Aku bingung. Kenapa ibuku boleh menerima pinangan dari orang yang tidak dikenali. Pada ibu, keluarga itu nampak bersungguh-sungguh mahukan aku sebagai menantu mereka dan mereka kelihatan seperti keluarga yang baik-baik.

“Qaseh. Kak Wafiy betul-betul tak faham kenapa mak boleh terima pinangan orang tu. Perkahwinan bukan suatu perkara remeh. Kalau boleh Kak Wafiy nak kahwin dengan orang yang Kak Wafiy cinta. Sekurang-kurangnya biarlah Kak Wafiy kenal orang tu.” Wafiy meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang keputusan ibunya untuk menerima pinangan tersebut kepada teman serumah merangkap kawan sekerjanya Nur Qaseh.

“Saya pun tak faham kak Wafiy tapi saya fikir mesti mak kak Wafiy ada alasan dia sendiri. Dia nak yang terbaik untuk kak Wafiy.”
“Kak Wafiy rasa mak dah tahu yang kak Wafiy apply  nak kerja di Arab Saudi tahun depan. Ala Qaseh, tahu je la mak kak Wafiy tu macam mana, mungkin itu sebab dia terima pinangan budak nama Fareez tu. Sebab kalau dah kahwin memang susah nak dapat kerja sana.”
“Kak Wafiy kenal tak Fareez tu?” Soal Qaseh.
“Seingat Kak Wafiy, tak pernah pulak kak Wafiy ada kawan nama Fareez.”
“Kak Wafiy tak cuba tanya abang Anuar? Mana tahu kalau-kalau abang Anuar kenal Fareez tu.”
“Betul tu. Tanya abang Anuar.” Balasku lantas mencapai telefon bimbitku lalu menghubungi Anuar.
“Assalamualaikum.” Aku menyapa.
“Waalaikumussalam. Cik Wafiy Munirah nak bercakap dengan siapa?” Balasnya.
“Abang Nuar, Wafiy ada hal nak cerita. Boleh jumpa tak?” Soalku tanpa selindung.
“Ada apa? Cakap la.”
“Wafiy tak nak cerita on the phone.
“Kalau macam tu, Wafiy datang Sunway Pyramid. Abang tunggu dekat KFC.”
“OK sepuluh minit lagi Wafiy sampai.”
“Eh budak jangan bawa kereta laju-laju. Hati-hati.”
“Baik tuan. Assalamualaikum.” Tanpa menunggu dia menjawab aku terus mematikan talian.
***

Aku bersiap ala kadar sahaja. Hanya memakai seluar jeans, t-shirt hitam serta selendang berwarna hitam. Lebih mudah untuk aku memandu. Aku mencapai kunci kereta Honda Accord putih kesayanganku dan terus sahaja menuju ke destinasi.

 ***

“Hai abang Nuar!” Sergahku sebaik sahaja tiba di belakangnya.
“Ish budak ni, dah tak pandai bagi salam? Pandai kau cari abang kat sini ek.” katanya sambil menarik sedikit selendangku.
“Apa ni? Tarik-tarik selendang pula. Tak malu betul. Belasah nak? Orang tahu la tempat mana abang Nuar suka lepak.Macam la kita tak pernah lepak sama. Hai abang Man.” Aku menyapa Azman teman rapat Anuar.
“Hai Wafiy comel. Wafiy apa khabar? Kenapa nampak macam makin kurus? Ada masalah ke?”
“Abang Man ni boleh scan muka orang ek?Wafiy ada masalah sikit. Tak tahu macam mana nak cerita.” Jawabku lalu mengeluh. Wajah cerianya sebentar tadi bertukar suram.
“Kenapa? Masalah dengan kerja atau dengan kawan atau boyfriend?” Azman bertanya. Sesungguhnya dia tidak gemar melihat wajah yang sering dihiasi oleh senyuman itu muram.
“Sebenarnya…” Aku tidak tahu kenapa begitu sukar untuk aku menceritakan segalanya.
“Kenapa? Kau ni nak kahwin ke Wafiy? Susah sangat nak cakap. Selalunya LRT pun kalah dengan Wafiy ni.” Kata abang Anuar mengusikku.
“Kalau Wafiy kata ya.” Kataku dengan mimik muka yang sangat tak rela.
“Iya? Baguslah, benda elok jangan di lewat-lewatkan.Tak sabar abang nak makan nasi minyak ni. Betul kan Man? Bila Wafiy?”
“Hujung tahun ni. Masalahnya Wafiy tak kenal la tunang Wafiy tu. Ni yang nak tanya dengan abang Nuar ni, abang Nuar kenal tak Fareez?”
“Fareez? Fareez apa? Banyak la kawan abang nama Fareez. Tapi diorang bukan kenal  Wafiy.”
“Kenapa Wafiy nampak sedih? Wafiy tak suka ke dengan calon suami Wafiy tu?” balas Azman sambil tersengih.
“Semalam keluarga ‘dia’ pergi rumah mak dengan rombongan sekali. Mula-mula mak pelik juga sebab tak kenal, tapi bila cakap nak meminang Wafiy terus mak dengan abah setuju tanpa tanya Wafiy dulu. Mak cakap diorang tu nampak macam keluarga yang baik-baik. Mak pun dah tengok gambar Fareez, tunang Wafiy. Dia kata, dia setuju. Macam mana nak suka abang Man, kenal pun tak.” Terangku kepada mereka tentang apa yang sedang aku runsingkan.
“Maknanya Wafiy tak kenal dengan tunang Wafiy?” tanya Azman lagi.
“Wafiy tak tahu. Wafiy tak kenal. Kenapa dia pinang Wafiy yang tak cantik ni?”
“Wafiy, suka sangat cakap macam tu. Cantik itu subjektif. Setiap orang telah diciptakan dengan kecantikan dan kelebihan masing-masing. Mungkin Wafiy kenal dia tapi dengan nama yang lain atau Wafiy je yang tak perasan yang dia tu wujud. Mana taknya asyik kenangkan Fahmi tu je.” Kata abang Anuar lembut tetapi tegas.
“Abang Nuar, apa Wafiy nak buat? Kalau suruh mak putuskan mesti kena marah nanti. Tapi kalau teruskan macam mana dengan Wafiy. Wafiy tak mahu kahwin dengan orang yang Wafiy tak kenal.” Aku tidak suka nama Fahmi di ungkit ketika ini.
“Wafiy ada nombor telefon dia tak?” soal Anuar.
“Ada.”
So, get to know him. This is just a simple problem, don’t make it complicated my dear sister.”
“Abang Nuar, dah lupa ke yang Wafiy nak pergi kerja kat Arab Saudi. Lepas habis kontrak 5 tahun dengan KKM (kementerian Kesihatan Malaysia) nanti? Kalau dah kahwin nanti memang sah tak dapat nak pergi.”
What? Wafiy nak kerja dekat Arab Saudi? Kenapa Wafiy?” tanya Azman yang jelas terkejut.
“Nak cari pengalaman dan nak cari duit la abang Man. Kalau dah kahwin kemungkinan nak dapat kerja dekat sana tu 1:20 tahu tak dan mesti suami tak akan benarkan Wafiy kerja sana. Rasanya inilah salah satu sebab mak terima pinangan keluarga Fareez tu.”
“Abang tak setuju juga Wafiy nak keja sana. Lagipun tahun lepas dah pergi kan?Masa musim haji. Tahun sebelumnya pun dah pergi. Dah siap dapat beli Honda Accord lagi. Abang Nuar pun pakai Proton Gen-2 tu je tau.” Marah Anuar kepadaku.
Padan dengan muka aku ni kan. Kena marah. Huhuhu…  
“Wafiy, Man bagi pendapat sikit ya. Wafiy buat solat istiqarah, minta petunjuk dari Yang Maha Esa. IsyaALLAH Wafiy akan dapat jawapannya. Boleh Man tanya sikit?”
“Yela Wafiy cuba. Abang Man nak tanya apa?”
“Wafiy tak mahu kahwin dengan Fareez tu sebab nak pergi Arab atau Wafiy sebenarnya dah ada yang punya?” tanya Azman dengan berhati-hati. Takut juga kalau Wafiy fikir dirinya hanya menyibuk hal orang lain.
“Haa Wafiy! Entah-entah dah ada pakwe tak? Itu yang kau beria tak mahu kahwin dengan Fareez tu. Haha.” Sampuk Anuar pula.
“Wafiy dah tak ada sesiapa la selepas Fahmi.” Dia yang terbaik yang pernah aku kenali. Sayangnya Allah lebih menyayangi dirinya. Air mata yang bergenang di kelopak mata akhirnya menitis ke pipi.
“Wafiy, sudahlah. Jangan ditangisi pemergiannya. Hidup mesti diteruskan. Usia Wafiy semakin meningkat. Wafiy dah nak masuk 26 tahun kan? Bagi abang, lebih baik Wafiy terima sahaja Fareez. Bercinta selepas kahwin lebih indah. Betul tak? Lagipun tak salah kalau Wafiy mulakan hidup baru dengan seseorang yang baru Wafiy kenal.” kata abang Amin memujukku.
“Betul Wafiy. Man pun setuju dengan Anuar. Janganlah serabutkan fikiran dengan masalah-masalah begini. Try to think the positive side of it. Maybe you will happy with it someday.” Azman pula cuba untuk memujukku.
Aku mengesat air mata yang masih bersisa.
But I’m still wondering why did he choose me to be his wife? Did he really know me? I don’t really understand. Why?”
Maybe he thinks you special.” Azman tersentak kerana Anuar dan Ily serentak ketawa terbahak-bahak.
‘Aku ada buat lawak antarabangsa ke? Rasanya tak ada.’ Bisik hatinya kehairanan.
“Man! Kau ada hati dengan Wafiy ke? Kenapa kau tak cakap kat aku? Kalau tak boleh aku risikkan untuk kau sebelum dia bertunang dulu. Cakap penuh perasaan. Hahaha.” Kata Amin dengan ketawa yang masih bersisa.
“Kenapa? Aku salah cakap ke?”
“Entah abang Man ni. Cara dia cakap macam feeling terlebih pula.” Aku cuba menepis pandangan matanya. Entah kenapa aku rasakan sesuatu disebalik pandangan matanya. Sesuatu yang tak pernah aku rasakan semasa aku bersama arwah dahulu.
‘Wafiy! Jangan buat hal, kau dah bertunang. Hehehe. Walaupun...’ Bisik hati kecilku.
“Fareez mesti ada sebab kenapa dia pilih Wafiy. So, I guess maybe he thinks you special. Man pun rasa macam tu, sebab mana nak cari orang yang cantik, tak mudah putus asa, menjaga batas pergaulan, pandai jaga maruah diri dan pandai menyanyi  macam Wafiy. Kalau Wafiy nak tahu, Man dah kenal dengan banyak perempuan, tetapi tak ada seorang pun yang boleh jaga diri sendiri macam Wafiy. Perempuan sekarang cuma nakkan kesenangan tapi tak mahu berusaha. Semuanya gunakan cara mudah dengan menjadi perempuan simpanan, pelacur. Siapa yang nak jadikan isteri perempuan-perempuan macam tu? Cuba Wafiy fikir.” Terang Azman panjang lebar.
“Abang Man, masalahnya kenapa Fareez  tu tak cuba beritahu Wafiy dulu sebelum dia pergi meminang Wafiy? Cuba dekati Wafiy. Sekurang-kurangnya Wafiy dapat kenal dia, baru Wafiy tahu dia comel ke tak. Entah-entah dia tu gemuk, pendek, sebab tu dia tak mahu jumpa Wafiy dulu tak? Takutnya.”
“Macam-macam betul kau ni Wafiy. Dengar ya cik Wafiy Munirah, diploma dah dapat, umur adik dah semakin meningkat, jadi terima saja Fareez. Kalau betul dia baik, Wafiy tak akan rugi apa-apa. Paras rupa tak penting dik.”
“Malaslah nak fikir. Oklah Wafiy nak balik. Esok kerja pagi.”
“Jangan fikir sangat masalah tu ya Wafiy. Jangan sampai tersalah bagi ubat pulak dekat pesakit nanti.” Pesan Azman sebelum aku melangkah pergi.
“InsyaALLAH. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Drive carefully.” Balas Anuar dan Azman serentak.

***

“Man. Bukan kau cakap ada hal nak beritahu aku? Apa hal?” soal Anuar sebaik sahaja Wafiy hilang dari pandangan mata mereka.
“Aku dah bertunang dan dah nak kahwin hujung tahun ni.”
“Masalah yang sama dengan Wafiy ke? Mak kau pergi pinang orang yang kau tak kenal juga?” soal Amin bernada bergurau.
“Tak adalah macam Wafiy. Aku suka dengan tunang aku ni. Love at first sight. Dah lama juga aku kenal dia. Tapi, dia tak tahu aku dah lama suka dia. Aku takut nak beritahu dia. Susah la Anuar.” Kata Azman lalu mengeluh.
“Kenapa Man? Cuba kau cerita dekat aku. Tapi macam mana kau bertunang dengan dia sedangkan dia tak tahu. Aku tak faham.”
“Aku beritahu mak aku yang aku suka budak ni, tup tup mak aku dah pergi hantar rombongan meminang budak ni.”
“Dah tu, family tunang kau terima. Senangnya. Kau tak seronok? Sepaututnya kau seronok, sebab tak lama lagi kau dah nak kahwin. Dengan orang yang kau suka pulak tu.”
“Anuar. Bukan aku tak seronok, tapi aku nak perempuan yang aku sayang tahu yang aku sukakannya, sayangkannya dan aku nak dia jatuh cinta dengan aku dahulu sebelum aku melamar dia. Sekarang, tunang aku langsung tak tahu yang aku ini tunangnya. Dia lagsung tidak tahu. Semuanya mak dan ayahnya yang uruskan.”
“’Entahlah Man. No comment.
Perbicaraan mereka terhenti di situ. Akhirnya, mereka melangkah menuju keluar dari Sunway Pyramid dan pulang ke rumah.

***

‘Aduh macam mana aku nak beritahu dia yang aku ini tunangnya. Lantaklah.’
Teringat pula dia pada Wafiy. Makin cantik dia walaupun dia sudah semakin kurus. Akhirnya dia tertidur sambil memikirkan Wafiy Munirah.